Philip memasuki sel tahanan yang menempatkan kayl di sana. Kelihatan kayl sudah terbaring membuatkan philip hairan. Tidak lama kemudian kayl duduk dan dia melihat dirinya yang terikat.
Emm emmm...
Suara kayl itu kedengaran membuatkan philip mengerutkan dahinya. Dia hanya memerhati sahaja kayl yang kini sudah berubah menjadi manusia.
Wait.. Wait.. Manusia? Macam mane?
Philip membuka pintu sel tahanan dan membuka ikatan mulut kayl.
"kau dah jadi manusia balik?" - soal philip.
"macam yang kau nampak. Aku dah jadi manusia balik" - ucap kayl.
Kayl juga terkejut melihat dirinya sudah berubah menjadi manusia. Philip membuka ikatan pada badan kayl.
"tapi macam mane?" - soal philip yang masih terheran-heran.
"aku pun tak tahu philip." - kayl bangun daripada duduknya.
"jom ikut aku pergi lab" - menarik kayl mengikutinya.
"oii sakitlah. Kau kalau tarik boleh tak tarik elok-elok sikit" - menarik kembali tangannya.
"oh sorry" - terus mendahului kayl.
Kayl hanya mengikuti langkah philip sehingga ke lab. Di situ sudah berkumpul louis, andrew, ethan, lucas, keith, brent, june dan kio. Mereka kelihatan begitu terkejut melihat kehadiran kayl yang sudah berubah menjadi manusia.
"ma.. macam mane kau boleh berubah?" - june tergagap-gagap melihat kayl di depannya.
"macam mane boleh jadi?" - keith menutup mulutnya.
"lucas cuba tengok vaksin tu ada lagi tak?" - philip memandang wajah terkejut lucas.
Lucas memandang philip lalu mengangkat tabung yang berisi vaksin virus zombie tersebut. Ini membuatkan mereka semua lagi terkejut terutamanya kayl. Bagaimana dia boleh sembuh daripada infeksi virus tersebut.
" kayl?!!!" - percy dan jane terkejut.
Percy dan jane terkejut melihat keadaan kayl yang sudah berubah menjadi manusia kembali.
"apa dah jadi? Siapa yang bagi kau vaksin?" - ucap percy.
"aku tak tahu. Aku pun tersedar pagi tadi aku terkejut juga aku dah berubah" - balas kayl.
Semua diruangan lab itu terdiam. Mereka sangat terkejut dengan kejadian ini.
"haii akak!" - suara oli mengejutkan mereka semua.
Oli dan angel mendekati percy dan jane. Mereka tidak perasan akan kehadiran kayl di situ.
"eh oli buat apa sini" - balas jane mesra.
"saja nak jalan-jalan. Eh akak kayl?!" - olie terkejut melihat kayl di hadapannya.
"macam mane....." - belum sempat oli menghabiskan ayatnya ye kayl sudah pun membalas.
"akak pun tak tahu oli. Akak sendiri pelik macam mane akak boleh berubah jadi manusia balik" - kata kayl kepada oli.
"tak apa. Macam ni la buat sementara waktu kita kena buat pemerhatian pada kayl. Kita kena tahu punca dia boleh pulih menjadi manusia" - ucap lucas.
Semua daripada mereka mengangguk. Philip, brent, louis, andrew, kio dan june meninggalkan lucas, keith, percy, jane, kayl, angel dan oli di tinggalkan di lab. Kayl di masukkan ke satu bilik kaca bagi melakukan pemerhatian kepada dirinya sementara lucas, keith, percy, jane, angel dan oli memulakan penelitian mereka terhadap darah kayl.

ANDA SEDANG MEMBACA
survive
AksiMengisahkan tentang 9 gadis remaja yang berhasil selamat daripada sekolah mereka yang merupakan tempat permulaan virus zombie ini terjadi. "punca infeksi zombie ni tersebar di sebabkan penelitian yang prof Michael jalankan ke atas tubuh manusia yan...