Setelah dia selamat berada didalam kamarnya. Batang tubuhnya seakan dilanggar seseorang. Namun tidak pulak tubuh kekarnya tumbang. Penglihatanya tertancap kearah orang yang baru sahaja dilanggar olehnya. Seorang gadis yang memakai seragam katering bersama topi. Rambut blonde nya diikat kuda. Wajah gadis itu masih menunduk kebawah. Takut atau malu mungkin. Tapi. Macam mana wanita ini boleh menerobos masuk kedalam kamar peribadi miliknya disini. Adam binggung sekejap.
"Siapa kamu?,". Soal Adam. Suara garau itu membuatkan tubuh mugil gadis itu berdecit sedikit. Perlahan wajah wanita itu mula diangkat.
Mata Adam terpana. Entah kenapa hatinya bagaikan hilang arah tidak seirama. Bagaikan mati hidup semula.
"Se..saya sesat masuk bilik air..ingatkan ini tandas tempat pekerja..,". Ucap gadis itu sambil menghadiahkan satu senyuman manis. Dengan riak muka bersalah. Tangan kananya membetulkan topi basketball nya diatas kepala.
Mata hazel itu wajah suci bersih tanpa kaca mata. Hatinya menjerit mengatakan wanita itu yang saban hari membuatkan dia galau hampir tujuh tahun lamanya. Ditahan segala perasaanya. Yang pasti dia perlu memastikan sesuatu. Dia menenangkan hatinya. Jangan gelojoh. Dan bertindak melulu. Pasti simpang siur jadinya. Nafas ditarik sebelum dilepaskan perlahan.
'Games on, '. Bisiknya semangt.