Seminggu telah berlalu, kini Gopal, Ying, Yaya, Boboiboy dan Fang berkumpul di kedai Tok Abah bagi mendengarkan pengumuman yang bakal di buat oleh komander kokoci tentang status pembinaan semula stesyen Tapops.
"Ekhem, buat pengetahuan semua.. stesyen Tapops sudah pulih seperti sedia kala." Umum kokoci setelah membetulkan suaranya bagi meminta perhatian. Jelas senyuman bangga terukir di garis bibirnya yang hijau itu.
"Yeay!" Sorak mereka penuh gembira lantas dipintas oleh kokoci yang ingin menyampaikan perkara yang lain.
"Oleh itu, kamu semua akan kembali ke sini pada esok hari"
"Ha?! Esok!! Biar betul komander... Bagilah kitaorang masa untuk packing barang dulu ke apa. Terkejut tau??" Kata Gopal memberi alasan untuk tidak kembali ke Tapops dalam masa yang singkat.
"Tidak boleh.. kerana, ada orang atasan yang ingin berjumpa bersama kamu semua" Kata Kokoci pula membuatkan mereka semua meneguk ludah lantas memandang satu sama lain.
"Kenapa orang atasan nak berjumpa dengan kami, komander??" Soal Yaya inginkan penerangan.
"Aku tak pasti, tapi tentunya ada kaitan bersama apa yang telah berlaku di galaksi pada ketika ini" nada Kokoci menjadi serius lalu mengeluh buat seketika.
"Apa yang berlaku komander?" Boboiboy mula menzahirkan rasa ingin tahu.
"Ha... Kebanyakan planet di galaksi kini sudah pun diselaputi oleh kabus hitam yang tebal yang mengakibat banyak planet menjadi tandus dan tidak boleh diduduki lagi. Banyak Alien berpindah ke planet lain dan menimbulkan banyak kekecohan seperti perebutan tempat tinggal dan lain - lain"
"Haih.. tempat pun nak bergaduh? Share je lah.." kata Gopal seolah - olah telah menyelesaikan satu permasalahan galaksi.
"Weyh, kalau rumah kau tiba - tiba ada orang masuk dan claim rumah kau tu dia punya, apa kau rasa??"
"Mestilah marah, rumah aku kot.." Kata Gopal selamba sambil mencekak pinggang. Dia memandang fang dengan pandangan tidak puas hati kerana menanyakan soalan yang dia sendiri boleh fikirkan.
"Dah tu? Sama lah dengan alien - alien ni"
"Mana ada sama.. rumah aku kecil, planet diaorang besar! Takkan share beberapa alien pun tak boleh.."
Mereka semua memandang datar pada Gopal. Sementara Gopal berpura - pura untuk menikmati air koko nya. Banyak pula songeh dia hari ni.
"Ehmm... Sedapnya! Baiklah teruskan teruskan.. abaikan aku kat sini" kata Gopal mengacau airnya penuh Elegant.
Kokoci menggeleng kepalanya beberapa kali sebelum meneruskan kata - katanya.
"Hah.. apa apa pun Itu sahaja yang boleh aku ceritakan.. selebihnya kamu semua akan dengarkan sendiri dari orang atasan itu."
"Baik komander!" Jawab mereka lantas memberikan tabik hormat tapops. Setelah panggilan itu pun dimatikan.
•••••(◍•ᴗ•◍)•••••
Malam itu, Boboiboy mengemas segala barang keperluannya ke tapops. Pakaian dan barang mandinya semua sudah diletakkan ke dalam beg kecuali 'kasut sport' nya yang ada di rak tingkat bawah. Dia bercadang untuk mengambilnya pada esok hari kerana dia sudah malas untuk menuruni tangga yang banyak anaknya itu.
Sedang dia mengemas kedudukan pakaian di dalam beg luggagenya, Tiba - tiba jam kuasanya menghasilkan bunyi yang pelik dan bergetar tanpa sebarang alasan. Dia melihat jam kuasanya dengan pantas dan membetulkan jamnya dengan menekan beberapa butang yang ada. Namun pun begitu, ianya tetap tidak memberikan apa - apa kesan.
