HMB 2

226 14 0
                                    

Qairine pov

Pagi ni aku bangun solat subuh dengan umi dan yang lain lepas tu aku ikut umi pergi dapur tolong umi buat breakfast walaupun aku masih kecil umi dah ajar aku untuk tolong dia buat kerja walaupun hanya tolong sediakan bahan.

"Umi nak masak apa?" Soalku sambil tangan lincah mengeluarkan timun dari peti sejuk

"Umi ingat nak buat nasi lemak dengan roti telur je" Kata umi sambil membersihkan ikan bilis lepas tu dia memerah kelapa parut untuk dapatkan santan tak lama lepas tu aunty Asnida datang tolong umi buat sambal ikan bilis.

"Mila meh aku tolong kau tumiskan sambal" Kata aunty Asnida lalu mula menumiskan bahan yang dah diblend tadi.

"Rajin anak kau kecil ii dah tolong kau buat kerja" Kata aunty Asnida

"Alah aku suruh dia buat yang ringan ii je tapi kalau bab potong ii aku tak kasi kang nanti aku suruh potong benda lain benda lain yang terpotong..! Lagipun kalau dia dah biasa masuk dapur nanti besar takdelah macam rusa masuk kampung" Ujar umi dengan tawa kecil. Apa bendalah umi ada ke patut dia samakan dengan peribahasa tu.

"Haa..eloklah tu" Balas aunty Asnida. Pagi tu kecoh didapur dengan suara dari kaum hawa tersebut. Aku mencapai alat untuk memotong telur rebus tu sebab umi tak kasi guna pisau.

*****

"Qairine...tolong umi kejap boleh?" Pinta umi terus aku memandang umi menanti katanya.

"Boleh,tolong apa mi?" Soalku.

"Kamu tolong panggil semua sarapan makanan dah siap ni!" Kata umi sambil menyusun segala jenis pinggan diatas meja,aku hanya mengangguk dan menuju ke ruang tamu yang kelihatan hanya ada ayah dan uncle Haykal budak 2orang tu tak nampaklah pulak.

"Ayah,uncle umi panggil makan" Ujarku kepada diorang

"Ok. Haa Kal, jom kita ke dapur" Kata ayah lalu dia mula berdiri dari sofa bersama uncle Haykal

"Erm..yah,mana budak 2orang tu?" Soalku

"Try kamu check bilik diorang kut tidur balik" Usul ayah

"Ok. Rine pergi tengok jap !" Ujarku lalu aku mula menaiki tangga ke tingkat atas dan menuju ke bilik Qairul sebelah bilik aku. Aku ketuk dulu pintu serta panggilan tapi kalau dah dua kali tak menyahut aku terus pulas tombol dan masuk saja. Masuk je maka terhiaslah pandangan yang aku rasa macam nak humban manusia dalam parit sebab dua ii tengah tidur kalau Qairul takpelah selalunya aku suka pedajal dia tapi si budak KL tu aku tak berani

"Qai..bangun..Qai,bangunlah akak kira sampai tiga kalau kau tak bangun akak mandikan kau kat sini nak?" Aku menggoncangkan sikit badan dia serta dengan ugutan siap kalau tak selalunya dia takkan bangun

"Erm..ok ii Qai bangun ni!" Kata Qairul sambil menggosok ii mata dia dalam keadaan duduk

"Qai,kau tolong kejut budak Am sekali akak nak turun!" Pintaku tapi jawapan dari si adik memang mencabar kesabaran betul

"Alaa..akak kejutlah dia Qai nak basuh muka ni" Belum sempat aku nak balas dia dah lesap ke dalam bilik air maknanya aku jugak yang kena kejut budak tu

'Ya Allah, mudah-mudahan budak ni bukan spesies tidur mati' omelku dalam hati

"Hayden, bangun..Hayden ban..." Belum sempat aku habis panggilan kedua dia dah bangun

"What?" Soalnya sambil duduk bersila dengan mata tertutup

'Amboi ii dia what kan kita'😠

"Hayden, bangunlah semua dah tunggu nak breakfast tinggal kau sorang je lagi. Cepat! Pergi cuci muka lepas tu turun bawah!" Kataku straight to the point terus dengan nada datar

"Haa?O..ok ii sorry" Pintanya dan terus bangun dari katil dan masuk bilik air. Aku apa lagi pusing badan dan menuju ke pintu untuk keluar dari bilik si Qai tu buat apa nak tunggu bukannya dia tak tahu meja makan kat mana. Aku turun bawah dan ambik tempat duduk disebelah kanan Qairul

"Haa,Rine mana Am?" Soal ayah

"Dalam bilik air" Jawabku ringkas dan ayah hanya anggukkan saja kepalanya sebagai balasan. Tak lama lepas tu si Am tu turun dan duduk sebelah aku yelah dah situ je kosong

