3

15 2 1
                                    

Hari terakhir selepas peperiksaan SPM.

Hessa membelek barang barangnya di atas meja. Haih barang barang ni semua kena bawak balik, maklumlah nak tinggalkan sekolah dah.

Tangan runcingnya berhenti mengemas barang apabila Syara dan Aria yang tidak beberapa jauh dari mejanya memanggil.

Hessa menuju ke arah mereka yang sedanh duduk di meja di bahagian belakang sambil tersenyum senyum memandanggnya.

Hessa mengerutkan dahi. Apa kehe mereka berdua ni?

Jajan Super Ring di tangan Syara dicekup sedikit usai mengambil tempat di sebelah Syara.

"Hessa, aku nak tanya kau..." Aria membuka mulut

"Tanyalah" Hessa memandang Aria yang tersengih sengih dihadapnnya sambil mulutnya sibuk mengunyah jajan Super Ring. Emm sedap.

"Kau suka khaef kan?"

Serentak itu, mata Hessa membulat. Dadanya berdegup kencang bagai pulang dari marathon. Hessa terdiam. Kunyahannya terhenti, betul betul terkejut dengan sangkaaan tepat rakan karibnya ini.

Mulutnya memang ingin menidakkan, tetapi hatinya berkata jangan. Diaorang kawan kau kan Hessa? Lambat laun diaorang tau jugak.

Lambat lambat Hessa mengangguk.
Pipinya merah menahan malu sekarang ini.

"See Syara, aku dah cakap" Aria ketawa terbahak bahak sambil menepuk nepuk meja.

"Macam mana korang tau?" Hessa berbisik perlahan.

Syara menggosok lengan Hessa.

"You can fool everybody, but not us you dummy-" syara ketawa kecil sebelum menyambung

"I can tell from your eyes-

Haaa, mata aku? Hessa tergamam

"Setiap kali Hessa, SETIAP KALI kalau kau cerita pasal Khaef, mulut kau memang cakap tak suka, tapi aku nampak kat mata kau yang dah mula sukakan dia. Mata kau bersinar je klu cerita pasal Khaef"

"Hessaaa... dia badboy kott. Untungnya kau" syara berseloroh lagi.

"Habistu aku nak buat apa? Hari ni last day kita guys" Hessa buntu.

"Kau cakaplah dengan dia. Kau jangan takut, aku 100% yakin kalau Khaef tu pun suka dekat kau. Kau lupa dia pernah tenung kau tak lepas, ha? Siap tukar tempat nak duduk sebelah kau masa beratur kat dewan"

"Niha, masa kau kemas barang barang kat depan tadi, kau tak perasan berapa kali dia lalu pastu jenguk kau?" Syara pula menambah.

Hessa menggeleng perlahan. Tak sedar langsung.

"Aku malu la, aku tak pernah suka orang guys. Aduhai" Hessa mencuit cuit pipinya yang mula terasa panas.

Boin'❤..boin'❤

"TELL HIM!" Aira dan Syara berkata.

Hessa menggeleng perlahan. Gila sungguh idea ini. Buatnya Khaef tak terima, tak ke naya? Hessa mengerutkan dahinya lalu bangun dari kerusinya.

"Syara aku nak pergi tandas sekejap ya"

"Ha pulak, ok..

..Hati hati Hessa ada mom-"

"Diam ko"

Belum sempat Syara menakut nakutkannya, Hessa mencubit perlahan lengan Syara. Suka betul takutkan aku,gumamnya.

"Hihihi"

_______________

Hessa menyelak kunci pintu bilik air lalu bersandar seketika di situ. Dari tadi kepalanya memang teringat pasal Khaef, Khaef, Khaef dan Khaef. Setiap kali teringat pasti panas mukanya. Apa dah jadi dengan aku ni? Tak pernah-pernah aku macamni, ulah Hessa.

Sebenarnya dia takut juga perasaanya dengan Khaef. Yalah Khaef gangster sekolah, siapa yang tak takut kalau berhadapan dengannya?. Tapi perasaan sukanya mengatasi segala galanya.

"Oh my, am I catching feeling?" Malu malu Hessa meluncurkan ayat tersebut.

Sejujurnya ini kali pertama dia menyukai seorang lelaki. Tak perlu khaef bersusah payah bercakap dengannya, Hessa sudahpun jatuh cinta.

