CHECKMATE 2
"Bro, kenapa termenung jauh ni?" tegur si kawan merangkap business partnernya.
"Takde pape la, Kamal. Aku tengah fikir pasal press conference kejap lagi." Ujar Dani. Perhatiannya dihalakan kepada fail di hadapan, cuba mengamati maklumat syarikatnya. Namun hatinya resah gelisah memikirkan tindakannya sebentar lagi. Am I doing the right thing?
"La... kau ni pun. Bukannya first time company kita buat press conference. Relaks,aku kan ada.Hmm..tapi untuk kau, first time la kot ek kat sini? Hehe.." Kamal ketawa, geli hati melihat kegelisahan si rakan karibnya. Mamat ni..muka macam kental, tapi cuak juga rupanya.haha...
"Yang kau gelakkan aku apa pasal? Aku bukan cuak ke apa.." Dani berfikir sebentar. Keluhan dilepaskan. "Bro, betul ke tindakkan kita ni? Should I reveal myself? Aku rasa kita postpone dulu la. Kau proceed je dengan update syarikat kita."
"Bro,bro,bro...Listen. We have discussed this several times, in fact for ages, okay? Sampai bila kau nak menyorok? Rakyat Malaysia patut tahu yang Dani Ikram di depan aku ni sebenarnya tuan punya syarikat ForYOU SB. Aku cuma business partner kau je. Tolong-tolong mana yang mampu masa kau duduk 'bertapa' kat UK dulu." Bebel Kamal panjang. Penat dah dia menasihati si Dani ni. Apa yang ditakutkan pun aku tak tahu.
Dani menghalakan pandangan ke luar. Suasana Kuala Lumpur dari tingkat 17 itu masih sibuk. Kawan karibnya dipandang. "Kau dah penat ke Kamal?" Soalan ditujukan ke Kamal yang sebelum ini sibuk menguruskan perniagaan syarikatnya semasa ketiadaannya.
"Dani, bukannya aku penat. Aku tolong-tolong kau je. In fact all the business plan, the strategies, expansion, semua tu, kau yang fikir. The mastermind. Aku ni tolong execute je. But, I think it is important for them out there to know you. This can increase our profit, bro. Siapa yang tak kenal dengan Dani Ikram? Kau kan anak Melayu yang berjaya menempa nama di UK tu. Business kau kat sana melambak-lambak. Takkan yang kat sini kau tak nak orang tahu pulak?" Soal Kamal.
"Yeah, I know, bro. Thanks Kamal sebab kau uruskan syarikat kita dengan baik"
"No sweat. Bukannya kerja free pun. Kau bayar gaji CEO kan? Haha"
Tergelak Dani mendengarnya. Dani bangga mempunyai kawan yang boleh dipercayai seperti Kamal Ariffin ini. Kamallah kawan dunia dan akhiratnya.
"Ok my dearest CEO, let's do this." Dani bangun dari kerusinya. Masa untuk menghadiri sidang media itu akan berlangsung sebentar lagi. Dia kini yakin. "Oh, by the way, remember the invitation to discuss dengan owner liveLIFE Corporation tu?" Soal Dani. Kamal mengangguk. "We can accept the meeting invitation for tomorrow", sambungnya. Wajah satu-satunya insan yang disayanginya itu terlintas di kotak fikiran. We'll meet soon, darling.