"Pulang semula ke jalan kau, Mara. Sebelum tiba hancurnya seluruh semesta. Selagi laut belum meluap, selagi belum hancurnya gunung-gunung, selagi bumi tidak memuntahkan isinya, kau masih boleh merayu agar Allah ampunkan dosa kau. Namun apabila gelaran 'dunia' dilucutkan, manusia-manusia dipindahkan ke alam akhirat, tiada lagi kata 'peluang' yang mereka panggil taubat.
sekalipun air mata kau jatuh seluas lautan, kau sujud hingga menipis tulang-temulang, air mata bertukar darah sekalipun, semuanya sudah tidak dipandang. Di dunia, kau terjunam berkali-kali dan masih ada peluang untuk kembali, kerana waktu ini masih ada gelaran "Maha Pengampun". Tetapi apabila segalanya dihancurkan, yang hanya tinggal dosa-dosa yang kau lakukan." — Raden Mahdizan.
urm, i usually tak ada interest nak menulis historical fantasy. and suddenly it hits my mind, terasa nak buat historical fantasy, islamic-kingdom-romance vibe. I dunno la, lot of ppl tak minat this kind of genre. Most of them minat yg dark romance ajeee. I dunno la, i don't think this one will get any attention.