BAB 21

93 6 0
                                    

entahlah jah ni draft lama jadi saya malas nak edit tatabahasa gitu. malas ye malas. bukan tak rajin. eh apa benda saya merepek ni hm.

Lisa terdengar rakan nya melaung nama nya.

"Ni ada orang mintak set ubat bawah nama dr. hazwan naim. Cepat susun!" lisa mengangguk. Dia hanya pembantu farmasi yang masih menyesuaikan diri dengan nama ubat.

Lisa cepat cepat menyusun semua kotak lalu dimasukkan ke dalam bakul.

Dia keluar semula untuk bertemu dengan orang yang mahu mengambil tempahan tadi. Lisa masih keliru dengan semua jenis ubat yang ada dalam bakul itu.

"Beg ada? Beg kertas ke?" lelaki yang berada di hadapan nya kini mula bertanya. Oh lisa! kau lupa beg ke.

Lisa mendongak. Alangkah terkejut nya apabila lisa begitu mengenali lelaki di hadapan nya kini.

Amir berhenti senyum. Dia terkejut melihat lisa kerja di sini.

"Awak kerja sini ke?" aku akhirnya bersuara setelah kami berdua terdiam seketika.

"Y-yya" teragak agak gadis dihadapan aku ini menjawab. Nak kata jodoh tapi macam lain je.

Beg berisikan ubat tadi aku ambil dengan cepat. Tiada masa nak bercinta. Aku kena kerja.

Tongkat aku bersuara tap tap tap. Membuatkan segala isi manusia yang berada berdekatan dengan aku menoleh.

Menoleh lalu berbisik.

'Macam tak pernah nampak orang pakai tongkat pulak' aku bermonolog sendiri.

Menyesal aku parking kereta jauh jauh. Kan dah mendapat kena jalan kaki pulak. Tak ada ke nurse yang sudi bawak kerusi roda lagi?

"Amir!" nama ku dilaung. Entah siapa tapi aku menoleh bersahaja.

"Kenapa kejar?" aku lihat lisa bersungguh kejar aku. Di tangan nya ada sebuah lagi kotak. Kotak ubat.

"Abang tertinggal ni" ujar nya lalu dihulur kotak itu. Apa hal abang abang pulak ni. Aduhai blushing aku.

"Apa tadi? abang?" aku soal lisa semula. Dia dah malu malu. Tak dijawab. Dia malah lari semula naik keatas.

Enjin kereta dihidupkan. Aku terus bergerak ke hospital tempat ku bekerja. Jam menunjukkan sudah pukul 10:30 pagi.

Suit hitam aku kemaskan sedikit. Tali leher biru gelap aku naikkan. Ha bertambah kacak kau mir. Alah perasan!

"Selamat pagi doktor" tegur seorang jururawat yang sedang menolak katil pesakit. Pindah katil agaknya.

Aku sambut sapaan nya.

"Doktor nampak sesuai dengan tali leher biru yang macam tu" tegur rakan nya pula. Oh la tali leher yang dia perasan...

"Kan kan kan hehehe terima kasih. Awak ni selalu tau jadi mood booster saya"

Baru aku mahu teruskan perjalanan ke jabatan aku. Aku terserempak dengan seseorang yang kalau boleh aku tak nak jumpa dia.

"Tahniah sebab dah nak kahwin. Abang menang kali ni tapi jangan ingat deeja tak boleh nak lawan abang lepas ni" sindir Haura Qadeeja. Gadis yang hampir aku kahwini.

"Sampai hati haura kan. Haura fitnah abang dekat merata tempat. Siapa bapak budak tu?" mata ku turun ke perut haura yang membulat. Disebabkan bayi tu satu Malaysia maki aku.

"Kenapa diam? kalau haura tak nak budak tu takpe. Abang ada sorang kawan yang memang nak anak angkat. Itupun kalau haura tak ada naluri seorang ibu la" aku berjalan melepasi haura.

Pinjaman Paling Sempurna Where stories live. Discover now