Teaser 1

529 7 0
                                    

⚠️Warning⚠️

Harini Aedam buat kerja gila. Bawak dia balik rumah. Sedangkan selama bercinta, tak pernah pun bawak balik.

"Apa semua ni, Aedam? You cakap nak makan je. Kenapa bawak I balik rumah you?" Suara Dealova melenting. Cuak pun ya. Sebab keadaan rumah nampak sunyi. Janganlah Aedam buat macam-macam.

"You cakap nak jadi mommy I, kan? So, bakal anak you nak tunjuk rumah yang you akan duduk nanti. My daddy tak pernah bawak you balik rumah, kan?" Senyum sinis. Dia pandang Dealova atas bawah.

Kalau tak boleh jadi bini, dapat 'merasa' pun jadilah!

"Tak payah nak gila sangat! I nak balik!" Dealova pusing tubuh nak patah balik. Namun, lengannya direntap kuat lalu tubuhnya ditolak masuk ke dalam rumah.

"Masuk!" Jerit Aedam tiba-tiba. Raut wajah juga berubah.

Hampir saja dia tersembam ke lantai. Dada dihempas debaran. Muka cuak.

"Aedam..?" Suara bergetar halus.

"Kau ingat, aku akan biar macam tu je? Kau fikir kau siapa? Nak jadi mommy I? Hello, Dea. You are mine!" Menjerkah kuat.

Terangkat bahu Dealova. Mata terpejam rapat. Terkejut.

"Jangan macam ni. Please. Kita bincang balik."

Zaass! Spontan Aedam meluru ke arah Dealova dan tolak dia ke dinding.

"Aaahh.. sakit." Adu dia bila kepala terhantuk ke dinding. Kolam mata bergenang.

"Kalau daddy you tahu, teruk you kena Aedam. Lebih baik you lepaskan I." Dalam ketakutan, dia cuba cari kekuatan. Ugut Aedam dengan bapak dia sendiri walaupun Dealova tak pernah ada kaitan dengan Tuan Ehsan sebetulnya.

"Daddy I dekat ofis." Ketawa sinis. Jemari mula membelai wajah Dealova.

"Dekat rumah ni cuma ada kita.." jeda. Dia dekatkan bibir ke telinga Dealova. "Berdua sahaja. Only us." Berbisik manja.

Dealova ketap bibir. Tangan mengepal penumbuk. Jantung ingin luruh.

"Jadi, tak akan ada orang akan kacau kita." Dia tarik tali di bahu Dealova dan lepaskan.

Pap! Bunyi tali berlaga dengan kulit tubuh Dealova. Spontan mata terpejam rapat. Muka gersang.

"Seksi." Aedam jilat bibir.

"Aedam! No! Hands off!" Jerit Dealova nyaring seraya tolak tubuh Aedam menjauh.

"You jangan sentuh I!" Buru-buru dia atur langkah ingin keluar dari rumah. Malangnya, sekali lagi tubuhnya diheret masuk ke dalam rumah.

"Jangan melawan!"

"Aedam, please. Jangan macam ni..jangan." Ingin menangis. Merayu sepenuh hati. Malangnya Aedam tak hirau. Malah, semakin bernafsu dia tengok Dealova.

"You jangan melawan. I will be gentle. Okay? Syhhhh.." Pujuk Aedam. Bahu Dealova dia sentuh kembali. Semakin Dealova melawan. Semakin dia berkeras.

"Jangan melawan!" Jerkah Aedam kuat. Seraya koyakkan baju Dealova.

"Hands off!" Dan saat itu, dia dengar suara garau yang lain. Serta tubuhnya ditarik lalu di peluk.

Terkejut Dealova. Pantas dia dongak.

'Grandpa..'

"Daddy?!"

Terkejut Aedam. Langkah berundur setapak.

"Apa kau buat ni, Aedam? Sejak bila daddy ajar kau aniaya perempuan macam ni?" Gigi berlaga sesama sendiri. Rahang bergerak-gerak menahan amarah. Tubuh Dealova dia peluk erat. Bahagian badan Dealova yang terdedah, dia tutup dengan tangan.

TUAN EHSAN : DUDA PALING MENGANCAMWhere stories live. Discover now