6💫

6 0 0
                                    

Hessa menarik beg bagasi beratnya menaiki lif. Berpeluh-peluh dia angkut dari tempat parkir kereta. Iyalah, orang perempuan kan, benda tak penting pon dibawanya sekali.

Baru pintu lif ingin tertutup, ada tangan dari luar yang tiba-tiba menghalang. Terkejut bukan kepalang Hessa, masakan tidak, jam sudahpun menunjukkan pukul 11 lebih malam. Ingat hantu tadi nasib baik manusia.

Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30 an masuk lalu menekan punat ke tingkat paling atas condominium ini. Hessa memusingkan kepalanya apabila mencium bau yang kurang enak namun terhenti apabila mendapati bau tersebut datang dari lelaki di hadapannya. Lelaki yang seperti tidak terurus ini diperhatikan dari atas ke bawah. Semasa sibuk memerhatikannya Hessa terpandang imbasan lelaki tersebut pada cermin dan riak mukanya berubah apabila lelaki tersebut turut mengintainya dari pantulan dinding lif tersebut.

Hessa mula memegang erat slingbacknya, rasa takut yang mula menjalar di belakang badannya tak diendahkan.  Ya allah umi,Hessa takut. Rasa terketar-ketar tangannya menyeluk poket baju ingin mengambil telefon bimbit. Belum sempat dia mendail nombor seseorang pintu lif berdeting

Ting! Pintu lif terbuka luas di tingkat kediamannya. Hessa segera menolak bagasinya keluar namun mulutnya ditekup seseorang. 

Ya allah, tolong aku!!!

---------
Sampai di tingkat paling atas, badan Hessa ditarik keluar dengan kasar ke tempat yang agak tersorok.  badan Hessa yang lemah ditolak hingga badannya menyembah lantai.Tudung yang dipakai Hessa ditarik kebelakang memudahkannya melihat muka wanita itu. Hessa sudah menggeletar menahan ketakutan.

"Hihihi" lelaki itu mengekek apabila melihat air mata yang mengalir dari wanita yang ditangkapnya ini. Rasa semangat betul apabila dia nampak riak ketakutan pada mangsanya ini. Terasa keinginannya untuk memukul membuak-buak. mangsa baru selain isterinya yang sudah lunyai dipukul di parkir kereta. 

"Kau nak apa ha?!"Hessa memberanikan diri bertanya. Berkerut mukanya menahan kesakitan di lutut ditambah pula tudungnya yang ditarik ke belakang.

"Bagi aku duit!!" jerkahnya
Hessa menutup mata apabila bau busuk arak meyusup kedalam rongga hidungnya apabila lelaki itu membuka mulut.

"Oii, kau dengar tak bagi aku duit lah betina!!" kata lelaki itu sambil menampar-nampar muka Hessa. Hessa mengetap bibirnya menahan telinganya yang berdesing akibat tamparan tadi. Kepalanya digeleng-gelengkan,
"Aku takde cash, aku-"

"Arghh penipu!" Jerit lelaki itu. Tudung Hessa dilepaskan lalu perutnya pula menjadi sasaran lelaki yang terhuyung-hayang ini. Slingbag Hessa diragut kasar.

Hessa meringkuk memegang perutnya. Air mata deras keluar membasahi pipinya. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia diperlakukan sebegini hatta orang tuanya pun cuma pernah merotan manja. Ayah.... umiii..tolong, rintih Hessa.

Bayangan umi dan ayahnya sewaktu dia ingin pulang berlegar-legar di kepalanya.

"Hessa tak nak balik esok pagi ke?" Tanya Hajah Aminah melihat Hessa yang memasukkan bagasinya dalam bonet keretanya.

"Haah Hessa, baru 3 hari duduk sini" sampuk Haji Muradi.

"Alah ayah umi, Hessa kalau boleh nak lama ii duduk sini. Tapi Hessa kan kerja. Tak cun amik cuti banyak-banyak." Kata Hessa sambil menutup bonetnya. Tangan ayah dan uminya dicium silih berganti.

"Jaga diri Hessa" tegur Haji Muradi. Kepala anaknya disentuh tika tangannya disalam.

"Baiklah, Hessa pergi dulu. Assalamualaikum" lambai Hessa lalu meninggalkan perkarangan rumahnya.

"Waalaikumussalam" Hajah Maryam memandang suaminya yang tak lepas memandang kereta Hessa yang mula menghilang.

"Abang, saya tak sedap hati lah bang" kata Hajah Maryam.

HESSAWhere stories live. Discover now