KakiKarang

KakiKarang

Assalamualaikum
          
          Semua orang boleh menulis. Dalam ramai-ramai yang boleh menulis itu,pasti ada yang menulis secara serius dan ada yang hanya untuk suka-suka.
          
          Seperti juga kita membaca sesuatu buku itu,ada jenis orang yang akan kritik dari jalan cerita sampailah ke jumlah ayat. Ada juga yang membaca,hanya dengan niat membaca.Suka baca kisah yang ditulis oleh penulis,tak kisah penggunaan ayat yang digunakan. Jalan cerita baik atau tidak,dianggap sebagai tu hak penulis untuk menulis apa pun penulis mahu.
          
          Aku,ada menulis. Ya aku sedar aku tidak seaktif yang lain. Aku tidak pandai merangka cerita dengan menulis "point" atau merujuk pada sesuatu maklumat.
          
          Aku hanya menulis (cuba menulis),mengikut apa yang aku nampak,fikir dan yang paling berjaya mengerakkan jari aku untuk menaip ialah hati.
          
          Kadang kita ada idea,tapi tak boleh nak menulis sebab tak tahu nak karang ayat. Kadang ada juga jenis seperti petik jari idea melambak terus menulis. 
          
          Kritikkan,ada yang suka dikritik,ada yang tidak. Yang tidak suka ini bukan bermakna dia rasa dia bagus,tak. Itu semua ego.Malu.Marah lah juga sedikit. Yalah,penat-penat memerah idea,alih-alih orang kritik terok gila. 
          
          Nak kritik,kritik lah.
          Tapi bagi lah tunjuk ajar. Mungkin dia tak tahu nak rujuk siapa. Nak tanyak secara rawak pun belum tentu ada yang menjawab. Jika hendak ditanya secara personal pun, jawapannya kemungkinan ada 3,yang menjawab,yang tak menjawab dan paling terok yang memaki dan kedekut ilmu.
          
          Ehmm so.maaf kalau ada terasa.Aku tak kaitkan siapa2 pun.Cuma aku rasa aku hanya mampu membaca sahaja. Yang dah aku karang cerpen tu,aku biarkan je.Tiada sambungan mahupun penghujung cerita. Sekian dari saya.
          
          Assalamualaikum.