Bab 7

263 5 0
                                    

" I tak nak kita berpisah." Arahan dari Aedam. Terus dia kerutkan dahi.

Harini Aedam cakap kalau nak berpisah secara elok, datang ofis.

Bila dia datang ofis. Tiba- tiba Aedam cakap benda lain. Dahi berkerut. Mata memicing tajam.

"Aik? Setahu I, bodyguard you cakap you setuju nak putus kalau I datang ofis. I rasa, cukup jelas apa yang bodyguard you cakap tadi."

"I masih sayangkan you, Dea. You tak faham ke?"

"Sayang? Huh." Dealova ketawa sinis. Lelaki kaki perempuan bercakap soal sayang? Funny!
"I orang yang ke berapa you sayang, Tuan Aedam?" Perli.

Tangan naik memeluk tubuh. Kali ni, dia takkan izinkan Aedam perbodohkan dirinya lagi. Kali ni, kisah mereka akan betul-betul tamat.

"I sayangkan you sorang je, Dea."

"Nonsense! Boleh tak you cakap pasal sayang bila you dah kantoi curang belakang I. Bukan setakat curang biasa-biasa. Luar biasa punya, Aedam. Curang yang sangat tak masuk akal, Aedam. Spender. Do you remember?" Suara Dealova naik seoktaf. Sebab itulah dia nekad nak berpisah dengan Aedam.

Sebab kali ni, Aedam kantoi benda yang tak sepatutnya.

"That's my mistake. I'm so sorry, okay."

"Macam tu je? Lepas curang minta maaf. Lepas tu buat lagi? Sorry, Aedam. Kali ni, I takkan biarkan you memperbodohkan I lagi." Tegas. Dia geleng kepala.

"I tak hingin kahwin dengan playboy." Noktah.

"I boleh berubah demi you."

"Oh, come on Aedam. Dah masuk tiga tahun, berapa ramai dah perempuan you kantoi dengan I? Huh?" Peluk tubuh. Senyum sinis.

"Kali ni I tak kira. We are over. So, you tak payah nak call- call I bagai. Tak payah nak hantar driver, ambil I dekat rumah. Paksa datang sini bagai. Tak payah! I dah tak.."

"Sebab daddy ke?" Aedam mencantas. Spontan bicaranya tergantung. Mata terkebil-kebil. Dia diam sesaat.

"I tanya ni.. you dengan daddy ada apa-apa ke?" Tegas. Bebola mata Aedam naik memicing. Tajam dan tepat ke mata. Tapi, kenapa hati dan jantung rasa biasa je. Tak seperti renungan grandpa. Yang bisa buat jantungnya berdegup kencang.

"Nnnnn...." Leret panjang. Dia nak cakap "No" tapi sebelum ni dia dah heret grandpa tu ke dalam masalah dia tanpa izin. Takkan dia nak berhenti dekat sini?

"Yes. Sebab daddy you. I dah jatuh cinta dengan daddy you. And kalau you nak tahu, I dengan daddy you dah.." jeda. Dia kemam bibir. Pandang dada sendiri.

Saja nak provoke Aedam.

"Dah apa?" "Hmmmm.. dah.."

"Dah apa, Dealova? Daddy buat apa dekat you?!" Tengking Aedam cuak.

"Dah tengok dada!" Dek terkejut, dia terlepas ayat tu.

"Uhuk-uhuk!" Dan-dan ada orang terbatuk dekat belakang. Serentak mereka menoleh.
Daddy Aedam berdiri tegak sambil terbatuk kecil dan pandang dia lama.

I'm dead meat! Lidah dia gigit. Rasa nak luku kepala sendiri.

"Betul ke apa yang Dea cakap daddy?" Aedam menyoal. Tangan mengepal penumbuk.

"About what? Tang dada ke Haa.. yelah tu." Balas daddy senada. Dia letak fail ke atas meja si anak dan terus keluar. Sempat jugak dia bagi renungan tajam untuk Dealova.