"Hish, ochobot.. cuba kau tolong tengokkan jam kuasa aku ni" adu Boboiboy kemudian menyuakan jam tangannya pada Ochobot untuk dilihat.
Ochobot yang bergolek - golek di atas katil Boboiboy sambil membaca komik itu meletakkan komik yang dibacanya di sisi lalu terbang ke arah Boboiboy untuk mengimbas masalah jam kuasanya.
"Kenapa? Rosak ke?" Soalnya lalu mengimbas jam kuasa itu menggunakan skrin matanya.
"Tak tahulah.. dari minggu lepas lagi dia jadi macam ni"
"Hurm.. menurut data, kuasa - kuasa dalam jam kuasa kau menunjukkan kadar tindak balas yang tinggi!"
"Ha? Tindak balas dengan apa??" Soal Boboiboy kembali. Jelas riak terkejut terpapar di wajahnya.
"Aku pun tak pasti, mungkin untuk kuasa tahap ke 2 kot..."
"Ooooo.." kata Boboiboy sekadar mengangguk. Sekurang - kurangnya masalahnya telah diselesaikan.
"Huargh!! Ngantuknya.. jom masuk tidur ochobot. Esok dah nak bertolak ke Tapops" Boboiboy merengangkan badannya. Sudah berapa kali dia menguap pada malam itu.
"Kau tidurlah dulu Boboiboy... Aku nak habiskan komik mechamato ni kejap" riang Ochobot kembali ke katil Boboiboy dan mengambil buku komik yang terbuka di atasnya.
"Yelah.." jawab Boboiboy tidak membiarkan ayat Ochobot tergantung begitu.
Boboiboy membaringkan dirinya disebelah Ochobot. Sebelum dia menutup mata, sempat dia mengerling ochobot yang terkekeh - kekeh membaca adegan lawak komik itu. Dia tersenyum buat seketika, geli hati pula dia melihat ochobot sebegitu. Tak lama kemudian, dia pun tertidur dengan nyenyak.
•••••(◍•ᴗ•◍)•••••
"Seriuslah kita nak berunding dengan dia? Selama ni kita just ambik je.."
Bentak seseorang menyatakan ketidakpuasan hatinya. Kini mereka semua sedang mengelilingi satu pemancar hologram yang memaparkan wajah seseorang bersama simbol - simbol yang tertentu di bawahnya.
"Memanglah, sebab kuasa - kuasa tu sendiri yang sukarela untuk kembali pada kita. Sekarang ni, kuasa - kuasa tu langsung tak nak berpisah dengan tuan baru mereka" terang seorang lagi sambil memeluk tubuh.
"Haih, susah ni... Memang semua kuasa - kuasa tu macam tu ke?"
"Dah tu, semua kuasa tu milik tuan yang sama. Kalau tuan antara salah satu kuasa itu lain.. mungkin ada harapan" katanya penuh hampa.
Mereka semua menghela nafas berat. Awalnya mereka tidak mahu misi mereka ini diketahui oleh mana - mana mahkluk yang ada di galaksi.
"Hadui... Macam mana kita nak lawan dia kalau macam ni? Pening pening.."
"Sebab tu aku kata, kita berunding je..."
"Yelah yelah.. setuju!"
"Yang lain?"
"Setuju.."
Akur mereka semua. Kemudian pemancar hologram itu terpadam dengan sendirinya.
"Jumpa di stesyen Tapops tepat jam 10"
"Nak kena berpisah juga ke? Tak nak konvoi.."
"Tak nak!" Jawab mereka datar kepada empunya suara itu. Empunya suara itu cemberut lalu dalam sekelip mata mereka semua berpecah dan pergi mengikuti haluan masing-masing.
"Ceh"
END - Bab 2
![](https://img.wattpad.com/cover/224534600-288-k982615.jpg)
YOU ARE READING
My overprotective brother
FanficSelepas serangan kapten vargoba terhadap Tapops, Boboiboy dan kawan - kawannya terpaksa menunggu di bumi dan melanjutkan pembelajaran mereka di Akademi Pulau Rintis sambil menunggu stesen Tapops dibina semula. Namun ada sesuatu yang menarik menanti...