11

6 1 0
                                    


Taehyun berjalan dengan pantas. Bilik kerja Jimin dituju lalu pintu dibuka kasar dan dikunci pintu itu. Jimin yang sedang berborak dengan Mia memandang pelik kearah lelaki itu.

"Taehyun, awak kenapa?" soal Mia lembut. Lelaki muda itu juga nampak gelisah.

Taehyun mengukirkan senyuman sambil menggeleng kearah Mia.

"Maaf puan, saya nak bercakap dengan Tuan Jimin sekejap. Puan keluar dulu ye" ujarnya. Mendengar hal itu, Mia bangun dengan dibantu oleh Jimin. Jimin memimpin isterinya sehingga ke pintu. Seorang maid dipanggil oleh Jimin untuk membawa Mia memandangkan isterinya sarat mengandung.

Setelah memastikan isteri bosnya berada agak jauh dari bilik kerja itu, seperi tadi Taehyun menutup pintu dan menguncinya. Jimin memandang pelik terhadap anak buahnya ini.

"Kau kenapa? Sampai suruh isteri aku keluar?" soal Jimin. Taehyun kelihatan seperti cacing kepanasan di matanya.

Soalan Jimin diabaikan lalu satu sampul suratdikeluarkan dan diberikan kepada Jimin. Jimin mengambil dan dibukanya. Beberapakeping gambar dilihatnya dan serta merta api kemarahannya naik memuncak. Wajahputihnya juga menjadi merah. Bukan itu sahaja, sehelai kertas  yang ditulis dengan tulisan darah menjadi minyak memarakkan api kemarahannya.

Jimin mencampakkan gambar dan kertas itu lalu meraup rambutnya dengan kasar. Kedua dua tangannya menghentak meja. Kesabarannya diuji dengan hebat sekali tika ini.

Seluruh tempat itu dihiasi dengan darah. Bukan itu sahaja, mayat Jungwoon, ahli baru bagi kumpulan itu digantung dengan rantai besi secara terbalik. Baru 2 minggu usianya berada disini, sudah dibunuh oleh lelaki gila itu.

Rasa kesal terhadap Jungwoon mula menebal. Wajah bekas pelajar sekolah itu dipegang dan didapati ada kesan kelar dilehernya.

"Bos, yang lain selamat cuma cedera parah. Mereka semua dah dihantar ke hospital" ujar Taehyun.

Jimin diam tidak membalas. Matanya focus kearah mayat Jungwoon.

 Kesemua ahli kumpulan itu menunduk hormat buat Jungwoon yang telah mati. Ibu dan kakak Jungwoon masih lagi menangis dan meratapi pemergian Jungwoon. Mia dan Lili turut menghadiri upacara pengebumian Jungwoon.

30 minit berlalu dan upacara pengebumian Jungwoon selesai. Satu demi satu kereta kumpulan itu pergi meninggalkan kawasan itu. Tinggal tiga buah kereta sahaja iaitu milik Jimin, Soobin dan Taehyun. Sedang mereka duduk di satu tempat, datang beberapa lelaki yang pastinya dari kumpulan lain.

Tanpa disuruh, lelaki bertatto di leher itu duduk dan menangalkan cermin mata hitamnya. Nafas ditarik panjang dan dihembus.

"So Jimin, macam mana perasaan kau sekarang? Sedih? Tak payah la sedih sangat. Bukannya aku bunuh isteri kau pun" ujar lelaki itu dengan nada bersahaja. Jimin menggenggam penumbuk, rasa mahu saja dilayangkan penumbuknya ke wajah lelaki dihadapannya. Mia yang perasan dengan kelakuan suaminya, segera menenangkannya. Mia tidak mahu berlaku pergaduhan disini lebih lebih lagi berlaku pertumpahan darah.

"Wow daebak, Jimin marah. Tapi takpe, sekurang – sekurangnya ada orang redakan kemarahan kau. Mia taknak redakan kemarahan saya ke? Dah lima tahun tapi masih belum reda lagi. Sex ser-

"Shut up bastard" jerit Jimin sambil itu tanggannya mencengkam kolar baju musuh. Nafasnya turun naik. Marahnya tentang Jungwoon masih belum reda, ditambah lagi apabila lelaki ini cuba bermain kotor terhadap isterinya.

Lelaki ini ataupun nama sebenarnya Nam Yoon Soo, tergelak lalu melepaskan cengkaman Jimin secara kasar. Wajahnya berubah menjadi tegang.

"Permainan aku tak tamat sampai sini je. Akan ada lagi lepas ni" ujarnya sebelum mengenakan cermin mata hitamnya kembali.


JUNGWOON

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JUNGWOON


NAM YOON SOO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NAM YOON SOO


Ada yang rindu ke? Maaf lama menyepi. Nah buat ubat rindu.




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAVE ME [ CHOI SOOBIN ] Where stories live. Discover now