SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam bab cinta dia kecundang apabila gadis yang lama di idamkan olehnya curang dengan lelaki lain. Hal ini membuatkan sikap Syaqil yang dulunya peramah, penyayang dan pelawak menjadi seorang lelaki yang dingin. Atas suratan takdir Syaqil disatukan kembali dengan Hayfa iaitu bekas kekasihnya. Namun disebalik perkahwinan tersebut dia melancarkan perang dingin terhadap Hayfa. Hayfa yang sedar statusnya sebagai isteri Syaqil telah berusaha untuk mengambil kembali hati Syaqil yang sudah tawar padanya. Walaupun sikap Syaqil dingin terhadap Hayfa. Perasaannya terhadap isterinya itu masih juga tidak berubah. Sehinggakan dia berani mengambil risiko bekerja sebagai cikgu di sekolah kemahiran Elite semata-mata kerana ingin menjaga Hayfa. "Kalau abang dah tak cintakan Faa kenapa abang setuju kahwin dengan Faa?" "Mungkin tuhan pun bantu aku untuk balas dendam pada perempuan yang curang macam kau ni." -Syaqil- Mampukah Raja Hayfa Hanina mengambil semula hati Syaqil Asran? Serta mampukah Syaqil menyesuaikan dirinya dengan para pelajarnya yang nakal? Perhatian: Segala babak tentang sekolah di dalam cerita ini adalah fiksi. Ianya menceritakan tentang sekolah Kemahiran Elite swasta. Tidak ada kaitan dengan sekolah goverment. Jadi persekitarannya tidak sama dengan sekolah biasa dari segi budaya, suasana dan tingkah laku pelajar. Oleh itu, sila jangan bandingkan babak pelajar di dalam cerita ini dengan murid sekolah goverment. 💢untuk pembaca matang sahaja. READ AT YOUR OWN RISK. Kerana cerita ini ada unsur ganas, bahasa kesat dan sweet terlampau.