donutbeanmochi

Saya kembali lagi...

donutbeanmochi

Semakin dewasa, semakin bertambah umur... Saya belajar dari kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan; sombong, angkuh, bercakap tak guna otak, tingkah dan bicara banyak mengguris hati manusia.
          
          Hari ini, saya belajar untuk tunduk — bukan kalah, tapi sedar diri. Belajar minta maaf tanpa perlu ego jadi juara. Belajar diam bila hati mula mahu berkata tanpa fikir rasa orang lain. Hidup ini bukan tentang siapa paling lantang, tapi siapa paling tenang walau pernah silap besar.
          
          Saya masih belajar. Masih memperbaiki. Dan saya mohon... doakan agar hati ini terus lembut menerima teguran, bukan keras menolak kebenaran. 
          
          — #RefleksiDiri #BelajarMenjadiLebihBaik #PerjalananHati
          
          

bituinhana

@ donutbeanmochi  chaiyok
Responder

donutbeanmochi

@ririkasofea Amin. Amin. Amin. InsyaAllah... Sama-samalah kita 
Responder

ririkasofea

Sama kak Semakin lama semakin malas nak kata apa-apa. Cukup diam and mengalah je. Semoga kita sentiasa kuat❤️
Responder

sugaminnation

akak mirannn saya rindu akak mirannn . a few years past and im missing the old readers and authorssss

donutbeanmochi

@sugaminnation Aduh duh duh... Sekarang musim rindu-rinduan kat wattpad. Akak pun rindu juga dengan semuanya. Serius masa dah banyak berlalu, masing-masing dah buat hal sendiri :')
Responder

alexandrahanani

hi kak miran. rindunya pada akak. dulu selalu interact dengan akak dekat ig lama akak, saya ingat lagi username tu -87miran. 
          akak selalu share resepi kadangkala puisi. suka sangat beli novel akak macam curang, suami tak sweet, seonmul... 
          tak sangkanya its been years. dulu umur saya 12 tahun sekarang dah 19,nak masuk 20.terima kasih akak sebab cerita akak menemani childhood saya. semoga akak sihat selalu, love u 

donutbeanmochi

@alexandrahanani  hai awak. 87miran tu dah terkubur lama sebab tak daapt log in. Sayang banyak kenangan kita-kita semua kat situ. Rasa macam kejap je kan, masing masing on the way dewasa. Terima kasih juga jadi peneman dalam dunia penulisan akak. Amin. Amin. Amin. Awak pun, semoga berjaya dunia dan akhirat
Responder