19

50 3 0
                                    

*seminggu berlalu*

Infeksi virus zombie semakin menjadi-jadi. Orang-orang yang terinfeksi virus zombie ini juga bukan lagi seperti dulu mereka semakin ganas dan semakin berbahaya kerana mereka sudah tidak lagi buta ketika malam dan mereka juga mempunyai indra pendengaran yang begitu tajam. Mereka tidak lagi akan terpancing dengan permainan manusia yang terselamat. Mereka lebih pantas menangani manusia terselamat dalam erti kata lain mereka semakin BIJAK.

Kath mengurungkan dirinya di lab bawah tanah rumahnya. Dia hanya sibuk menghasilkan vaksin untuk menangani virus zombie ini. Sudah lama dia tidak berbual bersama dengan rakan-rakannya itu. Hanya adik-adiknya sahaja yang akan turun dan berbual kosong dengannya. Kejadian seminggu lepas setelah dia menembak kedua ibu bapanya itu dia sudah tidak lagi ceria. Kini dia menghabiskan hidupnya dengan merenung kesalahannya.

"kak. Sampai bila kakak nak macam ni. Dah 2 hari tak makan. Jomlah join kitaorang makan dekat atas." - ucap diana dengan prihatin.

"takpa diana. Akak busy lagi ni. Korang pergi makan dulu nanti akak makan." - balas kath yang sibuk dengan mikroskopnya.

"kakak selalu cakap macam tu nanti kakak tak naik juga." - protes diana kepada kath.

"diana boleh tak jangan ganggu kakak nak buat kerja. Diana nampakkan kakak busy ni. Nanti kakak naik ok" - balas kath dengan lembut tetapi terselit nada tegas disitu.

Diana mengeluh kemudian naik kembali ke atas. Di ruang makan, julia sudah menghidangkan makanan dan dibantu percy, jane, victoria dan olivia. Sementara para lelaki baru masuk kembali ke rumah setelah menghabiskan latihan menembak mereka.

"mana kakak, ana?" - ucap julia mencari-cari keberadaan kath.

Diana mengeluh seketika.

"macam biasa akak ju" - jawab diana dengan lemah.

Julia mengeluh. Begitu juga semua yang ada di situ. Sudah lama mereka tidak melihat kath naik ke atas. Kath hanya menghabiskan masa ye diruangan lab dan tidak membenarkan sesiapa kecuali adik-adiknya masuk ke ruangan lab itu. Julia mula mengambil pinggan dan mula mengisi pinggan itu dengan mee goreng yang telah dibuatnya. Dia mengambil satu botol air mineral kemudian turun ke lab.

"kak, ni makanan. Akak makan la dulu." - ucap julia.

"hm ok. Letak je dekat meja tu nanti akak makan." - balas kath yang asyik menyibukkan dirinya.

Julia mendengus kesal melihat kakaknya itu. Dimana kath yang sentiasa melayani kebodohan mereka? Dimana kath yang selalu mengambil berat tentang mereka? Kath sudah berubah tiada lagi senyuman yang muncul di wajahnya, tiada lagi gelak tawanya, tiada lagi kata semangat daripadanya. Dia sudah menjadi orang yang lebih dingin, lebih menyendiri dan menjadi lebih pendiam.

"kak. Sudah sudah laa tu. Berapa lama lagi kakak nak macam ni. Kakak tak kesian ke dengan kitaorang." - ucap julia dengan nada sedikit kesal.

Kath hanya diam dan tidak memperdulikan ucapan julia itu. Dia hanya sibuk dengan penelitiannya.

"kak. Dengar tak apa ju kata ni? Sampai bila akak macam ni. Kalau akak tak makan, akak boleh sakit tahu ak." - ucap julia lagi.

"ye ju akak dengar. Akak akan makan ok
Jangan risau. Korang makanlah dulu." - jawab kath dengan lembut.

kath membalas kata-kata adik-adiknya itu dengan lembut walaupun dia rimas dengan bebelan yang dilontarkan adiknya kepada dirinya. Dia malas hendak menimbulkan pergaduhan antara mereka jadi dia memilih untuk mengalah terlebih dahulu kepada adik-adiknya itu.

surviveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang