AAF 7

4 0 0
                                    

Hmm..hmm..hmm...~ Aku bersenandung kecil sambil mengeringkan rambut panjang milikku. Selepas itu aku membuka plastik mask yang baruku beli di Watsons beberapa hari yang lalu dan memakainya. Huarghh!! Menguapku sambil menutup mulut.

Eh esok free, nak buat apa duh? Ha! Satu mentol seakan-akan muncul di atas kepalaku. Aku mengambil laptop merahku lalu berbaring dia atas katil empukku dan menghidupkannya . Selepas itu aku membuka telegram yang berhabuk lamanya aku tidak sentuh dan mencari satu group kumpulan. "KOREAN MOVIE UPDATE🎥🍿" Apa? Ingat aku takde hobi ke lepas tak minat anime ha? Aku beralih bidang ke arah ini sekarang. So jangan kecam!

Sedang aku mencari group tersebut aku terlihat pesanan daripada Kak Raz. Barulah aku teringat mengenai tugasan khasku itu.

Haish! Potong mood betullah! Aku membatalkan niat untuk melihat senarai drama korea yang terbaharu dan ratingnya. Laju sahaja jari jemariku bermain di atas keyboard tersebut dan membuka segala maklumat daripada Kak Raz. Aku mengkaji semuanya sepintas lalu dan membuat beberapa catatan. Bukan aku tidak biasa mebuat tugas seperti ini. Memang akulah yang menjadi mangsa Kak Aira dan pensyarah-pensyarah yang rapat dengannya.

Tapi aku langsung tidak kesah, kerana mereka akan memberiku markah bonus sebagai tanda terima kasih. Maka terlahirlah Aira yang selalu mendapat markah yang cemerlang dan membanggakan kedua ibubapanya. Sekian.

Lebih kurang 3 jam masa yang diambil untuk mengkaji segala tugasan yang diberikan. Aku kerlingkan mataku terhadap jam didinding bilikku. Ah sudah! Pukul 10 malam. Aku aturkan langkah ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat isyak. Selepas sahaja menamatkan doaku. Aku terus mencapai tafsir kecil berwarna unggu milikku. Aku membaca surah Al-Kahfi dan Al-Mulk seperti kebiasaannya. Besar manfaatnya mengamalkan surah ini. Surah Al-Mulk akan menerangi dan meluaskan kubur ketika kita mati kelak dan surah Al-Kahfi akan melindungi kita daripada dajjal ketika hari kiamat. Itulah antara pesanan ustaz dan ustazah ketika aku di asrama dulu. Banyak lagi kelebihannya. Dan sejak mengetahui mengenainya aku tertarik dan sayang untuk meninggalkan amalan ini walaupun sudah lama menamatkan sekolahku. Semoga aku sentiasa istiqomah dan dipermudahkan segalanya.

Tamat sahaja membaca Al-Quran, aku mecabut telekungku dan mengangkutnya kemas dibelakang pintu. Kain sejadahku lipat dan kembali berbaring di atas katil. Aku menyelitkan tanganku ke bawah bantal untuk mencari telefon yang aku campak tadi. Selepas sahaja menjumpainya, aku menghidupkan telefon tersebut dan membuka aplikasi WhatsApp ku. Aku mengcreate sebuah group baharu yang diberi nama "Abangs dan Akaks Fasi 2kxx". Selepas itu aku mencari gambar bendera Jepun sebagai profile group tersebut. Aku mengadd Alia dan Qaisara kedalamnya.

Oh my, oh my!
Is this for real? Siapa abangs fasi tuhh!

-Yaya♥️

Aku pon tak tahu lagi. Esok lepak kat taman kita bincang. Boleh jogging macam biasa.

Ish kau ni ya!
Laju ja nanya.

-Qai♥️

Selepas itu aku membiarkan sahaja dua insan terchenta itu membebel didalam group tersebut. Aku mengcreate lagi satu group yang serupa di dalam aplikasi Telegram dan menghantar segala maklumat untuk mereka kaji nanti. Selesai sahaja tugasku untuk hari ini, aku membuka kembali group "KOREAN MOVIE UPDATE🎥🍿" tadi dan melihat apa yang menarik. Setelah mendapati beberapa drama yang menarik perhatianku, aku terus membuka Netflix dan menontonnya hingga tengah malam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aisy Aira FarhanaWhere stories live. Discover now