5

16 2 0
                                    

"Hessa.."
Namanya meniti lembut di bibir Khaef.

Hessa terpempam. Sudah 5 tahun nama Hessa terkubur begitu sahaja. Dia sediri yang mahu dikenali sebagai Damia tapi langsung tak menyangka nama itu meluncur keluar dari mulut lelaki ini.

Kedudukan mereka yang agak rapat ini membuatkan Hessa dengan jelas dapat melihat muka Khaef. mata gelap milik lelaki itu tak lepas dari menikam matanya

Takde yang berubah. Detiknya

Senyuman kecil yang dihadiahkan di tepi bibir Khaef membuat Hessa tersedar.

"Maaf, saya betul-betul tak sengaja" Hessa cepat cepat meleraikan pautan tangan Khaef di pinggangnya. Dadanya yang berdebar tak dihiraukan

Suka hati je nak pegang anak dara orang. Awning tudung yang terkelepek di betulkan

Elele padahal suka😏

Khaef berdehem kecil. Dia mengundur sedikit memberi ruang antara mereka.

"long time no see" ucap  Khaef sambil meletakkan tangan di dalam poket jaketnya.

Hessa yang bergilir memandangnya, kemudian tunduk nemandang lantai diperhatikan dengan lirikan mata.

"Err... saya.. saya kena balik. Saya minta maaf sangat-sangat" Hessa melangkah meninggalkan Khaef 

Hessa segera menuju ke keretanya bagai tidak cukup tanah. Skirt labuh bewarna hitam yang dipakai langsung tak dihiraukan . Enjin dihidupkan dan kereta diundur ke belakang. Semasa melintasi Khaef, Hessa tergamam apabila  Khaef masih berdiri disitu memerhatinya sambil menyandar badannya ke dinding kedai

Itu benar benar Khaef. Ya Allah.

Hessa merasakan matanya panas. Perlahan lahan air mata kegembiraan jatuh di pipi namun langsung tak dilapnya.Habis basah tudung satin biru cair yang dipakai. Tak jauh, keretanya diberhentikan di tepi jalan.

Hessa tersenyum kecil. Dadanya diurut perlahan. Nombor Aria didail namun tak diangkat. Takpela malam sikit boleh, gumamnya.

Hessa senyum lagi. Pinggangnya dipegang. Khaef pegang sini tadi. Besarnya tangan dia.

Hessa menepuk dahinya. Gatal betul aku ni. Astaghfirullah, entah entah dia dah jadi suami orang, tak naya aku.

Cermin sisi dipandang sebelum enjin dihidupkan.

_________________
Khaef POV

Rokok disedut buat kali terakhir sebelum dilumatkan ke dalam bekas kaca diatas meja. Kedua belah tangannya diletakkan dia atas kepala kerusi sambil menyilangkan kaki melihat asap yang berkepul ii keluar dari mulutnya.

Deringan telefon yang berbunyi dilihat sebelum Khaef berdiri menyarungkan jaket hitam yang digantung di penyangkut kemudian panggilan tersebut dijawab.

"Yes papa" nadanya sekata

Pintu restoran ditolak sambil menuju ke arah parkir kereta yang tidak jauh dari situ.

"Ok, I'll try-

Serius mereka berbual sehingga Khaef tersedar sesuatu. Tajam matanya memerhati figura seorang wanita bertudung yang berjalan bertengan darinya sambil bercakap menggunakan telefon. Dari pandangannya wanita tersebut seakan tidak sedar akan dirinya di situ

- i will call you back," Begitu sahaja. Talian dimatikan.

Haluan mereka sama untuk ke parkir kereta, tapi dari arah yang berbeza.

Kakinya yang melangkah dihentikan lalu tegak berdiri menanti kehadirannya. My oh my, is that you?

Tak disangka, dadanya dilanggar wanita bertudung itu. Khaef tersentak apabila melihat perempuan tersebut terundur kebelakang apabila terlanggar dadanya.

HESSAWhere stories live. Discover now