♫︎ ᴇᴘ 12

55 14 6
                                    

Pada pagi itu suasana di sekolah kelihatan agak suram bagi Naeun mungkin keran mood nya kurang pada waktu pagi.

"Naeun-ah ! Ni ada orang bagi kau bunga dengan surat ." kata salah seorang pelajar kelas nya.

" Bunga ? Siapa takkan Juyeon pulak kan ?" Naeun mengomel seorang diri.

Naeun meletakkan beg nya diatas meja lalu keluar dari kelas untuk ke taman sekolah. Semasa dalam perjalanan ke taman Juyeon ternampak Naeun pergi menuju ke luar sekolah dengan membawa bunga , tanpa Naeun sedar Juyeon telah mengikut nya dari belakang.

♫︎♫︎♫︎

" Yaa nampak Ryujin tak ?" tanya Lee Know kepada Seonghwa sambil memandang sekeliling kelas.

" Entah "

" Entah ? Kau kan satu kelas dengan dia ." kata Lee Know.

" Aku satu kelas dengan dia pun tak semestinya aku 24 jam dengan dia ." kata Seonghwa.

" Tanya kau ni kan memang sakit hati lah !" marah Lee Know lalu beredar dari situ.

" Dia yang tanya orang pastu marah-marah , sah ada penyakit mental ." Seonghwa mengomel seorang diri.

♫︎♫︎♫︎

" Siapa bagi tu ?" tanya Juyeon sebaik melihat Naeun membau bunga itu.

" Ha ? Saya pun taktau kenapa ?" tanya Naeun.

" Takde apa cuma tanya je ." kata Juyeon lalu duduk di sebelah Naeun.

" Takkan jeles kot ." perli Naeun.

Juyeon hanya menjeling Naeun , Naeun membuka surat yang diberi bersama bunga tadi , Juyeon juga turut sibuk ingin membaca apa yang tertulis di dalam surat itu.

surat

Annyeong lama tak jumpa , kau mesti tertanya-tanya siapa aku kan ? Tapi jangan lah risau sangat tak lama nanti kita jumpa tunggu ye sayang !

-

Naeun mula gelisah dia rasa seperti hati nya di tikam-tikam dengan pisau , dia sangat ingin tahu siapa yang menghantar surat itu dia fikir orang itulah yang membunuh eomma nya. Cara penulisan di surat itu sama dengan cara orang yang selalu mesej nya.

" Awak ok tak ?" tanya Juyeon sebaik melihat Naeun mula berpeluh.

" Awak...."

" Naeun-ah !" jerit Juyeon.

♫︎♫︎♫︎

Lee Know dan Ryujin masuk ke dalam bilik rawatan dan mereka ternampak lah Naeun yang terbaring di atas katil itu dengan muka yang sangat pucat bersama badan separuh berselimut.

" Weyh kenapa jadi macam ni ?" tanya Ryujin.

" Aku pun taktau lepas dia baca surat ni terus dia pengsan ." kata Juyeon lalu menghulur surat itu kepada Ryujin.

Lee Know turut melihat apa yang tertulis di dalam surat itu , Ryujin dan Lee Know tertanya-tanya siapa yang berani menghantar surat sebegitu kepada Naeun. Lee Know merampas surat itu lalu keluar dari bilik rawatan.

𝐁𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐘𝐨𝐮 !Where stories live. Discover now