Valerie4ziz

A SOLD SOUL SUDAH TAMAT.
          	
          	Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca setia yang sentiasa memberi sokongan, menyusuri setiap liku air mata Adriana, Yuki, Sarah, hingga menjadi Tsubaki. Kisah cinta Adriana bermula dengan Kenji, namun takdir menetapkan akhirnya dia menjadi Tsubaki disamping Kaito. Naskhah ini tidak akan bernyawa tanpa kalian. Jumpa lagi di karya seterusnya!

Valerie4ziz

A SOLD SOUL SUDAH TAMAT.
          
          Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca setia yang sentiasa memberi sokongan, menyusuri setiap liku air mata Adriana, Yuki, Sarah, hingga menjadi Tsubaki. Kisah cinta Adriana bermula dengan Kenji, namun takdir menetapkan akhirnya dia menjadi Tsubaki disamping Kaito. Naskhah ini tidak akan bernyawa tanpa kalian. Jumpa lagi di karya seterusnya!

Valerie4ziz

BERLIN TO ANDES: DARI BAYANG-BAYANG REICH KE PUNCAK KEBEBASAN
          
          Halo semua pembaca dan pengikut yang setia!
          
          Dengan rasa sebak, teruja, dan puas, saya nak umumkan bahawa perjalanan panjang Obergruppenführer Friedrich von Schmidt dan Dr. Karla Hartmann kini rasmi COMPLETED!
          
          Siapa sangka, perjalanan yang bermula dari kedinginan dan kekejaman Berlin di Villa Grunewald, meredah perang, melarikan diri dari cengkaman Nazi yang penuh ancaman, sehinggalah mereka bertukar identiti menjadi Johann dan Karin Weber bersama anak-anak mereka di Estancia de la Paz, Andes... akhirnya menemui pelabuhan takdirnya.
          
          Kisah ini bukan sekadar tentang persembunyian atau aksi, tapi tentang cinta yang melampaui batas sejarah, pengorbanan seorang suami dan ibu, serta kecekalan sebuah keluarga demi mempertahankan syurga kecil mereka.
          
           Bagi yang dah ikuti dari awal: Terima kasih yang tidak terhingga sebab sentiasa tinggalkan vote, komen, dan sokongan emosi sepanjang saya menulis setiap babak—terutamanya babak-babak saspen dan intim mereka!
          
          Jangan lupa untuk tinggalkan komen terakhir korang di bab Epilog, dan beritahu saya apa watak atau babak paling kegemaran korang sepanjang novel ini berjalan! Vote korang di setiap bab amatlah dihargai.
          
          Sekiranya ada kekurangan dari segi bahasa, logik cerita, mahupun fakta sejarah, saya susun jari memohon maaf dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas positif dari korang.
          Jemput baca, resapi perasaan mereka, dan selamat tinggal kepada Keluarga Weber! ✨
           #Valerie4ziz #WattpadMalaysia #HistoricalFiction #TheSchmidtLegacy #FriedrichdanKarla

Valerie4ziz

@25heri Hi! Thank you so much for your support. At the moment, Wattpad is my only platform. Please continue supporting my stories! ♥️
Reply

25heri

@ Valerie4ziz  slm u ,i hairee...best cerita u ,i bagi 5 star dari 5 star
Reply

Valerie4ziz

Akhirnya, perjalanan Mark dan Jannah melabuhkan tirainya.
          
          Sukar untuk saya gambarkan perasaan saat menulis bab terakhir ini. Dari sebuah ikatan yang bermula dengan takdir tanpa cinta, sehingga mereka belajar erti sebenar sebuah 'rumah'—ia adalah satu perjalanan yang menguji kesabaran dan mendewasakan jiwa.
          
          Terima kasih kepada kalian yang setia mengikuti liku-liku rumah tangga mereka, dari saat Jannah berjuang di hospital sehinggalah Mark belajar untuk mencintai dengan hati, bukan sekadar ego. Terima kasih kerana sudi meminjamkan rasa, menitiskan air mata, dan memberikan sokongan moral sepanjang naskhah ini berjalan.
          
          "Watak mana yang paling buat korang emosi? Mark atau Jannah?"
          
          "Nantikan naskhah seterusnya daripada saya!"
          
          ❤️

Valerie4ziz

♥️ thank you for your support. Nantikan naskhah saya seterusnya.
Reply

nooredres

@Valerie4ziz Terima kasih untuk author yg telah menghabiskan cerita ni. Buat saya kedua duanya ade meng’emosi’kan saya . Tapi syukur perjalanan roller coaster MarkJannah telah berakhir dgn bahagia bersama 3 hero ❤️
Reply

Valerie4ziz

Akhirnya, tirai buat Keluarga Vestergaard telah pun dilabuhkan. Bagaimana dengan pengakhiran mereka? Jika ada sebarang pembetulan, teori, mahupun kata-kata yang ingin dikongsikan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda. Share pandangan anda dengan saya!

Valerie4ziz

"Sabrina jatuh cinta pada gema sejarah yang sepatutnya terkubur—seorang Mahapatih Gajah Mada yang sudah lama hilang ditelan zaman. Namun, cinta yang suci dan keinginan yang meronta mampu menembus batas waktu, menghidupkan kembali panglima agung itu menjadi sosok yang bernafas di depannya. Cinta mereka melangkaui realiti dan logik.
          
          Tapi, adakah ini sebuah keindahan yang abadi, atau satu malapetaka yang menanti untuk menghancurkan jiwa?
          
          "Berani masuk ke dunia mereka?"
           #historicalromance #malayromance #majapahit #forbiddenlove #darkromance

Valerie4ziz

Hai semua! Terima kasih sebab sudi pinjamkan rasa dan meluangkan masa membaca kisah Luang Pi Chai. 
          
          Menulis kisah yang sarat dengan emosi, air mata, dan pengorbanan macam ni bukanlah mudah, tapi sokongan korang buat saya rasa berbaloi sangat. 
          
          Korang lebih suka pengakhiran yang tenang sebegini, atau korang ada tekaan lain sebelum ini? 
          
          Antara Luang Pi Chai, Muhammad Firdaus, dan Somchai... karakter mana yang paling terkesan di hati kalian sepanjang perjalanan naskhah ini? Kongsi dengan saya di bawah, saya nak baca. Let's sembang!"

Valerie4ziz

Thanks for the response babe ❤️
Reply

Mysterytanahros

@Valerie4ziz Luang Pi : Tenang
            Firdaus : Rasa bersyukur
            Somchai : Level Redflag thp petala langit 
            
            Bagi saya,ketiga-tiga wtk ni sangat mmbri inspirasi dan masg2 ada kekuatan trsendiri ada masa saya germ bila bca,rasa sedih rasa happy sgt2 bila bca dan bila bca citer ni,penceritaan sangat-sangat kompleks dan tak terlalu berat sangat and that's why saya suka sgt bca citer ni.. I hope next citer author pelbgaikn lgi genre citer author,prnh trfkr jga lh klw author sudi tulis citer sains fiksyen tak pun citer2 yg genre ringan-ringan tp ttp tak ubah niche stp citer author.. Congratulations for making  a story yg dkt dgn fkrn reader sprti sy tq...
Reply