daneennizar

Happy 700+ reads! Terima kasih kepada yang sudi baca 
          	
          	https://www.wattpad.com/story/402426616

anelsyu__

Hi akakk! Saya dah habis baca cerita akak yg 'PESIMISMU' tu. Menangis saya dengan ending dia kakkk.. HAHAHSHHS. The characters portray their feelings so well  lurv cerita thriller macam ni. And plot twist dia pun gempakk!!
          
          Semoga akak dapat idea lagi untuk terus tulis buku gempak² macam ni. Mana tau satu hari nanti akak dapat terbitkan buku betul². Semangat menulisnya kak!!

daneennizar

@anelsyu__ Hi babe! Thank you tau dah banyak habiskan baca PESIMISMU and lega hati ni bila ada pembaca yang suka dengan jalan cerita ni.
            
            Btw, saya ada 2 buku yang sudah diterbitkan. BERNYAWA iaitu seram misteri dan LUNATIK bergenre seram thriller misteri.
            
            https://my.shp.ee/veVUCoF
            https://my.shp.ee/uDxRZr2
            
            Insya Allah, aaminn ya rabbal alamin, semoga tahun ni comeback dengan novel yang terbaru 
            
            Terima kasih atas doanya ❤️
Balas

daneennizar

Iswar menangis tanpa malu. "Sampai bila awak nak benci saya? Awak betul-betul dah lupa cinta awak pada saya dulu?"
          
          "Cinta tak ada jaminan. Kadang ia bawa bahagia. Kadang ia bawa musnah. Bila tak menjadi, tak ada apa pun yang boleh dipulangkan semula."
          
          Iswar menggeleng perlahan. "Kalau macam tu... boleh tak kita mula dari awal? Saya janji, saya takkan jatuh cinta dengan awak lagi."
          
          Sebuah tawaran mustahil, tapi itulah dia - lelaki yang hanya mahu hidup di sisi wanita yang dia pernah sakiti.
          
          "Hubungan kita toksik. Kawan atau kekasih, dua-dua racun. We were never good to each other, and we thought it was okay. Aku takkan ulang semua tu lagi."
          
          Kaleela bangun, langkahnya mantap meninggalkan bilik itu.
          
          Di balik pintu, dia bersandar. Nafas turun naik. Dalam diam, kenangan menyerang.
          https://www.wattpad.com/story/402426616

daneennizar

Kaleela lahir dalam keluarga yang cacat oleh trauma dan kasih sayang bersyarat.
          
          Dia membesar dengan keyakinan bahawa hidup tidak pernah menjanjikan bahagia - hanya pilihan-pilihan yang menyakitkan.
          
          Apabila dia bertemu Iswar, lelaki yang kelihatan seperti pelindung, segalanya tampak berubah. Tapi perlahan-lahan, cinta mereka menjadi racun. Antara sayang dan dendam, mereka saling menghancurkan dengan cara yang paling sunyi.
          
          Dalam dunia yang dilingkari manipulasi, kehilangan, dan tekanan, Kaleela mula menyedari sesuatu yang jauh lebih mengerikan daripada kematian - iaitu manusia yang hidup, tapi mati dari dalam.
          
          PESIMISMU ialah kisah tentang cinta yang retak, trauma yang diwariskan, dan manusia-manusia yang terlalu rosak untuk menyelamatkan sesiapa -termasuk diri sendiri.
          https://www.wattpad.com/story/402426616