BAB 2✨ |tebus kesalahan🙊|

33 1 0
                                    

LILY'S POV-

" hey little girl, you buat apa telek baju you tu, you ingat baju tu boleh bersih sendiri ke?"

Nada tenang bercampur ayat sarkastik itu menyapa telinga aku. Tersentak aku tiba tiba ada manusia yang menegur aku. Suka hati aku lah nak telek baju ke gumpal baju ke, ada kaitan ke dengan dia!

Eh! Pakcik tiang tu lagi? Dia buat apa kat sini? Sebuk je kacau aku tengah termenung. Eh emm.. okay! Secara realistiknya memang ada kaitan pon dengan dia sebab baju aku kotor sebab dia. Tapi suka hati aku lah nak buat apa lepas tu! Huhh

"Hey pakcik tiang, can you stop calling me little girl? Im already 18 and im not little girl! Plus kau buat apa kat sini?" Kata aku tegas serta soalan.

" eh you tu ha panggil I Pakcik Tiang boleh pulak? Jangan ingat I stalk you eh. I ternampak you je mase lepas keluar toilet tadi. Plus bagi I, You tu memang little girl pon" Balasnya serta jelingan tajam diberikan kepada aku.

Eh dah lah dia yang tegur aku lepastu nak jeling jeling. Aku cungkil kang biji mata tu! Huhhh dari aku layan perangai entah apa dia tu baik aku pergi beli baju sekarang. Jam tangan pemberian ibu aku telek. Sekarang dah pukul 5.00 p.m aku tak solat asar lagi. Baik aku cepat, nak beli baju lagi, nak dobi lagi. Bolehlah sambil dobi nanti aku solat asar sekali.

"Eh kau tu dulu yang panggil aku Little Girl. Lepastu nak persoalkan aku! Huhhh.. Dah lah Pakcik Tiang, aku malas nak layan kau. Aku gerak dulu. Bye, assalamualaikum" kata aku sambil membersihkan sedikit baju aku lalu terus mencapai beg aku. Basikal aku yang terletak di tepi bangunan ini aku capai dan terus aku pecut ke kedai bundle tidak kurang 200 meter di seberang petronas ini.

Signboard bundle serendah RM8.00 itu menjadi tumpuan aku. Aku terus masuk dan menuju ke bahagian sport shirt. Tshirt lengan panjang berwarna unggu gelap menjadi tumpuan aku. Kenapa sport shirt? Sebab aku bawak basikal, kalau pakai baju tshirt kain cotton mahu lencun baju aku dipenuhi peluh! Masam baunya nanti!

"Ya dik, nak baju yang mana satu?" Sapa pemilik bundle yang berusia dua kali ganda daripada umur aku itu.

"Abang, baju dan seluar ni saiz L ade tak?" Soal aku sambil mengangkat baju dan seluar yang aku belek tadi.

"Ada dik, ni ha, adik nak cuba ke?"

"Saya nak terus pakai boleh bang? Baju yang saya pakai ni kotor sikit, tadi ada lelaki jatuhkan aiskrim atas baju saya pulak. Boleh tak bang?" Jelas ku dengan penuh berhati hati bagi mengelakkan dianggap mahu mencuri.

Yelah, zaman sekarang ni keadaan mana boleh dijangka. Kadang kadang niat kita baik dianggap salah. Dan kadang kadang niat yang jahat dianggap betul.

"ha boleh dik takpe abang paham" kata abang tersebut dengan ramah sambil tersenyum.

Setelah selesai menyalin pakaian, aku terus membuat bayaran dan terus ke dobi berdekatan bundle ini.
Syiling dan baju kotor aku masokkan ke dalam washing machine tersebut. Masa yang tertera pada washing machine itu menunjukkan 35 minit untuk siap dibasuh.

"Ha dah. Aku nak pergi bersihkan diri lepastu solat asar." Kata ku dan terus ke surau petronas itu kembali.

MIKHA'S POV-


"Eh macam tu je dia pergi. Aku tak puas lagi kenakan dia. Takpe takpe ada ubi ada batas, ada hari nanti aku balas." Bebel aku sendirian, salam tadi hanya dibalas dalam hati.

Mana perempuan tu nak pergi ek? Why not aku follow dia. Lagipon aku takde apa nak buat lepas ni. Laju je dia pecut basikal dia tu.

Basikal berwarna hitam biru itu aku ikut dengan teliti. Signboard bundle serendah RM8 itu menjadi tumpuan aku sekarang. Aku pelik kenapa tak balik rumah je untuk tukar baju? Kenapa perlu beli baju dekat bundle juga?

LILY DELISHAWhere stories live. Discover now