AAF 6

3 0 0
                                    

"Yaya! Yo!" Sapaku dari belakang.

"Uhuk! Uhuk! Air! Bagi aku! Air!" Ujarnya sambil tersedak.

" Ya Allah, Aira! Tersedak anak orang oii!! Lain kali bagi salam, berapa kali nak ingat? SALAM TAHU SALAM ISLAM KAN!" bebel Qaisara sambil memberikan air kepada Alia dan menepuk lembut belakangnya.

Alia dan Qaisara, mereka berdua adalah rakan baikku. Mereka tinggal serumah di rumah sewa bersama beberapa orang yang lain dan aku pula masih tinggal dirumah ibubapaku. Bukan tak mahu berdikari tetapi kerana jarak antara universiti dan rumahku yang dekat. Jadi untuk menjimatkan kos, aku mengambil keputusan untuk hanya pergi ke universiti menumpang Kak Raz ataupun mereka berdua.

"Mung nilah! Bakpo mung sergah aku lagutu? Nok aku mati?" Marah Alia sambil menampar kasar lenganku.

"Ahh, sakitlah! Hehe..sorrylah yaya, aku salah timing duh..tak perasan kau tengah makan." Balasku sambil mengusap lenganku.

"Halah, nak makanan kau! Aku dah amik macam biasa." Jawabnya tanpa memandangku.

"Thanks tau, muah!" Balasku. Aku mengambil sudu dan terus membaca doa makan. Selepas itu aku menyuap nasi goreng pattaya buatan Mak Kiah ke dalam mulut dan hanyut menikmati kelazatannya. Kami menikmati makanan tanpa berkata apa-apa lagi. Lapar oii, dari tadi kelas straight tak rehat.

"Eh,Aira! Akak kau panggil asal tadi? Kau kena marah ke?" Ujar Qaisara membuka bicara selepas licin kami bertiga makan.

"Ouh, jangan risaulah! Dia mintak tolong settlekan pertukaran pelajar ngan jaga si Arman nanti." Balasku.

"Wah, nak tolong gak! Mesti best! Budak dari mana eh?" Soal Alia teruja.

"Jepun" balasku senada.

"Weh, nak tolong weh!" Kata mereka berdua serentak. Memang kalau cakap pasal Jepun diorang ni no. 1 tau. Peminat anime sejati! Aku pon tak faham macam mana diorang boleh addicted sampai macam ni..haishh.. Aku ni dulu jer minat, sebabkan nak SPM dulu aku dah tak tengok sampailah sekarang. Ntahlah, mungkin sebab dah tak diseru kot.

"Okay, pape nanti aku roger." Jawabku selamba sambil bangun daripada tempat dudukku dan memulakan langkah ke kereta kotak Alia. Mereka berdua turut mengekoriku dari belakang.

Ting! Ting! Ting!
Bunyi pesanan masuk kedalam telefon pintarku. Aneh? Selalunya bunyinya lain. Bunyi yang biasa adalah "shoppe!" Aku memeriksa telefon pintarku sambil berjalan perlahan dan membiarkan Alia dan Qaisara kehadapan.

Hi, Aira!

Ni list yang Aira kene settlekan dulu tau.

1. Cari lagi 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki untuk jadi fasi.(pastikan fasih english. Kalau faham bahasa Jepun tu lagi baik)
2.buat checkpoint dekat universiti kita..nanti senang Aira nak tunjuk sekeliling, bagi diorang kenal selok belok semua.
3. Aira planlah aktiviti yang best
4. Aira planlah ngan fasi yang lain tuh nak bawak diorang melawat tempat-tempat menarik kat Malaysia ni..nanti akak hantar maklumat peruntukkan ngan lain-lain kat telegram..
5.kalau tak paham boleh tanya akak. Takpun Aira lepak jer rumah akak time cuti nanti.

Ok? Ouh diorang datang lagi 2 bulan. Aira preparelah semua tuh eh. Thanks! Kbye!

Ok kak.

"Oi! Aira nak pergi manatuh?" Soal Alia sambil mencekak pinggang. Aku menoleh ke arahnya dan mendapati bahawa aku terlajak satu kereta. Nasib tak buka pintu kalau tak malu!

Aku hanya tersengih dan ketawa kecil lalu beralih arah ke arah keretanya dan memboloskan diri ke tempat duduk belakang. Alia juga masuk dan terus menghidupkan enjin kereta dan memakai tali pinggang keselamatan. Kami bertiga membaca doa kenderaan dan memulakan perjalanan untuk menghantarku pulang.

Aisy Aira FarhanaWhere stories live. Discover now