CHECKMATE 3
"Izzy, bila my family boleh datang meminang you?"Soal Efendi. Air mangganya dihirup. Gadis ayu di hadapannya dipandang.
Izyan gelisah. Nyaris aku nak tersedak. Makanan di dalam mulut dihabiskan. "Erm, Fendi. I think let me tell my daddy first. Nanti terkejut pulak dia. Then baru kita decide bila your family can come." Izyan cuba memberi alasan yang sesuai.
Sungguh dia rasa serba tak kena. Memang tanpa ragu, daddy-nya pasti akan bersetuju dengan pinangan Efendi. Kononnya, Efendi tu la jodoh terbaik buatnya. Menantu idaman! Tapi, macam kelakar pulak orang pinang isteri orang, kan? I need to settle my status, first. Daddy pun tak tahu yang sebenarnya dia masih lagi isteri orang. Daddy-nya ingat segalanya sudah berakhir dengan penceraian 5 tahun yang lalu.
"Daddy, let me settle this myself. I want to do it. I want to put everything behind. I need closure, daddy." Jawab Izyan sayu apabila ditanya tentang keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya yang baru setahun jagung itu.
Dato' Sri Zakuan memandang anaknya sayu. Just let her do this one thing on her own, hatinya berkata. You have done enough. "OK. As you wish, my dear. Tapi kalau Izzy tak sanggup, daddy boleh tolong. Lagipun daddy tak suka kalau Izzy masih berhubung dengan lelaki tu." Geram hatinya apabila memikirkan tentang menantu dia yang seorang tu. Entah dari mana datang asal usulnya. Ada hati berkahwin dengan anak tunggal aku. Entah-entah semua harta aku ni, nak dikautnya.
"Please, daddy. Lagipun I don't have to meet him pun. Setel je dekat court. Dia pun taknak jumpa Izzy lagikan." Hatinya sebak. Sampai hati dia buat aku macam ni. Mana janji manis lelaki itu? How about our 'ever after'?
Namun hingga kini, dia tidak pernah menfailkan penceraiannya di mahkamah. Kenapa? Malas!- Boleh tak bagi alasan tu? Ingatkan takpe, kalau dia masih maintain status itu. Bukannya dia mahu berkahwin lagi. Kalau boleh dia tak mahu ingat apa-apa pun tentang perkahwinan singkatnya. Segala kenangan pahit terlentang di hospital menanggung penderitaan seorang diri tidak mahu diingat kembali.
"Izzy...Izyan." Lamunan Izyan terhenti. Mata difokuskan kepada jejaka di hadapannya. "What's wrong, girl? Lama you spaced out. Penat I panggil tau" Senyuman dihadiahkan kepada wanita yang telah menambat hatinya.
"Sorry, Fendi. Nothing actually. I tengah fikir bila nak jumpa dengan daddy and discuss on this engagement."
"Oh, soon I hope. I tak sabar to make you mine, Izzy." Mata dikenyitkan.
Izyan hanya tersenyum tawar. Seriously?