MIKHA'S POV-Pertandingan basikal akan bermula 1 jam lagi. Semua crew dan peserta sebuk membuat persiapan pada basikal masing-masing. Hanya sepuluh orang peserta akan bertanding dalam pertandingan ini. Suasana yang meriah disini dimeriahkan lagi dengan DJ muzik yang sentiasa bersuara untuk memberi semangat kepada semua peserta.
Little Girl tidak terkecuali dalam membuat persiapan basikalnya. Cuma beza antara mereka dan little girl, little membuat persiapan sendirian. Hanya dia dan aku tanpa crew kumpulan.
Little Girl yang sedang memakai alat keselamatan pada tubuhnya itu aku perhatikan. Cycling jersey yang berwarna hitam putih itu terletak cantik pada tubuhnya walaupun sangat ringkas. Basikal aku pula tidak habis habis dia telek untuk memastikan tiada sedikit cela yang berlaku semasa pertandingan berlangsung.
(Cycling jersey Lily)
Sedang aku memerhatikan dia, ada seorang lelaki yang memakai baju sama dengan Little Girl tetapi lebih branded. Lelaki itu menghampiri Little Girl dengan sinis.
"Hey Lily!! A long time ago yahh tak jumpa kau. Jauhnya kau merantau. Eh cantiknya bike kau. Beli ke curi?"
Aku tak tahu kenapa. Tapi aku rasa panas kat sini dengat perlian lelaki itu. Aku hanya memerhatikan dia tanpa bersuara. Kalau dia bertindak luar kawalan baru aku bertindak.
"Eh kau kenapa! Suka hati akulah basikal ni aku beli ke curi! Ada kaitan ke dengan kau!"tengking Little Girl kepada lelaki tadi.
"Rileks darling, jangan marah marah. Aku gurau saja. Hey kau dengan lelaki tu eh?"
Makin panas telinga aku bila mendengar panggilannya kepada Little Girl.
"Kau jangan nak sebuk. Kau buat apa kat sini?" Nada Little Girl mendatar malas untuk melayan lelaki itu.
"Aku buat apa kat sini ya Lily? Kau pula buat apa kat sini? Mana crew kau yang lain? Ke kau **** *****"
Sarkastik lelaki itu berkata. Ayat hujungnya aku tidak dengar. Jarak aku dan Little Girl yang jauh membataskan pendengaran aku apabila lelaki itu berbisik pada Little Girl.
Apalah yang dia bisikkan sehingga merah muka Lilttle Girl.
"EH KAU JANGAN SEBUKLAH!" Terjegil mata Little Girl menengking dia.
"Aku jangan sebuk? Macam ni lah Lily. Aku akan diam jika dan hanya jika aku dapat kalahkan kau. Aku tak kesah dapat tempat pertama atau kedua. Seeloknya pertama. Tapi aku lagi suka dapat kalahkan kau. Ingat Lily. Kalau tidak kau tahu apa kemampuan aku kan?"
Ehh mamat ni pahal. Dah lah datang tiba tiba. Pergi pun tiba tiba. Lepastu nak ugut ugut Little Girl aku pula. Aikkk.. 'little girl aku'. Yelah! Aku saja yang boleh panggil dia Little Girl orang lain tak boleh!
"Hey, you okay tak?" Tanya aku dengan lembut apabila berada di sebelah Little Girl.
"Aku okay..... Eh pakcik tiang, lagi 15 minit dah nak start. Aku gerak dulu tau! Doakan aku dapat tempat kedua tau! Bye!"
YOU ARE READING
LILY DELISHA
JugendliteraturLari Rumah? Gila! Tapi itu tetap keputusan seorang gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bernama Lily Delisha. Baginya apa nak jadi, jadilah! Dia tak kira! Biarpun seribu risiko akan menghempap dia! Dia akan tanggung! Kehadiran Pakcik Ti...