☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️
"Awak disahkan menghidap penyakit kanser tahap 3..."
MUHAMMAD RIDUWAN, dia hanya menarik senyum tawar. Masih terngiang-terngiang suara dan kata-kata itu memenuhi isi kepalanya. Kata-kata membuat jantungnya sesak seperti susah bernafas. Berita itu mengejut dia dari terus berharap bahwa dia masih boleh bertahan didunia ini.
Riduwan mengeluh perlahan. Kenapa dia ditakdirkan menjadi seorang penghidap penyakit kanser? kenapa bukan orang lain?
Ye dia persoalkan takdir yang Allah sudah tentukan.
"Takpe Rid, kau kuat. Kau mampu menghadapi ujian yang Allah berikan. Kau tak keseorangan, kau masih ada Umi Baba dan Allah." bisik Muhammad Riduwan perlahan
Dia memandang sekeliling kawasan taman bunga. Selepas dia pulang dari hospital dia datang ke taman bunga. Ingin memujuk hati agar menerima kenyataan bahwa dia seorang penghidap penyakit kanser.
Matanya memerhati sekumpulan keluarga itu. Terukir senyuman kecil dibibirnya. Mereka nampak bahagia dengan pasangan masing-masing. Tapi bagaimana pula dengan kehidupannya? Dia bahagia? Berpasangan? Dia tak layak mendapatkan kebahagiaan itu. Dia cemburu.
Jeritan itu mematikan lamunannya terhadap sekumpulan keluarga itu. Dia memandang wanita yang sedang berlari kearahnya. Sempat dia terpandang kearah kanak-kanak yang menangis dihadapannya. Baru dia perasan ada luka kecil dilutut kanak-kanak itu, mungkin dia terjatuh kut.
"Baby Aulia!" jerit si gadis itu dengan melulu kearahnya.
Si gadis menggangkat badan kecil kanak-kanak itu. Raut wajah terjelas kerisauaan. Dia mengusap air mata yang jatuh dipipi kanak-kanak itu. Dia mengerling wajah Riduwan sebentar.
"Mummy Sab, sakit..." rintih si baby Aulia
Dia menghela nafas panjang, sebelum merenung wajah kesakitan baby Aulia.
"Mummy dah pesankan, jangan lari. Tengok sekarang apa dah jadi. Lutut baby Aulia dah luka." marah gadis itu
Baby Aulia tersebik bibirnya kedepan. Sedih kena marah dengan mummynya.
"Sorry mummy Sab..." ucap baby Aulia dengan memeluk pinggang ramping gadis itu
Riduwan hanya memerhati gelagat dua beranak itu. Terlepas tawa kecilnya. Alahai kesian baby Aulia kena marah dengan mummy sendiri. Nakal lagi.
"Encik, saya minta maaf sebab anak saya terlanggar kaki Encik. Encik tak apa-apakan?" tanya gadis itu dengan prihatin
"Eh... takpe saya okay je."
"Alhamdulillah Encik tak apa-apa" lega hatinya mendengar si lelaki dihadapannya tidak mengalami cedera apa-apa.
Mata mereka bertembung sesaat sebelum Riduwan mengalihkan pandangan. Cantik, satu perkataan yang muncul dari hatinya.
"Saya Sabrina. Encik?" kata Sabrina dengan pekenalkan diri sendiri
"Saya Riduwan." balas Riduwan dengan tersenyum kecil
Sabrina menganggukkan kepalanya sebelum menyuruh anaknya meminta maaf atas terlanggar kaki Riduwan.
"Baby Aulia say sorry to uncle Riduwan." suruh Sabrina kepada anaknya.
Baby Aulia yang menunduk itu terus menggangkat kepala. Wajah kacak Riduwan diperhati dengan teliti sebelum dia tersengih.
"Uncle Riwan... baby Aulia minta maaf ye" ucap si gadis kecil itu
Riduwan tersenyum lebar. Tangannya naik mengusap lembut rambut bertocang baby Aulia. Comel aje gelagat si kecil ini. Rasa nak cubit saja pipi tembam baby Aulia.
"Iye uncle Riwan maafkan" kata Riduwan membuat gadis kecil itu melompat dan memeluk batang lehernya
Terkaku Riduwan akibat dipeluk mendadak oleh baby Aulia. Tangannya naik memeluk badan kecil baby Aulia. Dia memandang wajah terkejut Sabrina. Anak beranak comel.
"Erk..." tergaru tepi kepala Sabrina yang berlapik dengan tudung shawl. Melihat kelakuan selamba anaknya.
Sabrina memandang Riduwan dan anaknya berpelukan. Dari cara pelukan mereka nampak terlalu erat dan nyaman. Seperti tidak ingin melepaskan diri satu sama lain.
"Macam anak dengan bapak" gumam Sabrina didalam hati
"Ekhm... baby Aulia, jom kita balik." ujar Sabrina lembut membuat Riduwan meleraikan pelukan. Tersenyum kecil dia memandang kearah Sabrina.
"Baby Aulia tak nak balik. Baby Aulia nak dengan uncle Riwan" bantah si baby Aulia
Baby Aulia mengeratkan lagi pelukan dileher Riduwan. Baby Aulia menghedu haruman minyak wangi Riduwan. Dia enggan tidak mahu berpisah dengan Riduwan. Dia sudah nyaman dengan kehadiran Riduwan. Riduwan seperti daddynya.
Terbuntang mata Sabrina. Baru kenal tak sampai berapa jam dah nak dengan Riduwan. Ini kalau orang lain mahu kena culik anaknya. Baby Aulia senang ikut orang tak kenal kalau sudah nyaman.
"No, baby Aulia nanti daddy cari baby Aulia macam mana? mummy nak jawab apa?"
"Mummy kata lah baby Aulia dengan uncle Riwan" jawab baby Aulia selamba
Riduwan tergelak kecil mendengar kata gadis kecil itu. Comel saja perangai baby Aulia ni.
"Kenapa awak gelak?" soal Sabrina hairan, rasanya dia tak buat lawak tapi kenapa Riduwan ketawa?
"Saya gelak sebab awak dan baby Aulia comel" ikhlas Riduwan mengatakan ayat itu bukan untuk menyedapkan hati seseorang.
Dapat Sabrina rasakan pipinya sudah
membahang. Perutnya terasa seperti rama-rama terbang. Jarang dia mendapat pujian dari orang. Tambah-tambah lagi lelaki."Uncle Riwan... baby Aulia nak aiskrim tu" jari baby Aulia menunjuk kearah gerai aiskrim
"Jom"
Riduwan dan baby Aulia meninggalkan Sabrina yang masih terkebil-kebil. Mata Sabrina mengekori langkah Riduwan dan anaknya. Orang nak makan aiskrim dia nak mengelamun pula.
TBC
YOU ARE READING
Nur Sabrina : His last Love | HIATUS
Storie d'amoreNUR SABRINA | MUHAMMAD RIDUWAN Muhammad Riduwan menghidap penyakit kanser tahap 3. Peluang untuk dia bertahan dibumi Allah tidak akan lama. Bila-bila masa saja dia boleh pergi dari dunia ini. Dia seorang photograph yang suka menangkap gambar langit...