"Am, Am nak makan apa?" Tanya aunty Asnida kepada anaknya

"Erm...roti jelah ma" Ujar Hayden ringkas lalu menghulurkan pinggannya kepada mamanya terus diletakkan beberapa keping roti telur buatan umi. Usai mengaminkan doa yang diketuai oleh ayah kami mula menjamah sarapan ringkas kami pada pagi itu

Masuk hari ni dah 3 hari si budak Hayden tu ada kat rumah keluarga aku, setiap pagi memang akan jadi kerja part-time aku untuk kejutkan diorang bangun tidur sepanjang dia ada kat sini aku nampak dia seorang yang suka senyum, baik tak nakal walaupun aku tak rapat sangat at least dia rapat dengan Qairul takdelah bosan dia. Keluarga dia pun tak sombong yelah kan sebab keluarga diorang kaya pegang title'Tengku' pulak tu, aku nak kata kaya tak kaya sangat nak kata miskin tak miskin sangat half half gitu sebab ayah, dia ada business sendiri umi jadi cikgu kat sekolah menengah.

Time kami pergi jalan ii dia punyalah excited tak boleh bawak bincang sebab dia tak pernah jadi kampung boy. Ada pergi sungai, padang bola, sawah dan hari ni ayah ajak kitorang pergi kebun buah dia pulak yelah dah sekarang musim buah aku paling excited nak makan buah manggis dengan rambutan kalau ada cempedak umi cakap nak buat cekodok tak pun cempedak goreng. 😋

"Kejap lagi ayah nak gi kebun kejap nak ikut?" Soal ayah

"Nak!!" Jawabku dengan Qairul serentak

"Kau Kal?"Soal ayah kepada uncle Haykal

"Boleh jugak" Jawabnya

"Hayden,jom nanti kau ikut kitorang confirm kau suka"Pelawaku kepada si Hayden tu alah aku cuba nak make friend dengan dia sebab aku tahu dia nak kawan dengan aku cuma aku yang tak layan sangat. Tengok tu aku sorang je panggil dia Hayden orang lain panggil Amsyar alah bukannya salah dah tu nama dia jugak lantak pi lah.

"Ok,thanks"Balasnya ringkas dengan senyuman dibibir

"Emm"

*****

Kami pergi lepas sarapan nanti panas kalau tengah hari tu pun umi dengan aunty Asnida tak ikut. Sampai kat dalam kawasan kebun ayah port pertama aku serbu confirmlah pokok manggis dengan rambutan memang heavenlah aku sebab fav fruit aku banyak tahun ni dan sekarang aku tengah melantak sorang ii buah kat atas pondok kecil yang ada kat situ dan si Qairul tu dah jadi mangsa buli aku.

Sebab aku suruh dia kumpulkan buah untuk bawa balik dan buah cempedak pun dapat dua tiga biji so tercapai jugaklah hasrat umi nak goreng tu. Tengah syok makan buah dan sikit lagi aku nak masukkan ulas manggis yang last ke dalam mulut terhenti sebab aku terdengar suara orang jerit bila pusing kiri pusing kanan aku nampak Hayden yang jerit dengan badan dia dah selamat 'mencium' tanah jadi aku teruskan aktiviti aku yang tergendala tadi sebelum melangkah menghampiri dia dan aku mencangkung depan dia

"kau kenapa?"Soalku kepadanya yang muka tunggu masa nak nangis

"Rine...ni apa? Tolong saya.." Tanyanya lalu aku ikut arah jarinya tunjukk yang berada di kaki.

"Ouh..ni monster" Jawabku plus nak sakat dia

"Haa? Rine...tolong buang nanti dia makan saya macam mana?" Pintanya dengan muka takut sebijik dengan Qairul

"Alah sorrylah aku tipu je tu bukan monster pun cuma pacat tak mati pun kau just berdarah je sebab dia gigit. Kejap aku tolong" Aku bangun mencari kayu nak buang benda tu sebab aku taknak kotorkan tangan aku nanti tak boleh nak makan kena tunggu basuh tangan dulu.

"Done. Nanti balik kita cuci darah tu dah tak payah ikut si Qai tu duduk dengan aku je makan buah lagi sedap!" Kataku sambil tolong dia bangun dan menuju ke pondok tu balik.

"Nah" Aku menghulurkan sebiji manggis yang aku dah kopekkan kulit dia

"Kau jangan telan pulak biji yang besar tu buang!" Dia hanya mengangguk

"Sedap!! Thanks Rine!" Ucapnya teruja

"Takde hallah"




'Dua insan yang baru bersua boleh menciptakan satu hubungan yang manis'

HEY MISS BODYGUARDWhere stories live. Discover now