Hessa mengipas ii mukanya apabila pipinya pula memerah. Ya Allah khaef. Dulu berangan kan nak badboy? Amik ko. Hessa ketawa perlahan. Dadanya sesak memikirkan perihal Khaef

He was dark, beautiful nightmare.

Isn't he?

"Kalau tak cuba mana kita tahu kan?"

"C'mon Hessa, kau boleh"

"Dah confess pastu kau lari la"

"Relax je, lepas ni kau tak jumpa dia dah"

"Kalau dia memang suka pandang perempuan macam mana?"

Arggghh! Pipinya ditampar perlahan.

"Fia kau tahu kan pasal Lily?" Kata satu suara di bahagian depan tandas mengejutkan Hessa. Dia kenal Lily, boleh tahan cantik juga minah tu, awatnya dengan dia?

"Ha kenapa pulak dengan minah tu?" Balas suara lain di tandas sebelahnya. Hessa menggeleng, tak senonoh betul perangai perempuan ii ni. Pintu tandas dibuka perlahan lalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan tak berniat nak mengetahui lebih lanjut.

"Dia couple dengan Khaef"

Terhenti terus perbuatan Hessa yang membasuh tangan. Senyuman yang tak lekang dari bibirnya kini perlahan-lahan mati. Kepalanya ditundukkan cuba mengawal riak mukanya yang terang-terang terkejut.

"Ouh haah,.."

Kh-khaef dengan Lily...? Ha-habis.. aku..? Apa semua ni? Kepalanya bingung. Sayup ii suara mereka berbual namun langsung Hessa tak mendengarnya. Matanya terasa panas sangat, rasa macam nak menangis.

"Ehh awak baju awak basah!" kalut pelajar perempuan itu memberitahu sambil menolong mengeluarkan hujung tangan Hessa yang terkena pancuran air sinki. Muka Hessa yang bagai hilang diarah dipandang. Ehh Hessa?

"Terima kasih.." layu suara Hessa mengucapkan terima kasih. Ya kerana mereka berdua, dia tahu kalau Khaef tidak pernah langsung suka padanya. Dia yang perasan lebih, dia yang mudah memberi harapan. Dia yang salah.. aku yang salah. Berputar ii ayat itu di kepalanya.

"Hessa!"

Tombol pintu dipulas lalu dia pergi sahaja tanpa menghiraukan panggilan itu. Hessa memandang kearah kelas 5L. Nampak galak mereka menconteng-conteng baju menggunakan marker berwarna-warni di luar kelas.

Hessa mengerutkan mukanya melihat keadaan lelaki dan perempuan yang bercampur bagai tiada batas. Panas betul hatinya.

Kali ini matanya tertancap pada seorang perempuan yang sedang ketawa sambil seronok menconteng tulisan tulisan di belakang baju seorang lelaki atau lebih tepat lagi, Khaef. Tidak cukup itu, bahu Khaef turut dipegang perempuan gedik bernama Lily itu. Siapa tak kenal Lily? Perempuan paling merenyam dia pernah jumpa ketika dia bersekolah di sini

Seronok sangat ni! Entah mengapa, Hessa terkaku sebentar di laluan di hadapan kelasnya. Matanya tak lepas memandang adegan tersebut.

Marah..? jealous..? Entah. Hessa sendiri pun tak tahu perasaannya tika ini. Semua perasaan itu bercampur baur dan merubah menjadi satu. 

Hessa tersedar apabila Alif, rakan Khaef menepuk bahu Khaef sambil menunjuk ke arahnya.Hessa mengecilkan matanya apabila lelaki yang menjadi pujaan hatinya dalam diam itu menoleh bersama sama perempuan tersebut. Ada hati nak pandang aku.

Muka khaef yang serius melihatnya dipandang silih berganti bersama muka Lily di sebelahnya sebelum terlepas tawanya.

Aku ni bodoh, sumpah Hessa

Hessa berhenti ketawa. Satu jelingan maut diberikan kepada mereka.

Hessa segera menghilangkan diri ke dalam kelas menuju ke arah Aria dan Syara yang setia menunggunya di belakang kelas.

"Aku nak balik,"

"HESSAAAA!"

Tanpa sedar, air matanya tumpah..

Untuk apa? Dia sendiri tak mengerti
_____________

HESSAWhere stories live. Discover now