NUR SABRINA | MUHAMMAD RIDUWAN Muhammad Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3. Peluang untuk dia bertahan dibumi Allah tidak akan lama. Bila-bila masa saja dia boleh pergi dari dunia ini. Dia seorang photograph yang suka menangkap gambar langit. Dia tidak memikirkan langsung tentang pasangan baginya tiada guna dia harus memikirkan itu semua, masa untuk dia bertahan didunia ini terlalu singkat untuk orang yang berpenyakit sepertinya. Tapi takdir berkata lain. Dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik dan baik. Nur Sabrina. Gadis itu selalu beri kekuatan untuknya. Kata semangat tidak henti dari bibir merah jambu gadis itu. Mereka dijodohkan bersama tapi jodoh mereka tidak kekal lama saat ajal memisahkan antara mereka berdua. "Kenapa awak suka tangkap gambar langit?"- Nur Sabrina "Mungkin selepas ni saya tak akan pernah melihat lagi langit biru ini"- Muhammad Riduwan "Saya sukakan awak Riduwan"- Nur Sabrina "Saya tak mampu nak balas cinta awak Sabrina. Saya tak sempurna seperti lelaki lain. Saya tak mampu..."- Muhammad Riduwan "Tak apa Rid, Kita sempurnkan sama-sama. Saya betul-betul ikhlas nakkan awak Riduwan. Jadi terima cinta saya Rid?"- Nur Sabrina "Encik Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3" "Andai jodoh kita tak panjang saya nak awak sentiasa tengok langit biru kita tau. Cerita dekat anak-anak kita nanti macam mana ibu dan ayah dia berjumpa pertama kali tau sayang."- Muhammad Riduwan Start : 6.10.24 End : -
9 parts