10

18 2 0
                                    

Lili dan Soobin duduk di atas buaian yang ada di Seolri Skywalk. Kedua - dua mereka menikmati kopi dan cappuccino panas untuk menghangatkan tubuh memandangkan cuaca pada malam hari di Korea adalah sejuk lebih - lebih lagi lokasi mereka sekarang menghadap laut. Lagi sejuk la jawabnya. 

Lili menyisip cappuccino nya. Selepas itu, kedua - dua tangannya memeluk tubuh untuk menambahkan kehangatan. Soobin yang perasan dengan tingkah laku Lili segera menghapuskan jarak di antara mereka sebelum menarik Lili ke dalam pelukannya.

Pada mulanya badan Lili mengeras dek terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Soobin. Namun, selepas beberapa saat, badannya mula menerima kehangatan daripada Soobin membuatkan dia membiarkan saja. Kehangatan Soobin benar - benar membuatkan gadis kecil ini selesa sehinggakan hampir saja Lili 'terbang' ke alam mimpi.

"Tak payah lah nak tidur. Aku peluk kau supaya kau tak sejuk, bukannya suruh tidur" ujar Soobin. Matanya masih fokus memandang ke arah lautan yang terbentang luas di hadapan matanya sambil tangannya mengusap wajah  Lili. 

"Siapa suruh awak peluk saya? Lepastu pegang - pegang muka saya. Awak tahu tak, kalau awak buat macam tu, lagi la mengantuk saya. Saya ni dah memang ngantuk" ujar Lili. Tangannya memeluk lengan Soobin. Entah mana datang keberaniannya untuk memeluk lelaki itu. 

Soobin hanya menjeling sahaja sebaik Lili berkata begitu dan jelingannya mendapat gelak tawa dari Lili.

"Mata tu nak kena cungkil kena cungkil ke? Asyik nak menjeling je kerjanya. Boleh tak dalam satu hari, awak pandang saya dengan ikhlas? Tak payah nak menjeling. Bukannya dap-

Tanpa disangka oleh Lili Mikazuki, lelaki bernama Choi Soobin ini bertindak mencium lembut bibirnya. Mata Soobin memandang tepat mata hitam Lili dan Lili memandangnya tidak berkelip. Setelah hampir seminit, barulah Soobin melepaskan tautan bibir mereka berdua.

"Okey, dah jom balik. Nak dekat pukul dua ni" ujar Soobin tanpa rasa bersalah. Lagaknya seperti tiada apa - apa yang berlaku sebentar tadi. Soobin turun dari buaian dan melangkah pergi. Manakala Lili masih kaku dengan perbuatan Soobin. Jari telunjuknya naik memegang kawasan bibirnya, panas. Lili tersenyum seketika sebelum senyumannya mati dek kerana suara Soobin yang sudah memanggil.

"Kau nak tidur sini ke?" Soobin melaung dari jauh dan Lili cepat - cepat turun dari buaian, berlari ke arah Soobin.

"Awak suka saya ke sebab tu awak cium saya?" soal Lili setelah berjaya menyamakan pergerakkannya dengan Soobin. Tangan panjang milik Soobin dipeluk erat bagai tidak mahu dilepas.

"Yes" jawapan Soobin membuatkan Lili menghentikan langkahnya, begitu juga Soobin. Soobin berdiri menghadap Lili. Kedua - dua bahu Lili dipegang. Anak mata hitam milik Lili dipandang dengan pandangan lembut seperti yang diminta oleh Lili sebelum dia mencium gadis itu tadi. 

Sekali lagi Lili kaku. Jantungnya berdegup kencang seperti dia baru saja selesai menamatkan acara larian maraton. Dadanya penuh debaran tika ini.

"Lili Mikazuki, aku cintakan kau"


_


"Bila kau balik Korea? Kenapa tak beritahu abang dulu?" 

Hyewon menutup sebelah telinganya apabila suara petir abangnya menjerkah masuk kedalam. Bingit bunyinya. Hyewon membetulkan kedudukannya sebelum menjawab soalan abangnya.

"Apa masalahnya kalau aku balik Korea? Lagipun ni negara aku, tempat aku lahir and is it important for me to tell you that i am back to korea?" ujar Hyewon kasar. Nadanya kedengaran angkuh.

Daniel melepaskan nafas beratnya. Agak kecewa dengan perangai adiknya. 

"Kau nak buat apa? Pikat Soobin semula?" soal Daniel terus. Hyewon ukir senyuman sinis apabila tekaan abangnya benar.

"Yes. I miss him so much. You know what? I feel stupid for listening to you to leave Soobin that night"  kata Hyewon. Tanpa menunggu balasan Daniel, Hyewon dengan segera menekan butang merah untuk menamatkan panggilan. Bukan itu sahaja, nombor abangnya juga disekat agar Daniel tidak menghubunginya lagi. 

"Mi marido, tienes un problema? ( suamiku, adakah awak mempunyai masalah )"  Lucia, isteri Daniel menyoal apabila terlihat suaminya seperti kusut sambil mendekati suaminya. Daniel tersenyum ke arah Lucia lalu memeluk isterinya. 

"Hyewon ha regresado a Corea ( Hyewon telah kembali ke Korea )" ujar Daniel membuatkan Lucia berasa keliru. Daniel menarik nafas sebelum menarik Gael untuk duduk di atas ribanya. 

"Hyewon tiene un plan loco. Quiere volver a seducir a Soobin. Pero eso no me preocupa. Lo que me preocupa es que Hyewon quiere matar a Lili.  ( Hyewon mempunyai rancangan gila. Dia mahu menggoda Soobin lagi. Tetapi itu tidak membimbangkan saya. Yang membimbangkan saya ialah Hyewon ingin membunuh Lili )" terang Daniel panjang lebar kepada Lucia.



SAVE ME [ CHOI SOOBIN ] Where stories live. Discover now