17

53 3 0
                                    

Philip membawa kath ke ruangannya. Kath mendudukkan dirinya dahulu lalu termenung jauh ke hadapan. Philip pula meninggalkan kath sebentar untuk membeli air.

"sayang ~" - ucap seseorang yang tiba-tiba memasuki ruang philip.

Kath memandang sekilas orang tersebut lalu menjeling orang tersebut.

"sayang sorry la" - ucap orang tersebut.

"sayang"

"u marah lagi ke dengan i"

"i minta maaf"

"i  buat semua tu untuk tutup u daripada yang lain"

"sayang"

Orang tersebut tidak berhenti memujuk kath. Kath mengeluh seketika.

"ye i faham maksud u philip tapi its not fair. U kurung i dekat bilik investigation padahal u sendiri suruh i datang sini" - ucap kath dengan nada geram.

"u taknak orang tahu pasal kita kan. U sendiri nak benda ni dirahsiakan daripada orang lain. Jadi i terpaksa buat semua tu. I tak maksudkan pun nak maki-maki u sayang. I'm sorry" - ucap philip.

Kath hanya menjeling philip. Dia keluar daripada ruangan philip.

"sayang! Pergi mana tu? Ish" - philip mengejar kath.

Kath tiba di lab. Dia mahu menegur rakan-rakannya itu tetapi pandangan maut yang dilemparkan kepada kath membuatkan kath terhenti.

"kath..kau ade pape nak jelaskan dekat kitaorang?" - tanya kayl.

Kath mengerutkan dahinya kemudian mengeleng.

"sayang i...." - philip muncul di belakang kath.

Philip terkejut melihat mereka semua memandang tajam kath dan philip. Kath memandang philip dia meneguk air liurnya.

"rasanya i kena lari sekarang" - kath membuka langkah seribunya keluar daripada lab.

"kau sini kath!! Biar aku belasah kau pula!!" - ucap kayl yang terlebih dahulu mengejar kath.

"kau menipu kitaorang kath jangan harap kau lepas!"- kini suara jane kedengaran.

"aku tak kesah kau bercinta tapi aku taknak ketinggalan untuk belasah kau" - balas percy pula.

Philip terkejut melihat keadaan itu kemudian matanya terarah pada seseorang. Ya itu Andrew yang sudah menyorokkan dirinya di belakang victoria.

"kau!!!! Andrew!!!" - jerit philip lalu mendekati victoria dan andrew.

"aku minta maaf bro. Aku tak sengaja bocorkan do. Sorry wey sorry" - dia berlari mengelilingi meja panjang sambil dikejar oleh philip.

"awak tolong saya!! Nanti dia belasah saya habis muka hensem saya ni" - andrew cuba meraih simpati daripada victoria.

"siapa suruh awak cari pasal? Ha tanggunglah sendiri" - balas victoria tanpa perasaan.

"sampai hati awak biarkan bf hensem awak kena belasah ye" - seolah-olah ingin menangis.

"kau jangan nak buat drama sinetron dekat sini! Kau sini! Geram aku dengan kau!" - philip masih cuba mengejar andrew.

"korang tak nak tolong aku ke do!" - ujar andrew kepada lucas, keith dan june.

June, lucas dan keith memandang antara satu sama lain lalu memandang andrew yang dikejar philip.

surviveWhere stories live. Discover now