ten

1.2K 168 24
                                    

Gadis itu duduk di buaian sambil
termenung jauh. Dia rindukan lelaki itu tetapi agak mustahil kerana mereka baru berpisah.

Bunyi tapak kaki di belakang membuatkan dia badanya berpusing untuk melihat orang yang berada di situ.

Taman di sekitar sini selalunya tidak ramai orang pergi, jadi dia ambil keputusan untuk duduk berseorangan di sini, lagipula di sini adalah tempat dia dan Mark berjumpa seminggu sekali.

Dia rindukan lelaki itu.

Lelaki berhoodie hitam itu membuka mask yang dipakai, dan memandang perempuan itu dengan perasaan tekejut.

"H-Haesoo?", Ucap lelaki itu.

Dia berura ura untuk pergi dari tempat itu, tetapi Haesoo lebih pantas berdiri lalu memeluk belakang badan lelaki itu erat.

"Saya rindu awak", Tiga perkataan yang disebut dari perempuan itu membuatkan lelaki itu menjadi lemah.

Dia juga turut rindukan Haesoo.

Mereka berdua duduk di buaian bersama sama, keadaan yang janggal membuatkan lelaki itu memulakan perbualan.

"Kau buat apa di sini?", Soal Mark lalu memandang gadis itu sekilas sebelum menunduk ke bawah semula.

"Saya rindu awak sebabtu saya datang sini", Haesoo memandang lelaki itu dengan senyuman manis.

Lihatlah gadis ini sungguh naif dan jujur. Itu membuatkan telinga lelaki itu bertukar menjadi merah kerana malu.

Lelaki itu berdehem perlahan membetulkan suaranya.

"Haesoo", panggilnya perlahan dia memandang gadis itu dengan senyuman ikhlas.

"Kau tahu berpisah dengan kau adalah keputusan yang paling bodoh aku pernah buat", Lelaki itu tertawa kecil.

"Mula mula aku rasa kita tak sepadan, aku putuskan hubungan kita lepastu Jeno datang dan baru aku sedar sebenarnya aku betul betul suka kan kau"

"Aku cemburu bila kau dengan Jeno", Lelaki itu menundukkan wajahnya kebawah.

Gadis itu berdiri dari buaian yang dia duduki tadi, dia duduk di hadapan Minhyung dan mengangkat dagu lelaki itu untuk melihat wajahnya.

"Awak nak jadi boyfriend Haesoo?", Soal gadis itu dia menekup kedua belah pipi lelaki itu dan mencium hujung hidung lelaki itu perlahan.

Lelaki itu tersenyum lebar.

"Awak lamar saya Haesoo?" , Soal lelaki itu dia memandang gadis itu lalu mencuit bibirnya.

Haesoo mengangguk perlahan.

"Aku pun suka kau" , Lelaki itu ketawa perlahan sebelum bibirnya dicium sekilas oleh gadis itu.

"Aku betul betul cintakan kau Haesoo" .

𝚝𝚑𝚎 𝚎𝚗𝚍 <3

Ex BoyfriendWhere stories live. Discover now