ruhimikayla

Berjaya juga update part 2

ruhimikayla

@RuhiMikayla akak pun macam dh lupa cerita senorita
Reply

ruhimikayla

@MrsSufi dia punya malas tu nauzubillah... ha ha ha.
Reply

ruhimikayla

Okay.
          Idea tahun 2020.
          
          Scandalicious BFF
          
          Minn, seorang gadis. 
          Luth, seorang lelaki. 
          Takdir; mereka BFF.
          Jodoh; mereka ada skandal!
          
          Atas satu kejadian, Minn membuat tawaran gila! Minn nak jadi pengantin untuk kawan baiknya sendiri. Idea tu nampak macam biasa aje tapi bagi Luth, ia kurang waras untuk diterima akal.
          
          Terima Minn sebagai kawan baik, no hal!
          Tapi terima Minn sebagai isteri, hell no!
          
          Kata Minn, "alah sama je. Kau treat jadi macam biasa je."
          Kata Luth, "aku lelaki normal, Minn." 
          
          Mampukah dua bff ini menjadi bff halal atau ... "biar takdir tentukan segalanya."

ruhimikayla

Berkawan dengan Benji sangat menyenangkan jiwa dan raga aku. Dia betul-betul seperti jelmaan hero drama korea. Sweet dengan gaya maconya.  Jadi, memang betullah jejaka Korea memang manis-manis belaka.  
          
          "Teringat siapa?" Tiba-tiba ada suara yang menggangu-gugat kedamaian aku. Terlupa pula yang aku-encik beku dingin ketul ais sedang menjalani paksarela janji temu. Ini semua mak-mak punya angkara. Haih, sabar jelah aku. 
          
          Gelas air tea o ais limau pesanan aku ditarik dekat ke bibir. Lalu aku menyedutnya perlahan. Susunan rancangan untuk membasuh baju-baju kerja tidak kesampaian bila mana ibu lelaki ini beria meminta aku 'membantu' anak heronya ke pasaraya untuk membeli barang. Macam kelakar tapi atas dasar hormat, aku ikutkan juga.

ruhimikayla

"Indah Seroja, kan?" Tegur lelaki berkaca mata tanpa bingkai ini. Haa inilah dia lelaki yang buat aku ralit sekejap tadi. Iras wajahnya sama seperti pelakon Korea yang kacak itu, Ji Chang-Wook. Manalah tahu kalau-kalau betul lelaki ini pelakon kesukaan aku. 
          
          "Saya Benji." Fasih betul dia bercakap melayu. Kagum aku jadinya. 
          
          "Benjamin Ji Moon Ho." Nama penuhnya... jadi tak salahlah aku meneka. Dia memang orang Korea. 
          
          "Assalamulaikum." Dia muslim?

ruhimikayla

"Kau jangan nak baik sangat dengan mama aku." Terus aku pandang Luth yang sedang elok duduk santai atas bangku mengadap sawah. Entah bila dia muncul, aku sendiri tidak perasan. 
          
          Gaya macam nak ajak aku gaduh aje. Sabar ajelah. 
          
          "Kenapa pula? Takkan saya nak buat makngah tu jadi musuh pula." 
          
          "Nanti mama aku suka kau. Kemudian mama mesti pujuk aku terima kau." 
          
          Serius? Sepet mata aku pandang Luth. Pemahaman pelik begini, dari mana dia kutip? Kata kerja bagus, belajar tinggi. Tahap pemikiran macam orang belum sunat!
          
          "Kalau tak suka, cakap aje terus terang. Buat apa nak paksa diri sendiri." 
          
          "Mama aku jenis memaksa." 
          
          "Namanya pun mak. Makngah paksa sebab makngah nak tengok awak bahagia. Mana ada mak yang nak tengok anaknya tidak bahagia. Cakaplah elok-elok dengan makngah. Cara tu yang penting. Kalau awak gunakan cara keras untuk menolak hasrat makngah, tentulah makngah kecil hati." 
          
          

ruhimikayla

"Indah boleh tinggal dengan makngah." Mak sudah senyum-senyum tanda bagi lampu hijau. 
          
          "Inn boleh cari rumah sewa." Tukasku dengan cadangan yang boleh dikira logik. Segan kut nak menumpang rumah anak toklong ni. Tambah lagi segan bila tahu niat nak kenen-kenen, kan aku dengan anak makngah yang bujang terlajak tu. 
          
          "Alah, rumah saudara ada. Buat apa nak cari rumah sewa pula." Wah, wah... mak ni. Sejak-sejak jadi kawan baik dengan makngah, bukan main lagi. 
          
          "Rumah makngah tu cuma ada makngah aje. Luth, Noah, Esmail semua duduk rumah sewa. Fateema kat asrama UIA sana. Yang bongsu si Najla kat MRSM Bentong. Tinggallah makngah sendiri." 
          
          "Kenapa tak suruh anak-anak bujang duduk dengan akak?" 
          
          "Biarlah mereka duduk sendiri. Belajar hidup. Esok-esok dah kahwin senang." Oooooo... dan-dan tu mak pandang aku. Eh?

ruhimikayla

"Aku pernah putus tunang lima kali." 
          "Tak ada jodohlah namanya tu." 
          Dia diam. Lama sampai aku terpaksa kalih memandangnya. Rupa-rupanya dia sedang buat aktiviti tenung-sampai-tembus anak dara Puan Teratai. Haip, mata tu!
          Kemudian dia senyum. Pelik-peliklah cucu toklong ni.