Titit..Titit..
Satu suara bingit menganggu lenaku. Dan saat aku membuka mata, cahaya terang menerjah masuk kedalam mataku. Aku berkerut seketika.haihh.. keluhku. Aku mengeliatkan seluruh tubuhku sambil menutup mulut. Langkahku atur ke jendela yang dilindungi langsir putih kamarku. Aku menyelak langsir tersebut dan lihat beberapa orang kanak-kanak dalam lingkungan umur bayaku sedang berlari anak di gigi ombak. Senyuman yang terukir oleh mereka ketika bermain bersama laut indah yang bersinar-sinar terpantul cahaya mentari memukau mataku. Aku turut tersenyum riang saat melihat mereka ketawa bersama apabila salah seorang daripada mereka mengajuk aksi ketam yang sedang berjalan berhampiran mereka.
Sedang aku sibuk memerhatikan mereka semua, dapat aku rasakan diriku diperhati. Mataku lilaukan ke sebelah kiri dan kanan pantai tersebut dan akhirnya tertancap pada seseorang yang berbaju merah dibawah pohon kelapa. Dia sedang memandang tepat kearahku sambil memegang buku. Aku amati orang itu. Tubuh dan mukanya kelihatan masih muda tapi ketinggian mungkin melebihi diriku ini. Kalau dianggarkan umurnya lebih tua daripadaku namun tidaklah jauh jaraknya. Mungkin sahaja empat tahun bezanya? Barangkali umurnya 12 tahun.
Tok!tok!
Bunyi ketukan pintu menyedarkan diriku. " Aira, kamu dah bangun belum?" Lantang suara wanita lewat 20-an itu memanggilku.
"Sudah ibu! Nanti Aira keluar." Balasku sambil menoleh ke arah pintu seakan terlihat ibu dibaliknya. Aku kembali melihat orang tersebut. Dia tersenyum sinis kepadaku.aku hairan. Dan selepas itu, seorang lelaki tua datang mendekatinya. Mereka sedang membincangkan sesuatu rasanya. Tidak lama kemudian, mereka berdua pergi meninggalkan pantai dan orang yang aku perhatikan tadi melambai kepadaku. Hairan bin ajaib.. adakah aku mengenalinya? Mungkin orangnya hanya bersikap terlebih mesra. Aku mengatur langkahku ke luar bilik dan mencari ibuku.
"Aira sayang, pergi siap cepat. Kata nak mandi pantai semalam?" Sapanya dari belakangku sambil meletakkan kedua tapak tangan dibahuku.
"Mandi pantai? Wah, terima kasih ibu!" Laungku gembira. Manakan tidak bagiku gembira? Setelah dua hari disini baru ibu benarkan. Semuanya kerana abangku yang ingin bersiar-siar hingga lewat petang membeli itu dan ini untuk kekasihnya. Haish..yang abangku seorang lagi pula tidur sahaja memanjang. Disebabkan perangai mereka inilah tiada siapa yang ingin menemaniku ke pantai. Ibu dan ayah sibuk bekerja sepanjang dua hari ini dan aku dibiarkan sendirian didalam bilik termenung.
Aku berlari anak ke persisiran pantai. Aku melihat gigi ombak sambil tersenyum. Cantik! Airnya jernih dan berwarna biru. Lantas aku mencelup kakiku kedalamnya. Tenang sekali rasanya.
"Dik, jom lawan renang sampai sana.. kau juara renang sekolah kan? Ha, jom lawan abang kau yang hensem ni. Siapa kalah jadi hamba dua hari bila balik rumah..nak?" Soal abangku yang tiba-tiba sahaja muncul disebelahku.
Dasar menggangu ketenteraman awam betul dia ni. Tapi bila difikirkan, tawarannya menarik juga. Kalau aku kalahpun aku boleh mengadu terus kepada ibu yang dia membuliku.
"okey! Adik setuju. Abang Fie!! Udahlah tu chat akak intan..tolong kitaorang jadi pengadil ni ha!" Jeritku meminta bantuan kepada seorang lagi abangku yang berada di tepi pantai.
"Eh kau, sibuk jer..jup aku nak say babai tu my lovely intan payung ni dulu.." balasnya.
"Euww" kataku. "Lovely intan payung kepala hutak kau gila!" Kata Abang Fiz.
Phwittt......!
Bunyi panjang wisel tadi menandakan bahawa pertandingan antara si puteri cantik manis Aira dengan abangnya Hafiz yang perasan nak mati. Kami berdua masih tidak berganjak walaupun abang sulungku Hafie sudah berkata mula sejak beberapa detik yang lalu. "Lah, asal korang dua tak mula?" Soalnya.
"Weh, mana kau rembat wisel tuh pandai?" Soal Hafiz.
"Tuh, aku pinjam kat budak seluar spongebob tuh" jawabnya sambil menundingkan jari kepada budak kecil di tepi pantai.
"Ha, sudah! Mula balik" sergahku.
"Eish..korang ni!"
Pwietttt!!!!!!!
"Sapi, go!" Serentak dengan kata-kata semangat daripada Hafie yang berguna itu..aku dan Hafiz terus berenang laju meninggalkannya.
YOU ARE READING
Aisy Aira Farhana
Roman pour Adolescents"Tunggu aku"- Rayyan Mikhael. "Walau apa pun aku takkan biarkan korang bahagia!"- Luqman Rizki. "Janji jangan tinggalkan Aira lagi"- Aisy Aira Farhana. Kalau bahas pasal cinta monyet pasti ramai pernah lalui kan? Tetapi kisah cinta antara Aira dan R...