BAB 3✨|ganjaran🚴🏻‍♂️|

23 2 0
                                    

MIKHA'S POV-

Berada di beranda luar bilik merupakan rutin harian aku sebelum tidur. Walaupun angin sejuk menyapa kulit aku, aku tak kesah. Sebab aku suka pandang langit pada waktu malam. Ada bintang. Bintang di langit ni cantikkan? Macam macam bentuk kita boleh bayangkan. Yang aku tahu bintang ni ada banyak jenis buruj. Antaranya Southern Cross,Scorpio,Big Dipper dan Orion. Buruj yang paling aku suka buruj orion. Dan buruj ini yang berada di langit sekarang. Aku suka buruj orion sebab bentuknya seperti orang sedang memanah. Bentuk tersebut secara tidak langsung menyeru aku untuk terus jadi berani dalam kehidupan. Yelah, bintang kan jauh atas sana, setiap bintang keseorangan, kesunyian dan berada dalam kegelapan. Jadi setiap kali aku rasa down atau lonely aku mesti akan tengok bintang. Walaupun sebahagian orang akan rasa pendapat aku tu tidak masuk akal. Tapi aku tak kesah. Lain orang lain cara. So, don't judge it too fast.

Sebut tentang lain cara aku teringat Little Girl kat petronas tadi. Cara dia betul betul berbeza dengan gadis dekat luar sana. Walaupun dia tidak bertudung, rambut hitamnya yang panjang lurus itu sangat menarik perhatian aku. Bibir dia yang comel tu... hmmm.

"Eh! Kenapa aku terfikir pasal perempuan tu pulak! Ish mengarut betul! Ermm.. fikir pasal perempuan tu esok dia nak bawa aku race kat mana ek? Power ke dia bawa basikal sampai ajak race? Takpe Little Girl. Bawa basikal ni piece of cake je. Aku mesti dapat kalahkan kau!"monolog ku tersenyum sendiri sambil memandang langit. Apalah senyum sorang sorang sewel agaknya aku ni.

TOK TOK TOK

"Mama ni. Boleh mama masuk Lutfi?" Sengih aku dipotong oleh laungan mama diluar pintu bilik aku.

"Masuklah ma, pintu tak kunci"

"Anak mama buat apa kat beranda ni? Termenung ya?" Soal mama prihatin terhadap aku. Yelah, bila aku duduk beranda malam malam macam ni mama mesti tahu aku dalam masalah. Sayang lah mama macam ni!

"Takdelah mama, saja je duduk luar ni." Nafi aku tidak mahu mama risau. Tiba tiba aku teringat kata papa masa dinner tadi. Hmmm.. ahh! Esoklah aku fikir pasal tu! Aku terus duduk di sebelah mama dan meletakkan kepala aku di riba mama.

"Along, pasal Cik Enn tu jangan risau ya. Biar mama je cari tempat ganti dia. Kamu tu bekerja, mama taknak kamu runsing kepala sangat. Abaikan saja pasal papa tadi ya. Pasal gambar tu juga, mama percaya Along, siapa pun yang buat fitnah tu don't worry okay. Papa and mama will handle it." Nasihat mama kepada aku sambil mengusap kepala aku.

"Pasal gambar tu ma biarlah. Lagipun kita tak tahu kan siapa yang hantar. Selagi orang tu tak risikokan keluarga kita, selagi tu Along tak nak ambil tahu. Cik Enn pulakk... Habistu siapa yang akan masak esok ma? Yang nak kemas dapur semua tu? Siapa nak buat?Along nak buat tapi Along mana pandai masak ma" soal aku dengan risau.

"Eh mama kan ada! Ingat mama tak pandai masak ke? Mama power tau! Tak pernah tunjuk je selama ni." Balas mama sambil mencubit lengan aku.

"Aduh ma, sakit... mama ni.. kalau macam tu esok mama masak makanan kegemaran Along tau! Tak sabarnya nak rasa air tangan mama." Balas aku sambil mengusap lengan aku yang masih sakit itu. Aduu tangan mama kalau cubit orang dah lah kuat. Mesti lebam ni esok.

"Esok tak boleh lah along, papa dan mama tiada di rumah, kamu makan luar saja ya. Takpun makan kat rumah Cik Jah saja." Kata mama dengan nada sedikit kesal.

"Okay mama"

Tiba tiba aku teringat soal basikal dan Little Girl tadi. Ada lagi tak ek basikal tu. tanya mama lah.

"Mama, basikal adik ada lagi tak? Along nak guna esoklah. Nak cycle ngan kawan esok." Soal aku sambil bangun dari pembaringan aku.

"Ada tu dekat garaj kereta tu. sejak bila Along ada kawan naik basikal ni. Kawan Along semua bukan dah kerja atau sambung belajar ke? Ada masa ke nak cycle. Lagipun esok along tak kerja ke?" Berkerut kening mama dengan bertubi tubi soalan diberi.

LILY DELISHAWhere stories live. Discover now