♫︎ ᴇᴘ 05

65 17 34
                                    

Pada pagi itu Naeun nampak sedikit lemah mungkin kerana dia tidak makan pagi tadi dan terus keluar ke sekolah. Naeun memandang lemah sebaik saja sampai di depan muka pagar sekolah nya.

" Naeun-ahh jamkkaman !!" Lee Know menjerit dari jauh menyuruh Naeun menunggu nya untuk masuk ke sekolah sekali.

" Urghh kau ni kalau Ryujin nampak dia boleh salah faham tahu." marah Naeun.

" Kau ingat Ryujin tu reti ke nak jeles jeles ni semua , dia bukan reti melain k-...." ayat Lee Know terhenti sebaik saja seorang menepuk bahunya kuat.

Dia menoleh perlahan dan mata nya membulat selepas mendapati itu Ryujin lalu dia tersenyum takut , bukan takut apa takut perkara yang sama berlaku Ryujin pernah buat Lee Know jeles dengan mengajak seorang lelaki date dengan nya.

" Nak mampus ke ?" tanya Ryujin dengan geram dan memandang Lee Know dengan pandangan maut.

" Miann ermm." Lee Know mencebik.

Naeun hanya tersenyum melihat mereka berdua , dan tiba-tiba Juyeon sampai dan memaut kepala Lee Know masuk ke dalam sekolah. Lee Know tersenyum kerana Juyeon selamat kan dia dari Ryujin yang akan bertukar jadi singa .

♫︎♫︎♫︎

" Naeun aku nak cakap jap." pinta Juyeon.

Mereka berdua naik ke rooftop pada waktu itu kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Juyeon kepada Naeun. Naeun memndang Juyeon dengan penuh tanda tanya.

" Apa kau nak bagitau tadi ?" tanya Naeun.

" Kau ada namchin dah ke.....?"

" Takde nape ?"

" Aku rasa aku dah tersuka dekat kau..." kata Juyeon.

Serta merta mata Naeun membulat terkejut dengan apa yang baru diberitahu Juyeon , dia salah dengar ke apa.

" Kau main-main ke apa ?"

" Tak ni betul."

Naeun hanya menunduk memandang kasut nya , Juyeon berasa malu dengan sikap Naeun yang tiba-tiba berubah itu. Juyeon faham dengan muka Naeun yang mungkin menolak nya.

" Ermm takpe lah kalau ka-"

" Kau nak date ?"

Juyeon tersenyum lebar selepas mendengar apa yang dikatakan oleh  Naeun baru saja. Naeun juga tersenyum malu sebaik memandang muka Juyeon.

♫︎♫︎♫︎

Juyeon tidak sabar ingin bercerita kepada Lee Know tentang Naeun terima nya , dia menuju ke kelas dengan gembira siapa sangka lelaki yang serius dan kuat belajar itu suka juga untuk bercinta.

" Lee Know-ah !!" jerit Juyeon dari pintu hadapan kelas.

" Kau nak tau tak ??"

" Taknak aku takde mood." kata Lee Know lalu sambung termenung luar tingkap.

" Kau kenapa ni ?? Siapa buat kembar aku ni ??" Juyeon mencubit-cubit pipi Lee Know ingin memujuka nya.

" Ermm Juyeonnnn 😭..." Lee Know memeluk Juyeon memang perangai nya manja begitu dengan Juyeon.

" Ryujin taknak cakap dengan aku , macam mana ni ?" kata Lee Know.

𝐁𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐘𝐨𝐮 !Where stories live. Discover now