CHECKMATE 1
"He.. what?" Bergema bilik itu dengan suara Imanina.
"He proposed."
"And..?"
"I said yes I think," jawab Izyan bersahaja. Fail di hadapan terus dibelek.
"Oh.. You think? What kind of respond is that, Izzy?" Imanina tidak berpuas hati. Minah ni memang hati batu. Orang propose kot? Takkan tak excited? Kalau aku, dah lompat bintang dah ni. "Hmm..akhirnya berani jugak mamat tu propose kau. Aku ingat sampai ke tua la dia tak berani nak propose."
Izyan hanya menjungkitkan kening. Bukan dia tak tahu betapa antinya Imanina dengan Fendi tu. Entah mana silapnya. Pantang berjumpa, pasti bertikam lidah. Ada je yang tak kena.
"So, do you want to tell me what's wrong? You don't look happy" Sambung Imanina, cuba mengorek rahsia.
"I'm ok lah. Dah gi sambung buat keje. Aku bayar gaji kau bukan untuk duduk bergosip dengan aku 24 jam. Kat rumah nanti boleh sambung" Izyan cuba melarikan diri dari menjawab soalan PA merangkap BFFnya itu. Dia tahu kalau dia mula buka cerita hikayat seribu satu malam ni dengan Imanina, konfem sampai malam tak habis. Nanti kerja entah ke mana. I have a business to run, lady!
Imanina memuncungkan bibirnya. Huh, nak lari la tu makcik sorang ni. Sampai mana pun kau nak lari Izzy. Kita kan BFF. Kat ofis aku tengok muka kau, kat rumah pun tengok muka kau.
"OK. You owe me lady! Hah, by the way aku dah try nak arrange meeting yang kau request tu with the owner of ForYOU SB tu, but tak dapat la. Mamat tu busy sangat lah.. apa lah..Dah berapa kali aku try. Apa dia tak nak buat bisnes ke? Takkan dia tak kenal company kita kot?" Imanina membebel panjang. Dia sibuk mengaturkan perjumpaan Izyan, CEO liveLIFE Corporation, pusat membeli belah terkemuka di Malaysia dengan tuan punya ForYOU SB, sebuah syarikat pengeluar coklat yang agak terkenal sejak akhir-akhir ini.
"Hmm.. takpe lah. Nanti kau cuba sekali lagi. Pagi tadi aku dapat tau yang ForYOU SB called for a press conference tomorrow. Aku rasa mesti ada sebab kenapa dia tak layan request kita. Maybe dierang tunggu sampai press conference tu kot." Izyan menyatakan pendapatnya. Rugi baginya kalau tak meneruskan perancangannya ini. Dia bercadang untuk menjalinkan kerjasama bersama ForYOU SB di mana syarikatnya akan menjadi agen pengedar utama barangan coklat buatan ForYOU SB di Malaysia. Dia yakin dengan usahasama ini kedua-dua syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih kukuh di masa akan datang. Lebih-lebih lagi liveLIFE memang merupakan pusat membeli belah yang terkenal di Malaysia dan barangan coklat ForYOU sudah mula mendapat perhatian orang ramai dengan coklat-coklatnya yang digemari ramai.
Imanina mengangguk faham. "Yes, boss. Arahan diterima. Nanti aku contact dierang balik after press conference tu. Kau ni memang gila coklat kan. Sampai bisnes pun ko nak ber'coklat' jugak. Hahaha" Dia segera berlalu untuk menyambung tugasnya.
Izyan tergelak mendengar celoteh Imanina. Hmm.. coklat. Of course I love chocolates! Who don't?