♪ ᴇᴘ 01

126 24 35
                                    

Panggg !!!

Arhhhh !!! jerit seorang perempuan di dalam bilik membuatkan makciknya terus menuju ke biliknya.

" Naeun ?? Kamu kenapa , mimpi benda yang sama ye ?? " tanya Makcik Jung

" Ermm tempat yang sama , muzik , darah." jawab Naeun sayu.

Makcik Jung menggosok belakang Naeun yang dipenuhi dengan peluh di tubuhnya akibat mimpi itu.Makcik Jung merupakan kakak kepada mak Naeun selepas mak Naeun pergi Makcik Jung yang menjaga Naeun.

" Kamu pergi mandi dan bersiap selepas tu turun makan ye ." arah Makcik Jung kepada Naeun.

                             ♫︎♫︎♫︎

" Juyeon-ahhhhh !! " Kau tidak reti bangun ke ? kau tahu tak kamu sudah terlambat untuk ke sekolahhh !!! " Jerit Jeorin dari dapur.

Seperti biasa Juyeon tidak akan bangun jika kakaknya hanya terjerit seperti itu melainkan kakaknya pergi kebilik nya dan memukulnya dengan senduk.

" Kau memang tak reti kan , kau tunggu siap kau aku dah lama sabar dengan kau . " bebel Jeorin lalu menuju ke bilik adiknya sambil memegang senduk yang dibawa dari dapur.

Baru sahaja Jeorin ingin membuka pintu Juyeon sudah lari pecut masuk kedalam bilik air sempat jugak dia mencapai tuala yang tersangkut di tempat sangkut itu. Jeorin melihat sekeliling bilik dengan pandangan tidak puas hati kepada adiknya itu.

                            ♫︎♫︎♫︎

Naeun sedang berjalan masuk kedalam sekolah setelah lama dia cuti , dia berasa agak lain sedikit mungkin kerana suasana baru.Naeun sedang menuju ke pejabat tiba-tiba seorang lelaki melanggar bahunya dengan sangat kuat membuatkan beg galas nya terjatuh .

" Uh mian aku tak perasan ." kata lelaki itu dengan muka tidak bersalah.

Naeun menjeling lalu mengutip buku nya yang terkeluar dari begnya , Naeun paling tidak suka bila sesiapa sahaja yang melanggarnya kerana sifatnya yang sedikit kerek dan tidak suka bergaul selepas maknya meninggal.

" Juyeon-ahhh wae ?? " tanya Lee Know  kepada Juyeon.

Lee Know merupakan kawan baik Juyeon daripada kecil dia jugak dikenali sebagai kembar Juyeon kerana muka lnya yang seakan sama seperti Juyeon dan nama keluarga mereka juga Lee.

" Ohh tak ada apa jomlah masuk kelas dah lambat ni." Juyeon menarik tangan Lee Know lalu meninggal Naeun yang sedang mengutip bukunya.

                                ♫︎♫︎♫︎

" Okayy semua boleh duduk tempat masing-masing, okay harini kita ada seorang pelajar baru , kamu boleh masuk." arah saem.

Naeun masuk kedalam kelas M2 itu dengan perlahan dengan muka nya yang masam itu kerana dia tidak suka bersekolah.

" Kim Naeun-imida."

Ye sungguh pendek , dengan muka yang masam membuatkan pelajar kelas M2 memandang Naeun atas bawah dan mula berbisik-bisik sesama mereka.

" Kamu boleh duduk dimana kamu mahu ." arah saem.

Naeun berjalan menuju ke meja yang kosong dibelakang dengan muka yang sombong itu memandang yang lain.

" Mesti anak orang kaya ni ."

" Sombong nak mampus macam mana boleh masuk kelas kita ."

" Ade yang nak derma gula untuk muka dia yang masam tu ? "

Semua tidak puas hati dengan Naeun yang memperkenalkan dirinya dengan sangat pendek dan muka nya yang kerek itu.Baru saja ingin memasang earpod di telinganya seorang pelajar perempuan menarik tangan nya dengan sangat kuat lalu earpod nya tercampak.

Naeun tidak berkata apa lalu mengambil semula earpod nya yang tercampak.

" Aku nak tanya kau , kau cuba nak mengada dengan Juyeon aku ke macam mana ? " tanya Mya dengan nada geram sambil menujuk gambar dari fon nya.

" Kau gile ke apa , ke kau buta kalau buta aku boleh tolong buatkan spek mata untuk kau murah je kalau kau nak !" perli Naeun membuatkan pelajar lain terlopong mulut.

