AAF 2

12 0 0
                                    

"do you wanna build a snowman?" Suara sumbang yang keluar daripada mulut Hafiz masuk kedalam telingaku. Silau mataku juga kerana dia turut mengajuk perbuatan elsa dan anna dengan membuka sebelah mataku dengan cukup 'lemah lembut'.

"Wake up, wake up lil' losers. Our deal how lorhh?" Ujarnya ceria. Ya, malang nasibku sebab ibu menyebelahinya apabila dia mengeluarkan hujah-hujah yang tidak dapat disangkal lagi.

Throwback

"No is no Hafiz! Adik kecil lagi. Mana boleh tolong kamu dekat restaurant tuh." Bangkang ibu sambil menukar siaran kegemaranku my little pony kepada tv3.

"Alah..tapi ibu, adik yang janji kalau dia kalah dia kena dengar cakap Fiz dua hari". Balasnya. Aku yang duduk disebelah ibu hanya tersenyum sinis melihatnya. Merah habis mukanya menahan marah apabila diusik seperti itu.

Tiba-tiba dia tersenyum manis dan berkata " Ibu, sebagai anak yang soleh yang telah dilahirkan oleh ibu yang solehah, Hafiz ingin membawa ibu dan Aira ke jalan yang benar. Ibu, sesungguhnya ciri orang munafik itu ada tiga ibu. Tiga! Ibu. Tiga ya wahai ibu dan Airaku sayang.. dan antaranya adalah apabila dia berjanji dia mungkiri. Adakah sanggup bagi ibu yang solehah yang disayangi Hafiz sepenuh jiwa raga ini membiarkan Aira bersifat begitu? Masyaallah ibu, sanggupkah ibu? Dan sesungguhnya redho dengan perbuatan seperti itu adalah dikira bersubahat dan berDOSA BESAR wahai ibu dan adikku Aira.." lantang hujah tersebut meniti dibibir Hafiz sambil membuat pelbagai gaya dan memek muka. Suaranya juga turut dialunkan seperti memberi tazkirah.

"Ish, hang nilah Fiz, aku duk hantaq hang gi ngaji agama dulu hang duk buat pala kat sana..ni tiba ja alim cam ni? Lani aku dah taktau nak cakap pa dah..pi hangpa dua main jauh-jauh sana..Aira hang ikut ja kata abang hang tu..dah ibu nak tengok adam lee berlakon..shuh shuh"

End throwback

"Yo, brother! Bila nak gerak?" Terjahku seusai selesai sarapan di dapur.

"Kau yang lambat" jawabnya senada dan terus bangun daripada sofa empuk yang baru dibeli ibu itu ke ruang letak kunci.

"Dah, jom..kau fikir kau siapa nak datang lambat?" Ujarnya.

"Bye, ibu! Aira ikut abang dulu..tata titi tutu..ibu jaga restaurant tu helok helok na!" Jeritku.

Ya, kepada tertanya apakah pekerjaan keluargaku yang sebenar usah risau usah buntu. Actually ha my ayah sama my ibu ha.. ada buka restaurant ngan catering lorh time diorang kahwin. Alhamdulillah berkat usaha diorang yang tak putus asa perniagaan diorang berkembang maju dan berjaya membuka 7 cawangan di Malaysia. Yang ibu dan ayah jaga dekat jer dengan rumah. Yang akan aku pergi ni restaurant yang abang jaga dekat damansara. So taklah jauh sangat daripada rumah terchenta. Dalam 20-30 minit ja.

"Hafiz, jaga adik elok-elok..jangan buli dia sangat" jerit ibu dari dapur.

Aku menutup pintu sambil melambai ke arah ibu. Selepas itu aku mencapai kasut kecil berwarna merah milikku dan menyarungnya dengan pantas sebelum mengatur langkah ke dalam kereta abang Hafiz. Aku mengambil tempat duduk disebelah pemandu dan terus memakai tali pinggang keselamatan.

Tidak lama kemudian aku membuka tingkap kereta dan terus melambai abang Hafie yang berada di balkoni tingkat dua biliknya. Dia yang masih mamai hanya membalas lambaianku ala kadar. Ouh, Abang hafie doktor, semalam dia balik lambat sebab emergency case..tu yang bangun lambat. Sekian.

Aisy Aira FarhanaWhere stories live. Discover now