NovelisSuciHidayat

“Alisa… please?” Ibra tak mahu Alisa menolak. 
          	
          	“Malu saya. Banyak sangat dah ni Encik Ibra tolong saya. Banyak sangat dah saya susahkan Encik Ibra. Macam mana saya nak balas semua budi encik nanti?” Alisa hembus keluh. Entah terbalas entah tidak semuanya. Gaji yang ada pun belum tentu cukup untuk dia dan anak-anak. Nak balas budi pula?
          	
          	Ibra renung Alisa. Sembunyi senyum bila Alisa sebut tentang balas budi. Tak kisah langsung pun berapa banyak duit, berapa banyak masa atau budi pun yang dia curahkan untuk Alisa. Ibra tak pernah terlintas untuk minta wanita itu membayar semua setiap sen duit atau pertolongannya.
          	
          	Tapi… kalau Alisa benar-benar mahu membayar, Ibra tak mahu dalam bentuk duit.
          	
          	Ibra mahu Alisa. Ibra mahu anak-anak Alisa. Ibra mahu seluruh diri dan kehidupan Alisa. Dan Ibra janji, segala hutang budi Alisa, langsai!