Bab 5

445 8 0
                                    

DUDUK dalam bilik Tuan Ehsan, dada dihempas debaran. Serba tak kena. Pandang situ, pandang sini.. kecuali Tuan Ehsan. Langsung dia tak pandang.

"You umur berapa?"

"Huh?" Terkejut bila suara garau itu menyapa deria pendengaran. Mata terkebil-kebil pandang Tuan Ehsan.

"Age." Ulang lagi.

"25."

"Jarak umur kita 20 tahun. Are you sure you nak jadi mommy Aedam?" Pen dia letak. Kedua dua belah tangan peluk tubuh. Dia pandang Dealova atas bawah. Hmmm.. boleh tahan cantik, seksi dan muda!

"Well..." jeda. Handbag dia sangkut ke lengan. Rambut dia kuis ke belakang. Tak senang duduk sebetulnya. Entah kenapa, dia tergugat dengan renungan duda muka tegas ni. Sedangkan dengan Aedam, tak rasa apa-apa. Dan jarak umur mereka bukan 7 tahun!

"Better jadi mommy daripada bini. Lelaki macam tu kena ajar sikit. Tak cukup sorang perempuan. Perangai tak semenggah langsung." Dek kerana sakit hati, tak sedar dia sedang kutuk si anak depan si duda.

Dan si duda sedang merenung dia tajam. Dealova telan liur. Langkah berundur setapak bila si duda mula bangun dan melangkah ke arahnya.

Satu meter jarak, Dealova undur lagi.

"What are you doing, grandpa?" Dia bersuara bila si duda semakin dekatkan jarak. Muka cuak. Dada dihempas debaran maha hebat.

Liur di telan berkali-kali.

"I think, nickname tu tak sesuai kalau you nak jadi mommy Aedam."

Pap! Tuan Ehsan tepuk dinding. Mata dia terpejam rapat.

Rupa-rupanya, tubuh dia dah melekat di dinding dengan batang tubuh Tuan Ehsan berdiri tegak depan dia. Sepuluh inci je jarak mukanya dengan dada bidang Tuan Ehsan.

Dan baru dia perasan, butang kemeja paling atas si duda, terbuka luas. Dalam tak sengaja, dia cuci mata tengok bulu-bulu halus di dada Tuan Ehsan.

"Wow!" Terlepas ayat itu tanpa sedar.

Spontan Tuan Ehsan tunduk pandang dada sendiri. Bibir mengulum senyum.

"Errkkk... move!" Dan-dan Dealova tolak tubuh tegap itu menjauh bila sedar dirinya kantoi cuci mata. Ingin berlalu, namun pergelangan tangan dilelar.

Automatik bebola mata jatuh pada pergelangan tangan sendiri. Di mana, tangan milik Tuan Ehsan sedang erat memegang lengannya.

Dan entah kenapa, ada perasaan aneh singgah dalam dada.

"Kenapa libatkan I dalam hubungan you dengan Aedam?" Tanpa melepaskan pergelangan tangan Dealova, dia menyoal serius.

Gulp! Liur ditelan kesat. Pergelangan masih lagi berada dalam cengkaman si grandpa. Tak semena, jantung berdegup semakin kencang. Protes gayanya.

"Answer me."

"Ahh..."

Serentak suara jeritan Dealova bergema. Tiba-tiba saja si grandpa tarik lengan dia. Dan sekelip mata, dia berada dalam pelukan Tuan Ehsan.

Mata membulat. Nadi Dealova berhenti sesaat.

"Dea! Kita tak habis bincang lagi!"

Saat yang sama, suara Aedam serta ketukan di pintu bergema. Serentak mereka menoleh. Tuan Ehsan lepaskan tubuhnya perlahan-lahan.

"Tuan Ehsan." Sepatah.

"Huh?" Blurr.

"My name. Tuan Ehsan. Kutlah Aedam tanya nama I, you terkulat-kulat nak jawab." Dia atur langkah ke meja. Duduk dilabuhkan.

Dan Dealova memerhati ralit. Debaran di dada masih tak berhenti.

"Go now. Sebelum anak I rempuh pintu tu."
Arah dia lagi. Mata mengerling ke pintu.

Bergegas Dealova keluar dari bilik si grandpa.

"You nak apa lagi?" Buka je pintu, terus dia sound Aedam. Serentak itu, Aedam tarik lengan dia. Peliknya.. aura mereka berbeza.

Kalau tadi, dia rasa berdebar. Dan sekarang, dia rasa sakit hati sebab cara Aedam pegang lengan dia, tersangatlah kasar!

Sebaik saja pintu tertutup rapat, Tuan Ehsan bersandar ke sofa. Pen di tangan, dia pusing- pusing sambil berfikir.
Perempuan ni aneh! Tapi, dia tak boleh lupakan.

"Apa yang I tengok tadi?" Aedam terus tolak Dealova masuk bilik. Muka berubah garang dan serius.

"Sakitlah, Aedam." Dahi berkerut. Tangan naik menggosok pergelangan tangan sendiri.

"You buat apa dengan daddy?" Suara dicelah gigi.

Sekilas, Dealova mendengus geram.

"Apa yang I buat dengan daddy you, dah tak ada kaitan dengan you."

"Answer me, Dealova!" Menjerkah. Dealove terkejut. Terangkat kedua-dua belah bahunya. Langkah berundur setapak ke belakang.

Dua beranak ni, suka memaksa. Bezanya, cara berlainan Aedam bengis dan kasar. Tuan Ehsan gentle dan mendebarkan.

See! Dia fikir pasal grandpa tu lagi. Siap bandingkan lagi.

"Bila masa you kenal bapak I? You khianati I, Dealova?"
Daripada takut, terus jadi menyampah bila Aedam bercakap soal khianat dan curang. Padahalnya.. selama ini, dia yang suka curang.

"You bercakap soal khianat, Aedam? Really?" jeda. Dia senyum sinis. "

You sedar tak? Selama ini, you yang selalu khianati cinta I. You selalu curang dengan I. You yang.."

"Atleast dengan orang lain! Bukan dengan mak you!" Cantas Aedam kuat.

Terus bisu bibir Dealova. Terkedu. Air muka berubah.
Sedar akan kesilapannya, cepat-cepat Aedam melangkah menghampiri. Ingin menyentuh lengan Dealova, tapi si gadis menepis kasar.

"Dea.. I'm sorry." Kalut.

"I tak ada mak, Aedam. Jadi, you memang tak boleh nak mengorat mak I."

"Dea.. I minta maaf. I.. I.."

"Don't touch me." Melarang keras. Jemari naik menunding ke wajah Aedam.

"I nak balik." Sejurus ayat itu terluah, dia atur langkah kaki keluar dari bilik Aedam. Air mata yang mengalir di pipi, dia seka dengan jemari. Pintu di hempas kasar.

Tak sedar, ada seseorang memerhati.

"Tu bukan girlfriend Tuan Aedam, Tuan?" Zillo, orang kanan cum bodyguard merangkap kawan baik menyoal.

Senyum segaris, Tuan Ehsan angguk. Mata masih tak lepas dari tubuh badan Dealova yang sedang memasuki perut lif.
"Kenapa dia menangis?"

Tuan Ehsan pandang Zillo. Senyum kelat. Dia tepuk bahu si bodyguard dan melangkah semula masuk ke biliknya.

TUAN EHSAN : DUDA PALING MENGANCAMWhere stories live. Discover now