CHECKMATE 4

138 9 0
                                    

CHECKMATE 4

"Good morning, lady boss." Imanina menyapa bossnya dengan ceria. Kerusi di hadapan Izyan ditarik. Organiser di tangan segera dibuka. Senyuman lebar dihadiahkan.

"Morning, Nina. Happy nampak? Mana kau pergi malam tadi lambat balik?" Soal Izyan. Semalam masa dia pulang dari berdating dengan Fendi, Imanina sudah tiada di rumah. Pagi tadi semasa dia bersiap untuk ke tempat kerja, Imanina masih lagi belum bangun. Nama je duduk serumah, kerja setempat, tetapi pergi kerja asing-asing. Dia lagi selesa begitu. Senang untuk dia ke mana-mana.Al-maklumlah kerja dia tak menentu. Ke sana ke sini untuk menghadiri mesyuarat atau membuat lawatan tapak. Imanina pun tidak kisah.

"Engkau tu yang ke mana? Semalam tengok keluar ofis awal je. Pergi dating la tu dengan encik tunang ye?"

Dengar sahaja perkataan tunang, Izyan terkedu. Adoi, bilalah nak setel ni? I have to find him soon!

"Belum official lagi okay! Daddy aku pun tak tahu lagi," balas Izyan.

Imanina hanya menjungkitkan keningnya. Makcik sorang ni tak excited langsung ke?

"Ok, boss. Pagi ni schedule you free, but petang ni you have an appointment with the owner of ForYOU SB at 3 o'clock. Venue at their office, Jalan Perak." Izyan tersenyum lebar. Akhirnya dia berpeluang untuk membincangkan collaboration proposalnya.

"Good then, by the way petang ni kau follow aku lah. Then kita leh hangout." Izyan memberi cadangan. Imanina hanya mengangguk. Boleh dia korek cerita dengan lebih lanjut nanti. "Oh, owner ForYOU tu Kamal Ariffin, kan? Kau google sikit pasal dia. Untuk info aku nanti, buat back up" Izyan memang begitu. Kalau mahu berdiskusi dia lebih selesa kalau tahu dengan lebih lanjut tentang siapa yang dia bakal bertemu nanti. Itulah tips dia selama ini.

"Babe, kau tak baca paper ke today?" soal Imanina pula.

"Tak sempat lagi. Why?" Izyan kehairanan.

"OMG. Big news babe, big news.. Jap aku amik," Imanina segera keluar membuatkan Izyan terpinga-pinga. Tak sampai seminit Imanina kembali ke pejabatnya dan menghulurkan surat khabar hari ini.

"You know what, apparently Kamal Ariffin is not the sole owner of that company. This DHD is the main shareholder," ujarnya sambil menunjukkan gambar di akhbar itu.

"DHD?"

"Dark, Handsome and Dangerous, babe" Imanina teruja.

Izyan tersenyum kecil melihat gelagat kawannya itu. Imanina ni semua lelaki dia kata handsome! Namun senyumannya mati saat melihat wajah yang terpampang di bidang akhbar itu. DHD, in deed. OMG!

CHECKMATEWhere stories live. Discover now