4

17 3 0
                                    

"Lili" seorang lelaki tinggi memanggilnya. Bang Chan namanya.

Lili yang sedang menyusun stok pen di rak segera meletakkan bungkusan plastik pen itu ke dalam kotak. Dia berdiri lalu pergi ke arah Bang Chan.

"Kenapa?" soal Lili. Dari senyuman Bang Chan, dia tahu yang lelaki itu pasti mahu dia mengunci kedai. Lagipun tinggal mereka berdua sahaja di kedai sekarang. Pekerja yang lain sudah balik seawal 5 petang tadi.

"Fine, aku kunci kedai" kata Lili, tidak mahu buang masa. Makin lebar senyuman Bang Chan. Bang Chan pantas mengeluarkan kunci lalu diserahkan kepada Lili.

"Thanks Lili. Esok aku belanja kau lunch" kata Bang Chan. Lili hanya mengiyakan sahaja dan mencapai kunci di tangan Bang Chan.

Bang Chan terus berlalu pergi setelah mengambil kunci motor dan begnya. Lili melihat jam yang tergantung di dinding. 9:45 malam. Lagi 15 minit sebelum pukul 10.

Lili pergi ke rak tempat dia menyusun pen tadi, berniat mahu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Setelah 5 minit berlalu, akhirnya kesemua pen siap disusun. Lili menarik nafas lega.

TING

Bunyi loceng pintu kedengaran menandakan ada pelanggan yang berkunjung. Lili pantas bangun untuk melihat pelanggan itu.

Dilihat ada seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Lili melangkah mendekati lelaki itu.

"Encik, ada apa - apa yang boleh saya bantu?" soalnya sopan.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya, menghadap Lili dan itu membuatkan jantung Lili bagai direntap dari jasadnya.

"Boleh sayang. Tolong aku cari ayah kau untuk bayar hutang boss aku" lelaki itu berkata dengan nada lembut. Walaupun nada lembut, tapi masih menggentarkan jiwa perempuan Lili.

Lelaki inilah yang datang ke rumahnya minggu lepas, meminta duit hutang yang dihutang oleh ayahnya.

Lili diam berkutik tanpa sebarang bicara. Nafasnya laju. Peluh juga naik ke dahinya. Jika dia tidak salah, lelaki ini bernama Lucas.

Lili melangkah ke belakang perlahan - lahan apabila lelaki itu menghampirinya. Semakin dekat, semakin jauh Lili menjauhi lelaki itu.

PRANG

Bekas kaca Lili baling pada lelaki itu lalu membuka seribu langkah, melarikan diri. Lelaki itu tidak ketinggalan untuk mengejar gadis Jepun itu.

Tujuan Lili hanya satu iaitu pintu belakang kedai.

Kerusi dihadapannya dijatuhkan bagi menghalang pergerakan lelaki itu. Perbuatan Lili membuatkan Lucas hanya tersenyum sinis. Kakinya masih mengejar gadis itu.

Lili membuka pintu belakang dan terus berlari keluar. Lili terus berlari dan kepalanya ditoleh ke belakang melihat Lucas, ternyata Lucas berada tidak jauh darinya.

BBUK

Tubuhnya terlanggar sesuatu menyebabkan dia terjatuh.

"Finally, dapat pun. Penat aku kejar. Boss, ni Lili anak sulung Takashi" ujar Lucas.

Lelaki yang dipanggil boss itu menarik kasar Lili agar bangun. Aduhan sakit dari Lili, dia tidak peduli. Bukan itu sahaja, tubuh Lili dihempas ke dinding bangunan berdekatan lalu kakinya diangkat menendang perut Lili.

"Argh" air mata perempuannya mengalir. Sakit. Hanya satu perkataan sahaja yang mampu dia ungkapkan. Tiada perkataan lain selain sakit.

"Mana ayah kau?" soal lelaki itu keras. Leher Lili ditekan sedikit menyukarkan Lili untuk bercakap. Nafas Lili juga tersekat - sekat.

Tangan Lili memegang tangannya.

"Macam mana dia nak cakap kalau kau cekik dia? Jangan zalim pada perempuan, bro" ujar seseorang membuatkan mereka bertiga menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Choi Soobin rupanya. Tak sangka jumpa kau dekat sini" ujarnya. Matanya memandang Lili sebentar sebelum melepaskan gadis itu. Terbatuk - Terbatuk Lili dibuatnya.

Soobin tersenyum mendengar kata - katanya.

"Tak baik buat perempuan macam tu, Kai. As men, we should protect women, not beat them" ujar Soobin. Langkahnya dibawa menghampiri mereka.

Kai tergelak mendengar kata - kata Soobin. Baginya, lawak.

"Tak mustahil la perempuan tu tembak kau dulu. Nasib tak mati je. Tapi, takpa, aku respect your words. Dan kau, pastikan ayah kau bayar hutang. Kalau tak, kepala dia jadi hadiah hari lahir kau. 5 Jun 2021" kata Kai lalu pergi dari situ bersama Lucas.

"Good luck baby girl" ujar Lucas sambil tersenyum mengejek.

Setelah mereka berdua pergi, Lili berusaha untuk bangun. Perut dipegang kerana masih terasa sakitnya.

Sedang dia berusaha bangun, satu tangan memegang bahunya, membantu dia untuk bangkit.

"Takpa, saya boleh bangun sendiri"

"Jangan berlagak la kalau aku tolong. Aku nampak macam mana dia buat pada kau tadi. Jom aku hantar kau balik. Dah malam ni"





SAVE ME [ CHOI SOOBIN ] Where stories live. Discover now