Seorang kanak-kanak kehilangan kasutnya di laut, kemudian dia menulis di pantai: "LAUT INI PENCURI"
Tidak lama kemudian datang seorang nelayan dengan membawa tangkapan ikan yang banyak, lalu dia menulis di pantai: "LAUT INI BAGUS."
Seorang kanak-kanak lemas di lautan, kemudian ibunya menulis di pantai: "LAUT INI MEMBUNUH"
Seorang pelayar kemudian dilanda ribut, lalu menulis di pantai: "LAUT INI PENUH DENGAN BERBAHAYA"
Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang menjumpai sebongkah mutiara di lautan, lalu dia menulis di pantai: "LAUT INI PENUH BERKAT"
Sedangkan seluruh lautan tidak pernah mengeluh.
Kemudian datang ombak besar dan memadam semua tulisan di pantai tanpa kesan.
MAKA KITA BELAJAR DARI LAUT, JANGAN RISAU DENGAN UCAPAN ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN & PENGALAMAN YANG BERBEZA.
Teruskan, selagi kamu berada di jalan yang baik.
Walaupun kadangkala kebaikan tidak selalu dihargai.
Jangan bersusah payah menjelaskan diri kamu kepada sesiapa, kerana mereka yang menyukai kamu tidak memerlukannya, dan mereka yang membenci kamu tidak mempercayainya.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tetapi siapa yang ingin berbuat baik.
Jika masalah datang kepada kamu,
jangan fikir bagaimana untuk membalas dengan lebih kesakitan, tetapi fikirkan bagaimana untuk membalas dengan lebih baik.
-Coretan Hati