"You curang dengan I, Aedam! You jangan sampai I balas dengan mengorat bapak you!" - Dealova "Tak ada istilah curang selagi kita tak bergelar suami isteri. Dan kalau you rasa you hebat sangat, pergilah mengorat bapak I." - Aedam Pernah dengar? Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain? Itu tipikal, kan? Tapi, kes dia berbeza. Dipermainkan oleh anak, bergerak menjadi isteri kepada bapaknya. Itu yang Dealova buat. Untuk buat Aedam rasa apa yang dia rasa selama ini, selamba je Dealova mengorat bapak Aedam. Asalnya, hanya untuk balas dendam. "Kenapa you libatkan I dalam hubungan korang berdua?" - Tuan Ehsan "Anak you dah menyakiti I. Jadi, you kena bertanggungjawab. Menyamar jadi boyfriend I dan kahwin dengan I." - Dealova "You jangan menyesal. I ni dah lama menduda. Setiap ayat dan tingkah laku you, you kena fikir panjang. So, sekali lagi I tanya.. are you sure nak jadi mommy tiri Aedam?" - Tuan Ehsan "Yes. I tahu apa yang I buat." - Dealova. Mulanya dia yakin. Bahawa antara mereka hanyalah sekadar untuk menyakitkan hati Aedam. Namun, lama kelamaan hati jadi ragu. Dalam menafikan, dia merasakan sesuatu. Aura Tuan Ehsan lebih Ummph. Kadang kala, hati hampir jatuh tergolek. "Kalau nak berlakon biar nampak real, Lovv. Kiss tu biar nampak hot and spicy. Let me do it." - Tuan Ehsan. Seringkali si lelaki mencuri nafasnya dan buat jantung berdegup lebih kencang. Sehingga dia mula ragu sama ada ini semua lakonan, ataupun dia memang mula jatuh cinta. Sejujur, aura duda itu paling mengancam sehingga susah untuk menafikan!