Kotak - kotak yang berisi stok aku angkat perlahan. Berat tapi aku kena juga angkat sebab pekerja lain suka curi tulang bila tuan Smith takda di kedai.
Penat jangan cakap. Dengan berat lagi. Disebabkan aku dari Jepun sekaligus orang asing di bumi Korea ni, mereka sesuka hati membuli aku.
Sudahla di rumah, penat aku akan berganda kalau ayah balik.
Peluh di dahi aku kesat perlahan. Panas betul hari ni ditambah pula dengan tekak aku yang haus. Aku berkira - kira mahu keluar sekejap membeli air di Tealive di belakang.
Aku mencapai sling bag merah aku lalu keluar menggunakan pintu belakang.
"Pearl milk tea satu" pesan aku setelah sampai. Angin aircond yang mengena kulit aku betul - betul menyenangkan aku. Nyaman sangat.
"Cik, pesanan cik sudah siap"
Aku hulurkan duit sambil mengucapkan terima kasih kepada pelayan lelaki itu. Nampaknya seperti masih sekolah.
Aku menghirup sedikit minuman tersebut. Ah lega. Hilang haus aku.
_
Aku berjalan perlahan menuju ke rumah. Tak sabar mahu tidur. Sudah 2 minggu aku berasa sangat tenang. Aku tak pernah setenang ni sejak ibu meninggal 2 tahun lepas.
Adik aku pula entah hilang ke mana. Sudah 6 bulan dia pergi tinggalkan rumah. Langsung tiada khabar berita darinya. Entah hidup atau mati, aku pun tak tahu.
Rumah. Akhirnya, penat aku beransur hilang setelah nampak rumah. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan aku takut sedikit. Pagi tadi, sebelum pergi kerja, aku dah pastikan yang semua pintu dan tingkap berkunci.
Aku lihat ke bawah. Ada dua pasang kasut, seperti milik lelaki dan perempuan. Kasut berwarna coklat gelap ini milik ayah. Aku yakin. Aku cepat - cepat masuk ke dalam. Bilik ayah adalah tempat pertama aku tuju. Aku harap ayah takkan buat perbuatan keji tu dalam rumah ni.
Pintu bilik ayah aku buka. Tapi, itu hanya angan - angan. Semuanya dah terjadi. Aku lihat, ayah lena diulit mimpi dengan perempuan itu. Hanya selimut yang menutupi tubuh mereka.
Aku pergi ke bilik aku. Aku tutup dan kunci pintu. Tanpa mengambil tuala dan menanggalkan baju, aku terus masuk ke dalam bilik air. Shower aku buka. Aku terduduk menangis.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa ayah berubah sampai macam ni sekali.
_
"Hei"
Suara itu membuatkan aku berpaling memandang wajah boss, Park Jimin. Aku mengukirkan senyuman nipis buat boss Park.
Boss Park duduk di hadapan aku. Segelas Wine ditangannya diteguk sebelum bersuara.
"Kau ada masalah ke? Atau tak sihat?"
Aku menggeleng perlahan apabila soalan itu keluar dari mulutnya.
"Then?" soalnya lagi. Aku menyandarkan badan sambil mengeluh kecil.
"I am not sure. Mungkin sebab penat kut. Boss sendiri tahukan, lepas Taehyun pergi, saya banyak buat kerja sendiri. Jadi, agak penat sikit la"
Jimin tersenyum mendengar luahan hati Soobin.
"Kiranya nak partner la ni? Perempuan ke lelaki? Aku suggest kan perempuan la. Mana-
"Boss, enough. I am ok working alone" balas Soobin. Namun balasannya mengundang tawa Jimin.
"Kenapa? Takut kenangan 3 tahun lepas jadi lagi ke?" Jimin menyoal Soobin serious. Tiada secalit senyuman pun. Malah gelas wine nya diletak jauh.
Soobin pula mati kata. Tidak tahu mahu jawab apa.
"I think you are tired. We better go back. Mrs. Mia can massage you when we're back" ujar Soobin lalu berdiri.
Satu decitan kecil keluar dari mulut Jimin.
"Lupakan dia Soobin. Ingat, dia pernah buat kau nyaris terbunuh masa tu. Lagipun, dah 3 tahun. Takkan la kau nak forever alone? Atau kau gay-
"Boss! I am still sane. I know the difference between a man and a woman"
Permulaannya mungkin tak best. Tapi insyaallah lama2 akan best. Hehe😂 btw thanks kepada yang support, vote n komen ye❤️
YOU ARE READING
SAVE ME [ CHOI SOOBIN ]
Romance"Tolong selamatkan saya" "Siapa kau? Kenapa aku kena selamatkan kau?" Percaya tak, dari penyelamatan bertukar kepada percintaan? Nantikan kisah Choi Soobin... Sequel Revenge for you by Soobin. Enjoy ya