NSHLL | 04 ☁️📸

29 10 16
                                    

☁️📸H A P P Y R E A D I N G📸☁️

SABRINA merenung lantai hospital lama. Sekarang dia berada di hospital dengan Hakim dan Linda. Hakim dan Linda terkedu terdengar berita dari Sabrina bahwa Asrina kena langgar lari.

Sudah setengah jam Asrina berada didalam bilik rawatan dan sampai sekarang tiada keputusan dari doktor.

"Ya Allah tolong selamatkan Asrina. Berikan kekuatan untuk Asrina kembali pulih Ya Allah."

Hakim dan Linda berdiri ditepi tempat duduk Sabrina. Mereka sudah berdiam diri selama setengah jam. Baby Aulia sudah terlelap kerana kepenatan menangis. Doktor hanya kata baby Aulia penat kerana menangis bukan kerana demam.

Sabrina hanya diam dan menunggu doktor keluar dari bilik rawatan. Kedua belah mata Sabrina sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis dan wajah Sabrina terkena darah Asrina semasa dia mengelap air matanya menggunakan tangan.

Tangan Sabrina yang melekat dengan darah Asrina dipandang lama sebelum Sabrina mengeluarkan esakan. Dia menangis perlahan dan mengenggam dada kirinya.

Hakim yang melihat badan Sabrina bergetar dia menyentuh lembut bahu kanan Sabrina berlapik dengan hoodie perlahan.

Sabrina yang merasakan sentuhan dibahu laju menepis kasar tangan itu dari bahu kananya. Dia menikam tajam wajah Hakim dan Linda.

"Jangan sentuh Aku dengan tangan kotor kau, Aku jijik. Cukup kau sentuh badan perempuan ni" bisik Sabrina keras dengan suara serak dan mengetap kuat bibirnya

Hakim terdiam dan menarik tangannya. Dia hanya menatap tepi badan Sabrina.

"Abang minta maaf Sabrina" terlafas juga perkataan tu dari mulut Hakim

Sabrina tergelak sinis lalu memandang wajah Hakim. "Maaf kau tak boleh nak hidupkan Asrina. Semua ni berpunya dari korang berdua. Kalau kau tak curang dengan perempuan murahan ni Asrina tak akan kena langgar macam ni" bidas Sabrina kasar dan penuh amarah didada

Linda hanya terdiam dan menelan air liurnya. Dia takut dengan aura Sabrina. Dia takut kerana sudah terkantoi kecurangannya dengan suami Asrina, Hakim.

Hakim terkedu mendengar kata dari Sabrina. Lidahnya kelu tak mampu nak balas apa-apa. Benar ini semua terjadi berpunca dari dia. Kalau dia tak curang Asrina tak akan jadi macam ni.

"Kalau Asrina sudah sedar nanti aku akan pastikan Asrina minta cerai dengan kau, tanam kata-kata aku dalam kepala otak kau" kata Sabrina dengan menjeling wajah Hakim dan Linda

Klik!

Pintu bilik rawatan terbuka dari dalam. Mengejutkan Sabrina dan Hakim, keluar doktor lelaki dan dua jururawat perempuan. Mereka melangkah kearah Sabrina dan Hakim.

"Ahli keluarga pesakit?" tanya doktor lelaki itu

Sabrina dan Hakim mengangguk laju. Wajah serius doktor lelaki itu ditatap lama oleh Sabrina dan Hakim. Hati Sabrina mengatakan ini berita paling buruk dan paling dia tidak boleh terima.

"Saya adik pesakit" kata Sabrina

"Dan saya suami pesakit" kata Hakim pula

Doktor lelaki itu memandang wajah Sabrina dan Hakim bersilih ganti kemudian dia mengeluh berat. Wajahnya yang tadi serius bertukar kepada wajah sedih. Dia tidak sampai hati ingin melontarkan ayat itu.

"Maafkan saya cik dan encik saya tak berjaya nak selamatkan pesakit. Pesakit meninggal dunia pada pukul 5 : 30 petang tadi. Pesakit kehilangan banyak darah. Dan juga pesakit keguguran akibat hentakan kuat pada rahim pesakit"

"Saya minta diri dulu" ucap doktor lelaki dan berlalu pergi bersama dua jururawat perempuan

"Asrina mengandung?" soal Sabrina perlahan dadanya terasa sesak, air matanya mengalir laju

Hakim tergamam mendengar kata doktor. Dia kehilangan 2 orang tersayang. Asrina mengandung anak dia, kenapa dia tak tahu. Ya Allah isteri dan anaknya pergi tinggalkan dia buat selamanya.

