Julia, victoria dan leona kini duduk termenung di ruang tamu mereka. Mereka kini dilanda kebosanan yang amat. Walaupun itu sudah tengah malam tetapi mereka masih tidak dapat tertidur.
"wey jom jalan-jalan sekitar bangunan ni" - ucap leona.
Victoria memandang julia. Julia melihat leona kemudian mengangguk.
"ok, aku pun nak cari kakak aku dah satu hari dia tak ada" - julia terus bangun daripada duduknya dan keluar daripada ruangan tersebut.
Mereka berjalan mengeliling bangunan tersebut. Ya keadaan bangunan ini sangat selamat dengan penjagaan kentat dan teknologi moden yang mereka gunakan. Sangat mustahil untuk dimasuki zombie walaupun beratus yang datang.
Mereka berjalan sehinggalah mereka bertembung dengan kio. Kio tersenyum memandang mereka. Lelaki ini memang pemurah dengan senyuman.
"hai. Awak semua nak pergi mane?" - soal kio mesra.
"jalan-jalan" - balas leona.
"oh okay. Teruskan la" - balas kio tersenyum dan berlalu pergi.
"korang pergi la sambung jalan-jalan aku ada urusan kejap dengan mamat tu" -ujar julia perlahan.
"memangnya apa urusan kau dengan mamat tu?" - balas victoria.
"urusan berkaitan kakak aku" - balas julia kemudian mengikuti kio yang tidak jauh daripada mereka.
Leona memandang victoria. Victoria mengeluh.
"jomlah balik ke bilik" - victoria berpatah balik untuk kembali ke bilik mereka.
Leona mengikuti langkah victoria sementara julia masih mengikuti langkah kio. Kio sampai di hadapan biliknya tetapi baru sahaja dia ingin membuka pintu biliknya julia menghentikan pergerakannya.
"mane kakak aku?" - soalan itu muncul daripada mulut julia menyentakkan kio.
Kio memandang julia. Julia menujukkan riak wajah dinginnya.
"siapa?" - kio mengangkat keningnya.
"katherina Lewis mana dia?" - julia sekali lagi bertanya.
Kio tersenyum kepada julia.
"dia masih dekat bilik introgasi" - jawab kio.
"kenapa dia masih dekat sana?" - soal julia.
Kio mengeluh.
"Philip tak bagi dia keluar daripada bilik introgasi" - jawab kio.
"bawak aku jumpa philip" - dingin suara julia.
"tak boleh, Philip sekarang ada hal" - ucap kio.
"aku tak kesah pasal hal dia. Hal aku lagi penting." - julia memandang tajam wajah kio.
Kio mengeluh lagi. Dia tahu gadis di hadapan ini tak akan berhenti.
"baiklah aku bawak kau jumpa philip" - kio mengalah.
Kio membawa julia berjumpa Philip yang kini berada di sebalik cermin bilik introgasi itu.
Klik..
Pintu terbuka memperlihatkan kio dan julia. Philip hanya memandang julia datar.
"apa kau nak?" - tanya Philip pada julia.
"kakak aku" - tegas julia.
"kio, kau bawak dia masuk sana" - datar sahaja suaranya sambil memandang ke hadapan melihat kath.
YOU ARE READING
survive
AcciónMengisahkan tentang 9 gadis remaja yang berhasil selamat daripada sekolah mereka yang merupakan tempat permulaan virus zombie ini terjadi. "punca infeksi zombie ni tersebar di sebabkan penelitian yang prof Michael jalankan ke atas tubuh manusia yan...