bab ni comel HAHAHHAH antara Ijal dengan Aisyah sebab tu saya letak lagu tu fuh
Sedang Amir menahan amarah dalam hatinya. Getaran dari telefon bimbit menyedarkan dia dari terlalu dalam tekanan.
"Assalamualaikum abang. Aisyah ada benda nak cakap ni," suara Aisyah di corong telefon Amir membuatkan dia berfikir dua kali.
"Waalaikumusalam, ada apa Aisyah call abang?" soal Amir dengan seribu pertanyaan dalam kepala. Suara Aisyah seperti terketar ketar. Entah apa sebab pun dia tak tahu.
"Kita jumpa dekat kafe hospital. Aisyah ada kat sini sekarang." Mata Amir memandang Lisa. Kalau nak diikutkan hati dia memang tak mahu lagi berjumpa tapi suara Aisyah tadi kedengaran seperti mahu menyampaikan sesuatu yang penting.
"Nak pergi mana?" Lisa menyoal selepas melihat Amir mahu membuka pintu ruang menunggu itu. Dia juga tidak mahu berlama-lama di situ.
"Ada hal." Tanpa membuang masa dia terus menuju ke kafe hospital yang dikatakan Aisyah tadi.
Dari luar kafe sahaja, dia sudah lihat Aisyah duduk merenung meja makan. Air teh yang berada atas meja itu seolah tak terusik dek kerana menunggu kedatangan Amir.
"Ai.. syah?" soal Amir mahu memastikan gadis itu sememangnya Aisyah. Aisyah mendongak. Dia tersenyum nipis lalu mencebik.
Sudah lama Aisyah tidak terpaku dengan senyuman manis lelaki itu.
"Apa yang penting sangat sampai Aisyah nak jumpa abang?" Lembut pertuturannya walau dalam hati memang tersirat seribu duka.
"Aisyah dah tahu siapa sebenarnya Lisa tu. Aisyah tahu kalau abang dah tahu pasal ini nanti mesti abang tak nak kahwin dengan dia." Semakin tajam renungan mata Aisyah memanah mata Amir.
"Apa sebab dia? Aisyah ada bukti kukuh pasal ni? Lagi satu… Aisyah tahu dari mana maklumat Lisa?" Bertubi tubi macam peluru soalan yang diluahkan Amir.
"Kawan baik Lisa… dia yang bagitahu Aisyah semua maklumat Lisa," jawab Aisyah sambil tertunduk. Entah kenapa hatinya gentar mahu bertentang mata dengan lelaki ini.
"Kawan jenis apa yang sebar aib kawan sendiri ni… ya Allah," keluh Amir.
"Tak kisahlah aib ke apa ke tapi Lisa tu memang langsung tak sesuai dengan abang…"
"Mana Aisyah tahu?"
"Sejahat-jahat Aisyah… buruk lagi Lisa tu. Kalau bukan dengan Aisyah sekalipun abang nak kahwin tapi tolong bukan perempuan tu bang," ujar Aisyah dengan bersungguh.
"Apa yang dia dah buat? Kalau Aisyah nak fitnah dia… Aisyah tahu sendiri apa akibat sebarkan fitnah kan?" soal Amir lagi. Kali ini wajah Aisyah pucat lesi dengan soalan itu. Dia tahu akibat sebarkan fitnah.
"Ya, Aisyah pun mula-mula tak percaya dengan apa yang kawan dia cakap tapi Aisyah akan cuba siasat Lisa tu nanti. Abang percayalah cakap Aisyah. Lisa itu bukan perempuan yang elok di buat isteri."
"Tak apalah Aisyah ambillah seberapa banyak masa untuk siasat. Kalau ada bukti sahih dan kukuh baru jumpa abang…" Amir berdiri semula. Buang masa dia duduk di sini lama lama.
"Abang…" panggil Aisyah lagi. Kali ini sayu sekali panggilannya.
"Farah dah pecat Aisyah dari syarikat dia. Aisyah dah tak tahu nak cari kerja baru dekat mana lagi," keluh Aisyah lalu kedua dua jari telunjuknya dicantumkan.
YOU ARE READING
Pinjaman Paling Sempurna
RomanceDia hanya seorang insan biasa. Tidaklah lemah dan tidak juga berdaya. Kekuatan itu datang dari doanya. Datang dari kesetiaan seorang isteri dan doa tanpa hijab oleh ibu. Seorang anak lelaki yang lahir lalu menjadi suami dan bapa. Mengejar cinta Ila...