Siapa sangka disebalik keriangannya, terselit kisah silam yang pahit. Kisah silam yang membuat dirinya begitu membenci ayah kandungnya sendiri. DANIA AMANDA. Seorang gadis yang berasal dari kampung dan mempunyai impian yang tinggi iaitu ingin memiliki suami yang kaya-raya. DANIA AMANDA memiliki wajah yang jelita. Tidak hairanlah ramai jejaka yang tertarik dengan kecantikannya termasuk TENGKU AMIR EZZWAN, lelaki idaman Dania. Namun, hubungan mereka tidak bertahan lama akibat kisah silamnya yang sudah lama terkubur akhirnya terbongkar oleh orang ketiga.
HARIZ ASYRAF. Seorang lelaki yang kuat cemburu dan sangat menyayangi sahabatnya, DANIA AMANDA. Adakah sayangnya itu hanya sekadar sahabat? Tidak. HARIZ ASYRAF sudah lama menaruh perasaan terhadap DANIA AMANDA tanpa pengetahuannya.
"Susah sangat ke kau nak balas perasaan aku? Aku tak kesah lah pasal kisah silam kau tu!" - Hariz
"Maafkan saya Dania... Saya masih sayangkan awak." - Amir
"Tak... Maafkan saya." -Dania
"Aku dah bagi kau amarankan? Jangan kacau tunang aku!" - Kayrina
Apakah kisah silam yang disembunyikan oleh Dania? Siapa pula pilihannya? Adakah Hariz iaitu sahabatnya sendiri atau Tengku Amir, lelaki idamannya?
https://www.wattpad.com/story/248382656