Pang !!

Satu tamparan hinggap di muka Naeun , semua pelajar terkejut dengan perbuatan Mya kepada Naeun murid baru pula tu.

" Myaa apa kau buat nii ?? " Lee Know mengenggam tangan Mya dengan keadaan marah.Lee Know sudah tahu apa yang berlaku kerana Juyeon memberitahunya didalam kelas tadi.

" Perempuan ni lah nak rampas Juyeon dari aku kau tau ? " adu Mya lalu menjeling Naeun.

" Kau kan aku sepak kau kang satu pun tak dapat , aku pulak yang naik bilik disiplin." marah Lee Know. Lee Know juga seorang yang kuat marah jika benda yang tidak betul.

                                  ♫︎♫︎♫︎


" Weyhh aku dengar kau gaduh dengan Mya , hahahaha kelakar lah bongok gaduh dengan minah  gedik tu." Juyeon tergelak besar bila mendengar kawan baiknya itu bergaduh dengan perempuan yang tergedik-gedik mengaku Juyeon itu namchinnya.

" Diam lahh kau , aku tak ada mood sekarang , aku tengah stress kang kau aku tam-" ayat Lee Know terhenti bila mendapati Naeun di hadapannya sedang menghulurnya susu pisang.

" Eh bukan ke kau yang perasaan bersalah kau letak kat kaki tadi , tak reti nak tolong aku kutip buku tadi ." perli Naeun kepada Juyeon .

" Uh erm uhh oh ." Lee Know tidak tahu ingin berkata apa melihat Naeun memandang Juyeon dengan pandangan sangat tajam membuatkan Lee Know yang terkaku sebaliknya Juyeon hanya menikmati sosej yang dibelinya tadi.

Naeun menjeling ke Juyeon dan memberi Lee Know susu pisang itu lalu beredar dari meja mereka berdua.Lee Know memandang Juyeon dengan pandangan maut kerana kawannya hanya tenang makan sosej tanpa rasa bersalah dengan apa yang dia buat pagi tadi.

                             ♫︎♫︎♫︎

Ryujin mengambil tempat di sebelah Naeun lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu.Naeun hanya pandang sekilas lalu menyambung buat nota yang diberi saem pagi tadi.

" Kau ok ke pipi kau macam mana ??" tanya Ryujin kepada Naeun sambil menintai-gintai pipi Naeun.

" Aku ok je ermm , thanks ambil berat." jawab Naeun perlahan.

Naeun tidaklah begitu sombong jika orang baik dengan nya dia ok saja.Ryujin merenung muka Naeun lama seolah-olah ingin bercakap sesuatu tetapi tidak terkeluar.

" Cakaplah aku dengar." kata Naeun kerana dia perasan dengan kelakuan Ryujin yang dari tadi merenungnya.

"Kau.....ermmm tak ada apalah." Ryujin membatalkan apa yang dia mahu cakap lalu berdiri ingin ke tempat asalnya.

" Oh aku Shin Ryujin " Ryujin memeperkenalkan dirinya kepada Naeun. Naeun hanya tersenyum , pada waktu itu baru ternampak senyuman manis Naeun yang dari pagi tadi asyik masam saja.

♫︎♫︎♫︎

Kringggggg !!!

Waktu balik sudah tiba semua pelajar sibuk mengemas beg masing-masing manakala Ryujin menunggu Naeun mengemas begnya. Pada hari itu Naeun sudah berjumpa seseorang yang boleh dianggap kawan daripada yang lain asyik merperlekehkan mana tak nya dia juga kerek tetapi Ryujin sangat pandai mengambil hatinya. Ryujin jugak seorang yang kasar dan ganas dia juga merupakan girl crush disekolah itu.

𝔱𝔟𝔠...

𝐣𝐧𝐠𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐧 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐭 ☔︎
𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐮 𝐚𝐥𝐥𝐬 ♡︎

ˢᵒʳʸ ᵈᵃʳⁱ ᵏᵉᵏᵘʳᵃⁿᵍᵃⁿ ᵇᵃʰᵃˢᵃ ᵈᵃⁿ ᵗʸᵖᵒ , ᵇᵃʳᵘ ᵐᵘˡᵃ ʰᵃʳᵃᵖ ᶠᵃʰᵃᵐ ᵗʰᵃⁿᵏⁱᵘᵘ ✔︎

𝐁𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐘𝐨𝐮 !Where stories live. Discover now