Linda sudah menutup mulutnya menggunakan kedua belah tangan. Ya Allah berdosanya dia pada Asrina. Dia punca sampai Asrina meninggal dengan anaknya.

Sabrina jatuh terduduk dikerusi. Dia menangis teresak-esak, tak mungkin Asrina pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Asrina mengandung dan anak Asrina juga ikut pergi bersama Asrina buat selama-lamanya. Ya Allah bagaimana hati Asrina kalau dia masih hidup tahu dia keguguran. Adakah dia akan maafkan diri sendiri atas kegugurannya.

Dari jauh Sabrina mendengar bunyi tapak kasut yang kuat menuju kearahnya. Sabrina mengangkat wajahnya dan benar keluarganya sudah berada dihadapannya.

Wajah Datin Elina, mama Sabrina sudah merah seperti menahan emosi dan amarah didada. Sabrina bangun dan berjalan kearah ahli keluarganya.

"Mama" panggil Sabrina perlahan dan serak

Pang!

Terteleng ke tepi kepala Sabrina apabila ditampar oleh Datin Elina. Pipi Sabrina terasa kebas disentuh perlahan. Darah mengalir keluar dari tepi bibir Sabrina.

Sabrina memandang sayu wajah Datin Elina. Air mata laju menurun membasahi pipi Sabrina. Kenapa mama tampar wajahnya. Apa salah dia pada mama.

"Kau anak tak guna sampai hati kau sanggup bunuh kakak kau sendiri, Sabrina" marah Datin Elina dengan suara lantang.

Terkedu Sabrina mendengar tuduhan dari mulut Datin Elina. Remuk hatinya Sabrina mendengar pertama kali dalam hidupnya Datin Elina gelar dia anak tak guna. Dan ini pertama kali Sabrina kena tampar dengan Datin Elina.

Hakim dan Linda sudah terkejut melihat Sabrina kena tampar kuat oleh Datin Elina. Hakim memandang tidak percaya kearah mak mertuanya. Kenapa Datin Elina sanggup tampar dan tuduh Sabrina tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Sabrina memandang tidak percaya kearah wajah mamanya. Kenapa mama sanggup tuduh dan fitnah dia dengan bunuh Asrina.

Sabrina cuba menahan sakit dihati dan sesak didada. Sabrina menghela nafas panjang dan merenung wajah Datin Elina.

"Kenapa mama sanggup tuduh Sabrina bunuh akak Asrina" tanya Sabrina, tidak percaya

Tajam mata Datin Elina menikam anak mata Sabrina. Tangan Datin Elina naik mencengkam rambut Sabrina yang berlapik dengan tudung bawal. Terdongak kepala Sabrina keatas memandang wajah Datin Elina.

Sabrina menjerit kesakitan dan memegang kuat tangan Datin Elina yang mencengkam rambutnya.

"Sa...sakit mama... lepaskan tangan mama dari rambut Sabrina. K...kenapa mama buat Sabrina macam ni?" tanya Sabrina dalam kesakitan

"Kau tanya aku kenapa? kau tanya aku kenapa buat kau macam ni? kau bunuh anak aku, perempuan tak guna"

"Sakit? sakit lagi hati aku dapat tahu kau bunuh anak aku. Kau memang anak tak guna! sanggup kau bunuh kakak kau demi kepuasan hati kau. Hati kau memang busukkan perempuan!" jerkah Datin Elina dengan menguatkan lagi cengkaman di rambut Sabrina

Sabrina tergamam dengan tuduhan dari mulut mamanya. Apa yang buat mama percaya yang dia bunuh Asrina? kenapa mama tak percaya kata dia? Kenapa mama sanggup fitnah dia atas kematian Asrina?.

Sabrina mengerling wajah Aslina dan Dato Fikri yang hanya diam dan menjadi penonton pergaduhan dia dan mama. Kenapa adik dan papanya hanya diam saja tanpa menghalang perbuatan mama terhadapnya. Dan kenapa mereka seolah-olah percaya yang dia bunuh Asrina. Kenapa tak ada satu orang pun pertahankan dia? Kenapa tak ada satu orang pun percaya dengan apa yang dia kata?

Kenapa semua orang buat dia begini? Apa salah dia pada semua orang?

TBC




Nur Sabrina : His last Love | HIATUSWhere stories live. Discover now