scene for upcoming story!
Bintang yang bersinar terang itu dia tenung sepuas hati. Bayu malam lembut menyentuh pipinya. Rasa sejuk mengcengkam diri sehingga ke tulang. Tapi dia tidak kisah akan semua itu. Kerana dia sudah biasa.
"You buat apa dekat luar ni?" Soal Malik sambil mula melangkah menghampiri isterinya. Duduk dilabuhkan bersebelahan dengan isterinya yang selesa berbaring di atas kerusi rotan yang bulat dan besar.
"Tengah kira bintang" Jawab Sarah tanpa berpaling ke arah suaminya.
Suasana mula diam antara mereka berdua. Masing-masing tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Sehinggalah Sarah yang berbunyi.
"Kenapa you tak balik?"
Soalan itu mampu menarik perhatian Malik. Terus kepala dipalingkan menghadap isterinya yang masih lagi leka dengan kecantikan bintang. Keluhan berat dia lepaskan.
"You memang nak halau I ke?"
"Ya" Balas Sarah sepatah. Langsung tiada rasa bersalah terpancar di mukanya. Memang itu jawapan jujur dari hatinya.
"But why? I datang sini nak betulkan keadaan tentang kita. Just please give me a chance"
Sarah ketawa kecil mendengar ayat suaminya itu. Betulkan keadaan? For what? Tiada guna jikalau dia mahu betulkan sekarang. Semuanya sudah terlambat.
"Tentang kita? Tak ada apa yang you perlu betulkan. Semuanya berpunca daripada I. Macam yang you pernah bagitahu I dulu. I punca semuanya. Dan ya sekarang ni I mengaku semua tu. I yang bunuh adik you. I yang buat hidup family you sengsara. I juga punca mama you mati"
"Sayang, please..." Rayu Malik perlahan. Matanya mula berkaca mendengar segala pengakuan bodoh isterinya itu.
"Itu yang you nak dengar dari dulu kan. Apa lagi yang you nak I mengaku? Apa lagi salah I pada you? Pada family you? Bagitahu I sekarang Malik!" Kata Sarah senafas. Sekarang dia mahu lepaskan segalanya. Dari dulu lagi dia pendam rasa ini sendiri. Sehingga ia memakan diri.
"Tak...tak ada sayang. I minta maaf sebab cakap macam-macam pada you dulu. I mengaku I bodoh. I yang..."