"I balik dululah, Aedam."

"I tak habis cakap dengan you lagi, Dea!" Melaung kuat. Dealova buat tak dengar.
Keluar bilik, terkejut Dealova bila tengok batang tubuh Tuan Ehsan sedang bersandar di dinding bilik Aedam sambil pandang dia. Nak gugur rasa jantung.

"Grandpa.."

"We need to talk." Ujar Tuan Ehsan seraya berlalu pergi.

Dia ingat Dealova ikut dia. Malangnya, Dealova selamba je lencongkan langkah ke pintu lif. Saat pintu lif nak tertutup, tiba tiba ada tangan kekar menghalang.

"I said, we need to talk right?" Tuan Ehsan bersuara dan selamba masuk ke dalam lif. Yang mana, hanya mereka berdua saja dalam lif.

Liur di telan kesat. Dada dihempas debaran. Dia rasa lemas. Oksigen semakin berkurangan.

Tambahan lagi, Tuan Ehsan dah berdiri tegak depan dia sambil pandang ke dadanya.

"Tuan pandang apa ni?" Lantang bersuara. Tangan naik menutup dada.

"Pandang dada you. Seperti mana yang you claim dekat anak I. Alang-alang menipu, I jadikan ia kenyataan. So now, you dah boleh bagitahu anak I yang kita dah 'lebih'. Boleh bagitahu semua orang yang I dah tengok dada you." Senyum sebelah. Kedua-dua belah tangan dalam kocek seluar. Dia pusing tubuh, membelakangi Dealova.

Pintu lif terbuka. Tuan Ehsan toleh semula memandangnya.

"Jangan bagitahu Aedam yang I dah sentuh you. Susah I nak jadikan kenyataan." Senyum sinis. Si duda berlalu keluar. Automatik

Dealova menjerit geram. Ahhh! Sakitnya hati!!! Membentak. Dia turut keluar dari perut lif dan terus balik ke rumah.

Masuk je rumah, handbag dia hempas ke sofa. Kemudian, duduk dihempas kuat sambil bibir mendengus.

Asya kerutkan dahi. Pandang si teman dengan dahi berkerut.

"Kau dah kenapa?"

"Duda tulah!" Tiba-tiba. Semakin berkerut dahi Asya.

"Duda mana?"

"Daddy Aedamlah! Sakit betul hati aku."

"Kau kenal dia ke? Macam mana boleh kenal? Dia buat apa dekat kau?"

Dia dah agak dah. Mesti bertubi-tubi soalan Asya. Pandang Asya sekilas, dia hela nafas panjang. Nampaknya, dia kena cerita dari A sampai ke Z.

"Tak sengaja kenal. Itupun sebab aku ikut idea kaulah. Aku cakap dekat Aedam, aku bercinta dengan bapak dia. Sedangkan masa tu aku tak kenal lagi bapak dia."

"What?" Suara Asya nyaring.

Dealova sandar kepala ke sofa. Tangan naik memicit pelipis. Over sangat reaction tu.

"Lepas tu, apa jadi?"

"Jadi apa? Jadi kenyataanlah." Mendengus. Dia ingat balik apa yang Tuan Ehsan buat dalam lif tadi. Ya Allah.. sakitnya hati!

"Kau dengan bapak dia.." jeda. Mata terkebil-kebil. Lagak macam tak berapa nak percaya.

"Kau dengan bapak dia bercinta? Kau biar betul?"

"Kau yang bagi idea tu kan?"

Asya diam. Kelopak mata terkerdip-kerdip.

"Kau gila, Dea. Memang gila!" Ujar Asya berkali-kali sambil geleng kepala.

Dealova pula? Hanya mampu mengeluh panjang. Memang dia dah buat kerja gila dah pun. Niat asal nak menipu je. Last-last, jadi betul.

Dan yang paling tak tahan. Bapak dia lagi hot berbanding anak dia. Perangai pun helok.

TUAN EHSAN : DUDA PALING MENGANCAMWhere stories live. Discover now