Jemput baca ya !
"Sebenarnya papa bukan ayah kandung Hada." Akhirnya papa buka mulut. Baru sahaja Hada mengutuknya dalam hati tadi.
"Merepek apa ini? Empat tahun lepas mama dengan papa tuntut Hada dekat rumah anak yatim. Sekarang ini drama apa pula ?"
Hada meraup wajah. Pinggan yang hampir kosong tadi dibaling ke bawah. Hentakan kuat pinggan itu membuatkan bahu mama terhinjut sama. Seleranya mati serta-merta.
"Ayah kandung Hada orang lain. Sebenarnya papa dengan mama tiada apa-apa ikatan pun." Tangisan mama pecah. Kali ini papa tidak lagi mengusap tubuh mama seperti selalu. Dia hanya duduk memerhati mama yang sudah menangis teresak-esak.
Hada rasa lidahnya kelu untuk berbicara.
"Mama penat buat dosa Hada. Mama penat untuk berzina dengan papa lagi."
Tuhan. Apakah ini ?
Air mata Hada tidak lagi keluar seperti selalu. Dia mencerna segala maksud butir bicara mama. Sesekali bibirnya terkumat-kamit menghamburkan cacian terhadap dua insan di hadapannya ini.
"Habistu, Hada ini anak haram hasil mama dengan siapa ?" Hada tidak dapat menahan rasa marahnya.